Posts

Teruslah Berjuang

Image
Assalamu’alaikum. Semoga kawan-kawan kekal sihat fizikal dan mental hendaknya. Lama tak singgah meninggalkan jejak di sini, bukannya sengaja cuma tak berkesempatan. Walau bagaimanapun, aku doakan agar segala urusan kita semua dipermudahkan Allah swt dan apa jua musibah mahupun dugaan yang menjenguk kita akan diberikan jalan keluar dari pintu yang tak disangka-sangka.   Teruskanlah perjuangan kita mencari redha Ilahi dalam perjalanan menuju Negeri nan Abadi.  Take care. Be safe. Love Wins All! ~ Nai @ Tak Pe Je ~

Kerana Allah Tidak Pernah Tidur

  Assalamu’alaikum. Hidup kita memang tak selalu indah, tapi itulah asam garam sebuah kehidupan. Alam pun begitu juga, kerana dunia ini hanya sementara dan kesempurnaan tiada di sini. Walau bagaimanapun, sebagai khalifah yang menyahut pelawaan Allah setelah sekalian makhluk lain tidak sanggup menggalas tanggungjawab, maka tiada jalan mahupun kaedah untuk kita mengelak, apatah lagi mengelat.. jauh sekali.  Apa pun yang terjadi, kita hanya wajib meyakini bahawa Allah swt Maha Pentadbir dan segala-galanya akan baik-baik belaka. Sementara itu, selagi nafas masih dikandung badan, terus sahaja kita melangkah kerana kita tidak punya kuasa, tidak punya apa-apa jika tidak punya redha Yang Maha Berkuasa.  Ingatlah, Allah tidak pernah tidur. Maka dengan itu, kekal yakin dan percaya bahawa setiap titis air mata sepanjang malam nan sepi akan ada ganjarannya kerana air mata juga adalah suatu bentuk doa. Air mata adalah doa yang kering di pipi, meresap ke hati dan berhimpun di syurga se...

Dari Daun Turun Ke Kaki?

Image
Salam. Punyalah gigih nak siapkan jubah dress sampai sanggup tak tidur semalaman, anak siapalah agaknya ni? Sebenarnya sebab aku start potong kain sarong santri yang aku beli dari Shopee 3 minggu lepas pukul 12 malam, tengok jam dah 4 pagi dan hampir siap tinggal sikit je lagi. Risau terlepas Subuh kalau tidur, aku lajakkan aje sampai azan berkumandang. Minum segelas air suam campur madu dan minyak zaitun, aku tidur sebelum sempat makan roti bakar sampailah azan zuhur pulak kedengaran dari Masjid Muaz.  Sejenis tak menyempat, aku terus pakai jubah dress ni ke Mitsui Outlet Sepang turun sebelum azan Asar dan sampai sana dekat 6.30pm, penuh kereta atas jalan menghala KLIA. Aku dengan bibik je kot tak shopping, kami jamu mata aje la mampu lepas solat Maghrib. Orang lain kiri kanan bimbit hasil tangkapan melontar wang segala bagai. Settle cuci mata beberapa ketika, aku sambung drive pergi ambik pakwe yang dah tunggu di Pintu 8 Balai Ketibaan KLIA. Setakat ni aku dah puas hati berjaya b...

Sarong Santri

Image
Assalamu’alaikum. Salah satu daripada cara aku hilangkan stress adalah dengan menjahit, kalau makin banyak menjahit tu faham-faham je lah tahap mana stress nya. Tinggal lagi, masa tak berapa nak ada sekarang. Petang tadi lepas settle beberapa kerja yang urgent, aku ambik masa bertenang dan potong kain sarong santri yang dah seminggu Shopee delivery hantar ke rumah. Aku pulun jahit sampai siap lebih kurang jam 8.10pm, terus pakai pergi solat isyak kat masjid, ko rasa?  Aku sauk tudung instant arwah bonda, yang aku dah buang awning dan ubah jadi tudung syria. Banyak tudung dia yang aku dah buat macam tu, hampir hari-hari aku pakai kulu kilir. Niatnya nak panjangkan pahala sehingga ke Mekah dan Madinah, mudah-mudahan ada bahagian aku. Ameeen…! Sarong santri ni ada order 3 motif semua sekali, 2 helai setiap motif sebab nak kasi cukup dibuat baju. Setakat ni aku buat kaftan tanpa lengan, selesa nak pakai kat rumah dan juga jubah dress lengan 3 suku macam dalam gambar kat atas. Lepas ni ...

Musim Border Lace

Image
 Salam. Dah memang minat sulam kerawang manik goyang ke apa ke, asalkan sulam… aku join. Kalau dulu gigih la tempah sulam kerawang dari zaman sekolah menengah nak pakai raya, sekarang kita order border lace kat Shopee, cari masa dan jahitlah sendiri sampai jadi. Mostly aku jahit tangan aje, tapi lepas tu tindih dengan mesin nak kasi teguh.  Setakat ni ada banyak lagi stok border lace yang menunggu masa untuk ditampal pada baju-baju pilihan kalbu. Mana yang tak sesuai, aku sanggup gunting hujung kain lace dalam kotak, tertunduk-tunduk ikut lekuk nak kasi elok berbentuk. Nama pun minat, begitulah gayanya.  Ni gambar 10 tahun lepas, batik sutera Kelantan disulam kerawang. Sampai sekarang aku simpan baju ni dan ada masanya aku pakai pergi attend appointment, mana-mana yang suaimanfaat dengan tempat dan majlis. Takut overdress je, bukan apa. Bila trend sulam menyulam kembali hangat di pasaran, kita layankan aje dengan hati yang penuh gumbira!  Tak pe je kan…

Yes I Do

Image
Just in case you missed me, here goes:

At My Lowest

Image
I learned a great deal when I was at my lowest point in life, especially about dependency on others. And at the same time, I also had grasped that despite everything that happened, we still had the opportunity and choice to otherwise forgive those who didn’t stay with us at such crucial times. Why? Because we forgive not for their sake, but for ours. It would be too much of a burden to keep holding grudges and letting go would be doing ourselves a huge favour to move on with life.  Sometimes there is nothing comes in between us and the challenges we’re facing except God Himself, because that’s exactly what the journey is all about. Elevation wouldn’t even take place otherwise, spiritually speaking. Everything else would have to be invisible or even disappear in total except for our absolute submission and reliance upon the Creator of the Universe. Like, when the hopes all gone and we were left with nothing but a tiny little thread called faith, which turned out to be the entire sec...

Maklom Ko Munger

Image
  Assalamu’alaikum. Siapa yang pernah sampai Tokyo dan biasa lepak di Bukit Bintang, akan rasa deja vu. Bagi warga kota Kuala Lumpur mungkin tak tau nak hargai betapa happening nya negara sendiri, tapi percayalah kita tak kalah pun dengan tempat-tempat tumpuan pelancong yang bertaraf antarabangsa. Contoh kalau kita turun KL dari Kuantan, jenguk Pavilion memang tersembur biji matalah jawabnya, especially suasana malam yang disimbahi lampu-lampu berkerlipan.  Anak aku kalau ada bibik ikut kat kawasan Bukit Bintang, serta-merta akan bertukar jadi bodyguard dan sibuk jaga takut bibik dia hilang. Sama macam pergi jalan-jalan tempat luar, memang dia jadi restless dan awasi bibik. Bukan apa, sebab terlampau selalu ghaib entah mana-mana, dah la tak dengar orang call.  Lately aku teringat sangat saat-saat berjalan kat Tokyo. Masuk kali ke-2 sampai Tokyo, akhirnya aku berkesempatan buat salah satu daripada bucket list: sewa kimono dan ambik gambar sampai lebam. Dulu teringin nak bu...

Permata

Image
Assalamu’alaikum. Bukan nak kena jadi selfish prick, tapi kita jangan lupa sayangi diri sendiri walaupun hati terlampau sarat dengan kasih mesra. Kadang-kadang kita sibuk sangat nak jaga orang sekeliling sampai terlupa kebajikan sendiri, sempena tahun 2024 ni marilah kita sama-sama cuba ubah. Takut nanti mereput sorang-sorang bagaikan habis madu sepah dibuang, tak nak la macam tu kan?  Lepas dugaan dikhianati oleh orang yang paling dipercayai ni, aku tersedar dari lamunan dan pelan-pelan belajar banyak perkara dalam menyayangi diri sendiri. Masih tetap boleh menyebarkan kasih dan menabur sayang kepada orang lain, tapi ambil masa dan peluang berbuat baik pada diri sendiri juga. Tak mampu, katakan tidak. Tak sanggup, tolak dengan elok. Mampu dan sanggup, perlu letakkan syarat dan sempadan. Mulakan ikut tangga dan tahap keselesaan.  Buat dari yang paling basic, makan-minum contohnya. S esibuk mana pun, jangan lupa makan. Tak selera macamana pun, jangan sampai perut masuk angin at...

