Hutan Buluh Arashiyama, Kyoto

Assalamu’alaikum. Sehari sebelum ke USJ, kami berkelana ke Kyoto dulu, pagi-pagi naik tren jarak jauh, memang sempat tidur berdengkur bagai satu round. Aku yang ngantuk, mamat dua orang tu yang lena tidur. Rasa nak marah jugak seposen dua masa tu, aih...! Sejuk lain macam Kyoto ni korang, angin dia boleh peteskan keting korang macam kena tackle main bola. Masa tu memang tak daya betul dah menanggung lutut yang cedera, terjatuh tangga sebelum ke Osaka. Menyesal toksah cakap la kan, tak sempat pergi betulkan urat dengan tukang urut. Nasib baik sakit tu akan ok lepas dapat duduk dan belunjurkan kaki lepas bebas. Azab bila kena naik atau turun tangga. 



Pakwe sewa basikal untuk kami ronda sekitar kawasan menuju Hutan Buluh Arashiyama. Bayangkanlah, aku lengkapkan berapa pusingan naik turun bukit segala bagai. Yang bagusnya, masa tu takde menda pun, lutut aku relax je.. seronok ada la, lama tak naik basikal. 



Panorama seluruh kawasan menuju Hutan Buluh tu sangat menakjubkan, aku sampai melopong! Subhanallah... indahnya ciptaan Tuhan! Itu baru kat situ, belum jejak bumi New Zealand ataupun Switzerland lagi. Memang syurga dunia..!



Kat pinggir sebelum mendaki Hutan Buluh ni ada satu restoren halal, tapi masa kami pergi, tutup la pulak, hurmm... takde rezeki nak pekena halal ramen. Ada bawak bekalan biskut, kami makan yang tu je la dulu buat alas perut, tak la berkeroncong sangat.



Kalau mak aku, dia tak ingin nak masuk hutan buluh gini, buang masa je katanya. Tapi untuk orang-orang kaki travel macam aku, tempat macam ni sangat menarik dan berbaloi dikunjungi. Ada ramai pelancong yang sewa kimono naik beca, mengabadikan kenangan romantik bersama pasangan masing-masing. Aku takde la sampai macam tu, bajet pun ciput je, mana yang ada sudah ler. Naik basikal bertiga macam ni dah kira romantik habis dah. Hahah.



Lepak kat sungai tu sambil piknik pun layan jugak, kalau cuaca tak sejuk tobat aku buat. Memandangkan berhenti ambik gambar kejap pun dah menggigil, sekian terima kasih aje ler..!



Kat kawasan sekitar tu ada banyak temples, tapi kami takde berhenti nak naik jenguk pun, takat ambik gambar kat depan satu temple je, sambil ambik nafas melepas lelah seketika. Lepas tu, sambung semula perjalanan.



Berjalan musim sejuk ni, kasut kena betul-betul selesa dan memelihara kaki daripada kesejukan mahupun kekejungan. Nak pakai yang nipis sangat pun payah jugak, karang sejuk melampau, kecualilah sanggup pakai stoking wool dua tiga lapis... tak logik pulak, mana muat kasut tu karang. Tinggal lagi, kalau kasut tebal macam yang aku pakai ni, berat la pulak, dah pulak kalau tengah sakit lutut. Jadi, pandai-pandai la korang.. 



Baju pun gitu jugak, kalau rasa nak mudah bergerak, khasnya yang melibatkan ekspedisi berbasikal, pilih yang paras pinggang, labuhkan blouse ataupun cardigan. Overcoat yang labuh payah nak buat aktiviti lasak, karang sama jugak korang kena bukak zip ataupun butang, baik guna yang paras pinggang dari awal. Itu pada pendapat peribadi aku je la, terpulang kat korang jugak akhirnya...



Dah bergambar sampai lebam, kami menuju ke tempat sewa basikal dan menapak ke stesyen tren, masa tu hujan dah mulai turun renyai-renyai. 
Hentian berikutnya, kami mencari Pusat Islam Kyoto untuk solat dan makan di restoren halal kat area tu.



Disebabkan aku dah start sakit lutut masa tu, kami naik teksi ke stesyen tren lepas makan nasi. Mahal toksah cakap la kan, tapi dah terpaksa, pakwe tak sampai hati nak suruh aku menapak lagi. Dia dan junior pun penat jugak tu, aku tau.



Balik rumah malam tu, lutut aku membengkak, mencucuk-cucuk, pedih sampai menangis tak boleh tidur. Nak kejutkan pakwe, tak sampai hati. Sapu je tiger balm, tak bawak pun minyak panas, siapa suruh? 

Sebenarnya, sejak balik dari Kansai trip la aku nekad nak turunkan berat badan, seriously. Kalau tak sebab aku jatuh tangga dan tak pergi mengurut sebelum melancong, aku tak terseksa kesakitan di tempat sejuk. Dan kalau tak kerana terseksa sakit lutut sedemikian rupa di Osaka, aku takkan beriya nak diet bagai. Sekali aku dah nekad, kejap je aku buat sampai dapat. Dah dapat, aku akan usaha jaga kekalkan. Insya Allah. 

~ Nai at Tak Pe Je.






Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan