Melaka Nan Permai, Kami Datang...
Assalamu’alaikum. Minggu lepas aku dengan pakwe pagi2 lagi turun ke Tampin, ada kerja sket kat sana. Dah selesai kat situ, pergi ke Masjid Tanah, Melaka. Dari situ, kami menghala ke kawasan pentadbiran Bandaraya Melaka, singgah makan asam pedas dulu la, of kos. Lepas zohor, bersesak jugak la beberapa ketika nak masuk Bandar Hilir, menuju Imperial Heritage Hotel, sementara menunggu tujuan utama keesokan harinya. Lepas maghrib, turun cari asam pedas kat Pasar Borong, lepak kat gerai paling hujung sebelah kiri. Muka pun dah nampak macam asam pedas gamaknya kami berdua.
Dah kenyang, melilau pulak kat kawasan Dataran Pahlawan, selamba rock je parking kat depan church, tapi takde la ambik rezab paderi, itu melampau la kan. Malam takpe la, takde nak kena towing, Insya Allah. Apa lagi kan, kena la teman mamat tu masuk Hard Rock Cafe, dan mestilah dapat gak kat aku hatta sehelai t-shirt. Aku ada berkenan sweater kat situ, tapi memandangkan warnanya putih dan harganya RM250, aku buat tak nampak je, muka pun takde reaksi, jangan sampai ada yang perasan aku sebenarnya berkenan. Itu kalau masa poket tengah tebal, aku rembat jer.. nak mintak orang belanja, memang tak ar... tak sanggup aku! Menda2 gitu aku nak, aku usaha sendiri, dah terbiasa sejak habis SPM hidup mandiri.
Dapat baucer dinner kat cafe, lepak dulu.. pakwe pekena moktel dan nanchos, aku minum air suam je, tak berani minum ais. Dah nanchos pulak datang dalam pinggan yang gedabak lain macam, ingat nak bagi 5 orang makan ke? Live show malam tu buat sakit telinga je, menyampah betul penyanyinya perasan bagus dan syok sendiri, tak sesuai dengan musicians kat sebelah kiri dan kanan. Habis lagu Wonderful Tonight jadi disaster, aish! Baik balik je daripada lama2 tadah telinga kat situ, kan?
Esoknya, tibalah acara yang ditunggu-tunggu. Kami sama-sama terima tauliah peguam syarie Melaka, Alhamdulillah. Orang lain bawak family bagai, kami bawak diri berdua je ler, sama-sama jadi family untuk sama sendiri.
Julung-julung kali aku letak gambar pakai jubah macam ni, kan? Kat bawah ni kami bertiga dari Pantai Timur, berbeza universiti tapi sama2 mencari rezeki di ibukota.
Hingga Jannah, mudah2an...
Ramai yang dapat tauliah... sungguh grand majlis pentauliahan ni, yang pertama seumpamanya di Malaysia. Kami tumpang bangga, siap Ketua Menteri dan Mufti Melaka turun, ko rasa? Masa CM ucap tahniah kat aku, tersengih-sengih aku ucap terima kasih kat dia, sambil menyambut sijil yang dihulurkan. Dah macam konvo, weh!
Semoga dipermudahkan segala urusan kami di Melaka lepas ni, Insya Allah.
Gitu je la nak update, terima kasih sudi baca sampai habis. Jumpa lagi lain kali, Assalamu’alaikum.
~ Nai at Tak Pe Je.
Comments
Post a Comment