Rambut Anak Bujang

Assalamu’alaikum. Aku sampai rumah tadi dah dekat jam 7pm, tak tunggu lama2 terus mandi. Sementara tunggu azan Maghrib, aku mintak tolong pakwe bagitau junior, sila mandi manda ready nak solat semua, mummy ajak pergi gunting rambut.  Kami dah selesai solat jemaah berdua, budak bertuah tu tak nampak bayang pun lagi. 



Jam 8.15pm baru ler tayar kereta boleh berpusing, my coffee prince tersengih turun. Nasib baik tak ramai orang kat kedai gunting rambut yang aku biasa bawak dia tu, kami tunggu dalam 10 minit dah sampai giliran putera aku. Siap buat instastory sebelum dan selepas rambut pendek. 



Lawa kali ni style gunting, nampak remaja dah sangat hero! Lepas selesai kat kedai tu, kami pergi ke Aeon Mall pulak, ada nak kena beli notebook dengan geometry set. Itu je patutnya. Eh, sekali penuh sebakul mamat tu borong. Mau taknya, sharpie pen sampai dua set. Siap beli lagi satu pencil case nak letak barang-barang yang baru beli malam ni. Amboi... Aku gelak hambar je ler, selamba pesan: “Belajar elok2 la tahun ni, ok?” Dia angguk, muka macam acah-acah insaf. Semoga diberikan hidayah... ameen! 



Esok entah sempat ke tidak aku lari kejap gi kedai buku kat sekolah dia, beli buku teks dengan buku rampaian. Kalau tak, memang kena ejas cara lain la.. daddy dia lagi busy daripada mummy. Nasib baik ada masa seminggu lagi... 

Apa2 pun, semoga dipermudahkan segala urusan kita semua. Insya Allah...

~ Nai at Tak Pe Je.

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan