Posts

Showing posts from January, 2019

Khamis, hari terakhir Januari 2019

Image
Assalamualaikum. Hari ni Khamis,  31hb Januari 2019, tarikh keramat DYMM Sultan Pahang, Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah dimasyhurkan sebagai Yang Dipertuan Agong ke-16 secara rasminya.  Sebagai anak jati kelahiran Pahang,  aku rasa bangga, entahlah kenapa. Masa Sultan Mizan dulu takde pulak rasa macam ni,  agaknya sebab tak lahir di Terengganu walaupun ayah orang sana dan seluruh keremajaanku letaknya di sana. Takpe la,  semoga YDPA baru akan diterima baik sepanjang 5 tahun perkhidmatan Baginda dan diberkati Allah swt hendaknya. Ameen...  Hari ni aku pakai shawl setelah sekian lama malas nak melilit-lilit dan memilih bokitta kebanyakan masa. Sebab utamanya,  cik abang kata dia lagi suka tengok aku pakai macam ni,  eh pulak dah. . Kata nak suruh cepat siap tak payah tunggu lama-lama. Ikutkan aje ler,  tapi aku pakai inner ninja dan selempang je zass zass,  pin kat bela...

WW ~ Subuh Idaman.

Image
Assalamualaikum. Suatu subuh yang lalu. ..  ~ Nai at Tak Pe Je. 

Winter Umrah Lookbook

Image
Assalamualaikum. Kalau kita nak pergi mana-mana, biasanya mesti nak cari idea pakaian yang sesuai dengan tempat dan keadaan semasa, betul tak? Masa nak pergi umrah hujung tahun lepas, antara persediaan terawal yang aku buat, benda tu la. Tak banyak yang aku dapat info macam yang aku nak, jadi sekarang aku nak kongsi kat sini Umrah Lookbook untuk musim dingin versi Tak Pe Je. Mana la tau boleh dijadikan panduan serba sedikit, bagi yang selesa berpenampilan macam aku ni.  Aku boleh dikatakan pakai apa yang dah sedia ada je dalam koleksi, cuma kalau kata tak beli baru langsung tu bohong la, kan. Tudung aku beli yang instant tanpa dagu kat Shopee, kain mosscrepe ni sangat selesa dipakai dan elok untuk musim sejuk. Aku tak beli yang berdagu sebab dah banyak inner ninja berdagu dalam gobok lagenda. Melainkan korang jenis memang akan pakai selepas balik umrah, pada pendapat aku elok korang tak payah nak beriya beli segala macam tudung instant berdagu dan lepas tu simpan dalam al...

Busana Muslimah Bertemakan Songket

Image
Assalamualaikum. Hari ni adalah Isnin yang mencabar ketahanan fizikal dan mental, melawan rasa mengantuk akibat lemau-lemau badan,  panas dalam. Malam sebelumnya dah telan ubat selesema, sinus dan ponstant.  Bangun 5.30am terus tak tidur sampailah sekarang, tersengguk-sengguk semenrara menunggu azan Isyak. Elok je selesai solat, dah terjegil semula biji mata,  ko rasa?  Memang berbaloi la aku lawan,  alang-alang berjaga biar sampai midnight,  barulah tidur berkualiti emas sepanjang malam. Mudah-mudahan begitulah hendaknya. Punyalah mamai, terbabas masuk exit Wangsa Maju lepas DUKE Highway, satu hal pulak meredah traffic jam nak buat u-turn ke Setiawangsa. Asar dah siap solat di surau Shell menghala ke UIA dari MRR2, jadi takde la meremang takut terlepas waktu. Nak jemput anak bertuah habis kelas tambahan 3 kali seminggu kat sekolah sepanjang tahun,  sila bertabahlah ya,  mummy!  Hari ni aku pakai satu sut busana Muslimah yang ...

Jabal Rahmah: Kalau Dah Jodoh Tak Ke Mana.

Image
Assalamualaikum. Diriwayatkan,  setelah sekian lama terpisah dan saling merindui,  akhirnya Nabi Adam dan Siti Hawa bertemu di Jabal Rahmah. Maka dengan itu,  berbondong-bondonglah umat Islam memanjat puncak bukit ini demi mendapat jodoh. Yang belum berpunya,  menyeru nama impian kalbu, tak kurang jugak yang dah berpunya,  menyeru impian kedua,  ketiga mahupun keempat. Huntong laa.... ! Bagi sesetengah orang,  ini semua khurafat. Bagi aku pulak,  tergantung niat asal itu sendiri, jangan sampai tersalah sandaran kerana yang memakbulkan tetap Allah swt,  selebihnya adalah ikhtiar semata-mata. Sama jugak macam orang kepingin anak, dengar je makan buah zuriat boleh mengandung,  pulunlah makan.  Takpun,  mandi kat Tasik Dayang Bunting di Langkawi sana,  sejuk menggigil pun berendamlah sejam dua. Sekadar menyebut dua contoh, banyak lagi cerita kat luar sana,  kan.  Maka dengan itu,  tempat-tempat mus...