Coretan Awal Mac 2024

Image
Assalamu’alaikum. Pejam celik, celik pejam dah sampai waktu hantar anak balik universiti. Aku takde masalah langsung nak ulang-alik Johor, maklumlah anak kan 10. Cuma datang penyakit jalan tersumbat je terus jadi berdengung kepala. Dari pukul 10.30 pagi dah bersusun kereta, van, lori kontena segala dah bukan macam hari Sabtu, konsisten tersumbat jalan sepanjang-panjang Lebuhraya Utara-Selatan. Kiri kanan dalam Waze maintain warna merah sampai ke sudah, apa cerita entah? Dalam kesibukan dan keserabutan hidup aku ni, syukur alhamdulillah kali ni anak balik rumah aku banyak masa dengan dia. Kadang-kadang saja je aku duk lepak bilik dia walaupun dia layan game, dah beberapa ketika aku turun semula sambung kerja sendiri. Sama-sama keluar cari birthday present untuk daddy dia, orang ingat aku kakak dan dia adik. Muakakakak haruslah aku perasan nak matik!  Besar dah boy, bukannya dia heran daddy komplen rambut dengan janggut berserabai. Aku gelak aje, tau memang fasa budak tengah rasa ter...

Awek Besi

Image
  Assalamu’alaikum. Orang Terengganu masa zaman aku muda remaja dulu ada gelaran khusus untuk orang-orang perempuan yang cenderung “materialistik” dalam memilih pasangan, tapi lebih kepada golongan muda-mudi gitu. Kalau sekarang mungkin jauh berbeza dengan zaman itu, cara menilai materialistik sudah tentu juga berbeza. Maklumlah, dunia menjadi lebih luas dengan media sosial dan jaringan internet tanpa sempadan. Setidak-tidaknya, orang Pantai Timur tidak lagi terlalu jumud dalam melihat sesuatu yang kurang biasa dalam komuniti mereka. Bagi aku, perkara yang bertambah bagus harus diraikan, didoakan semoga dapat memberi manfaat kepada banyak orang. Dari satu segi, rata-rata pihak akan mendapat pendedahan tentang budaya, cara hidup masyarakat luar dan apa jua yang bersangkutan dengannya tanpa perlu melangkah jauh dari lokasi masing-masing. Implikasinya pun bagus sekali, kerana setiap daerah menjadi seakan-akan lebih dekat meskipun jauh beribu batu.  Gelaran itu adalah “Awek Besi”,...

Usah Berkedip

Image
  Assalamu’alaikum dunia… Saat satu pintu tertutup, usah lupa tingkap yang wujud. Bahkan tetaplah yakin untuk bertanya: Adakah pintu yang tertutup itu sebenarnya berkunci ataupun tidak mungkin untuk ditembusi? Adakah tingkap yang wujud itu pula suatu imaginasi atau sekadar ilusi semata-mata?  Memang lebih mudah untuk kita menyerah kalah pada keadaan malang yang menimpa hidup, itu semua orang boleh lakukan tanpa perlu bersusah payah sedikit pun. Tinggal lagi, dunia bukanlah tempat untuk kita bersenang lenang mahupun berlenggang kangkung dalam semua situasi. Di sini kita ditugaskan untuk mencipta dan mencetak rentak sebagai bekalan di destinasi sebenar, tempat nan abadi tanpa air mata, tanpa lelah mahupun sekelumit sengsara. Maka dengan itu, carilah hikmah di sebalik setiap dugaan yang Allah turunkan untuk kita di dunia ini. Sekalipun segala-galanya bagaikan menghimpit diri sehingga ke sudut paling hujung, tetaplah berbaik sangka pada rahmat-Nya. Kekal percaya bahawa kepayahan d...

Seluar Kargo

Image
Assalamu’alaikum. Musim seluar kargo sekarang ni kan? Selain denim skirt, berduyun-duyun kaum Hawa pakat menggayakan seluar kargo hari demi hari. Dulu masa aku rutin pakai denim skirt, orang selalu kata fesyen lama tak trendy segala. Masa pakai seluar kargo, orang kata tak sesuai perempuan ambik style lelaki.. apa cerita suka pakai seluar poket sana poket sini macam mekanik? Tinggal lagi, aku bangsa tone-deaf mana ada nak kisah pun semua tu janji aku suka sudah.  Tapi itu dulu, sekarang denim skirt dan seluar kargo dua-dua jadi fashion statement sampai berlambak-lambak kat kedai fizikal dan juga online. Harga pun murah-murah, cuma kalau nak yang kualiti lebih dari segi fabrik lembut, tak boleh la dapat bawah RM100. Dulu memang gitulah harganya, sampai sekarang masih tak banyak berubah kalau diamat-amati. Apa yang bagusnya sekarang ni, cutting lebih sesuai untuk badan perempuan dan siap didatangkan dengan gender friendly, unisex gitu.  Sejak harga durian runtuh boleh dapat kat ...