Seputih Lantai Bajuku

Image
Assalamualaikum. Okay,  sejak balik umrah ni,  aktiviti dan projek #diy #naimenjahit berada pada gear 'N' dengan hand brake ditarik. Minggu kedua menjejakkan kaki semula ke rumah,  aku pelan-pelan bukak lipatan kain putih bercorak timbul dari gobok legenda.  Potong ikut contoh baju Muslimah yang lebih sedekad usianya,  yang mana fabriknya aku beli di Bandung,  kalau tak silap. Jahit jelujur guna tangan je dulu,  sementara ada mood nak jenguk mesin jahit. Tak sampai sehari dah siap jahit badan,  lengannya dibiarkan dulu,  ambik masa selesaikan banyak perkara lain.  Sampailah cuti panjang Sabtu sampai Isnin sempena Thaipusam, aku sudahkan apa yang dimulakan. Potong kain untuk buat lengan dan guna contoh seluar peberet aku yang dah bertahun-tahun lamanya   dibeli kat Belle Wangsa Maju. Pergi guna mesin,  confirm ada tangan lain yang sentuh, setting semua lari. Malas nak pening kepala try and error cari keserasian benang,...

WW ~ Mighty White

Image
Have a nice day! ~ Nai at Tak Pe Je .

Sampai Tempat Sejuk, Awan Pun Cair

Image
Assalamualaikum. Minggu-minggu kebelakangan ni KL dirasakan lebih kering dan taburan hujan agak kurang daripada biasa.  Weekdays takde la jenuh sangat, takat keluar pergi ambik anak sebelah petang,  boleh la tahan selagi rajin pakai spek mata hitam dan aircond kereta elok berfungsi. Selebihnya, duk dalam ofis je,  balik petang dah tak sehangat tengahari. Itupun selagi aircond bilik tidur tak lancarkan mogok lapar. Tapi bila tiba hujung minggu,  masak ler dalam rumah seharian,  lebih-lebih lagi masa beraksi di dapur untuk sajian tengahari ataupun makan malam. Ye lah,  lately rajin pulak aku masuk dapur, mostly disebabkan tak lalu nak telan masakan bibik. Bukan tak sedap,  cuma tak menepati taste bud yang buat perangai semenjak dua menjak ni. Sudahnya,  bila teringin nak makan clear seafood tomyam dan mee goreng basah,  aku buat sendiri baru jadi. Dengan bibik-bibik sekali cair,  jangan marah!  Hari Sabtu lepas balik beli lau...

Pekena Mandy Kambing Di Luar Madinah

Image
Assalamu'alaikum. Macam yang obvious kat tajuk entry kali ni, kita cerita pasal makan pulak, masuk bab perut sikit. Sepanjang di Madinah, aku bukan lalu makan sangat,  perut tak rasa lapar. Duk ulang-alik bawak mak balik hotel yang jaraknya 150 meter dari Masjid Nabawi, sebab mak nak masuk toilet payah kat kawasan masjid. Ada satu je tandas wanita yang beroperasi,  itupun jauh ke belakang dan letaknya di basement. Eskalator ada,  tapi rosak. Jadi,  takde pilihan kecuali bergegas pulang ke hotel. Jarak waktu berselang antara solat fardu sangat sekejap,  kalau nak layan duduk kafetaria beratur ambik makanan, terasa macam tak terkejar. Orang lain ok je aku tengok,  siap bertambah-tambah lagi,  terutamanya jemaah dari Indonesia.  Sesungguhnya rezeki selera itu kalau dah ditarik, begitulah adanya. Juadah yang enak belum tentu mampu menjamin selera yang berjelira.  Aku suka ambik gambar ahli keluarga terkasih kat sana, pantang ada peluang ...

Ziarah Luar Madinah : Antara Pahala, Praktikal dan Ilmu Pengetahuan

Image
Assalamualaikum. Ziarah luar Madinah kami jatuh pada hari Sabtu, di mana biasanya semua tetamu Allah berlumba-lumba merebut pahala untuk mengunjungi dan solat sunat di Masjid Quba. Terutamanya kerana Nabi Muhammad saw selalu mengunjungi Masjid Quba pada setiap Sabtu dan bersembahyang di dalamnya sementara menunggu Saiyidina Ali yang tinggal berdekatan.  Sementelah pula, masing-masing tak nak melepaskan peluang mendapat pahala sekali umrah,  sepertimana yang telah dijanjikan oleh hadis sahih. Maka dengan itu,  berduyun-duyunlah umat Islam dari serata pelosok dunia bertumpu di situ pada hari Sabtu. Perlu sangat berhati-hati sepanjang solat di situ, kerana antara pengunjung yang hadir untuk beribadat,  ada juga yang mengambil kesempatan untuk mencopet.  Keadaannya lebih kurang di Vatican City,  di mana kesucian Gereja Agung selalu tercemar dek aktiviti mencopet oleh si hidung belang yang tak tau halal haram.  Dengan itu,  janganlah sekali-kal...