Sarung Telekung

Image
 Assalamu’alaikum. Aku ada satu perangai dari zaman muda remaja sampailah purbakala ni, suka sangat solat guna kain sarung dipadankan dengan telekung. Kalau dulu mesti tergedik-gedik buat muka comel mintak dengan ayah, sekarang aku lebih memilih untuk beli sendiri kat Mydin. Bukan tak boleh ambik pakwe punya, ada je memang dah rembat dua tiga helai tapi sebab sejenis tamak haloba, nak juga beli lain.  Lebih-lebih lagi sejak selalu turun Ipoh hampir setiap bulan dah dua tahun lamanya, suka sangat jenguk Mydin gedabak kat Meru Jaya. Dah jadi satu rutin wajib berlama-lamaan kat bahagian mini telekung dan sarung pelikat. Ada yang tanya kenapa suka guna sarung masa solat? Oh, jawapannya mudah je: sebab labuh dan gabak. 🤭 jauh lebih selesa berbanding kain telekung, terutamanya yang dari Indonesia mahupun Vietnam. Kebanyakannya senteng, banyak kali ternampak kaki masa duduk tahiyyat akhir. Dulu la, sekarang ni dah labuh-labuh majoriti kain yang dijual, kecuali la yang orang waqaf ka...

LUKA

Image
Dalam hidup ini, yang paling menyakitkan adalah dikhianati oleh orang yang paling dipercayai. Sulit untuk dihadam akal fikiran, boleh menjemput kemurungan yang tidak bersempadan. Kemaafan bukan lagi sesuatu yang perlu ditimbulkan kerana frasa itu sendiri pun tidak sesuai untuk dilafazkan. Apa pun jua alasan, pilihan ada di tangan kita untuk saling menjaga kepercayaan dan tidak sesekali mengkhianati antara sesama.  Mengkhianati itu sendiri adalah suatu pilihan dan tiada alasan yang akan mampu dijadikan sandaran. Apatah lagi jika satu demi satu pengkhianatan dilakukan, memanipulasi sebuah kepercayaan yang diberikan tanpa syarat selama ini. Itu sudah terang lagi bersuluh adalah pilihan yang disengajakan, matlamat takkan pernah menghalalkan cara.  Sakit yang dirasakan juga bagaikan pedang menghunus ke jantung, membunuh zahir dan batin. Meskipun hidup tetap terasa mati. Yang lebih menyakitkan adalah hidup tetap perlu diteruskan sementara menanti mati yang memang pasti. Begitulah di...

Hanging Tough

السلام عليكم Yeah, it’s been a while… things have been tough, life has been rough. But when the going gets tough, the tough get going. What doesn’t kill will make you stronger. The way I see it, at least it would make you slimmer. As 2023 almost ends, let’s hope for a better year ahead.  Meanwhile, just embrace each day with gratitude and graciousness to the max.  Sayang korang! 

Bokitta and Blurry Minds

Image
Assalamu’alaikum. Hi there again, you guys!  It’s been more than 3 years since I last visited any Bokitta outlets, mostly due to covid-19, I would say. Loads of existing new ones prior to the pandemic that I haven’t really worn, I mean where to go? Not that I picked a Bokitta to cover my hair each time I cooked, if you know what I mean. And last time I checked, there are more than 8 plain Bokitta hijabs I have in store, out of which only a few ones I took out to play. The rest I even queried myself, when did I buy that? (Which makes me wonder) if the virus had  actually bitten my memories as well, apart from the lungs?  Anyhow, two days before departing to my in-laws for eid holiday, I went to KL East Mall for a designated (single) purpose. The mission was duly accomplished but I found myself thinking of my late mom so bad that I had to wipe the tears off with cold water in the toilet, generously splashed over my face. By then zuhur’s notification had already appeared on ...

Abaya for Eid

Image
Assalamu’alaikum. It’s been a while since I opted for abayas during eid. There are plenty of choices this year with various range of prices, it’s up to us which one to grab, as long as we know our own capabilities financially, that is. Never fall into marketing tricks of having exactly what others do, let’s be realistic and practical. Ask ourselves whether or not we’re going to wear it (or them) for real after eid celebration. And please be okay not to get new outfits for open houses, we can always wear anything decent from our existing ones in the wardrobe.  There’s a vendor I would recommend at Shopee, called EJ Style where you could get fancy abayas with affordable price. I mean, not everyone can afford abayas from Burj Abaya, Tamara and the likes. Even if you do, it’s not wrong to degrade a little for something way less expensive, now is it?  In the end, it’s how we wear it, dear!  ~ Nai @ Tak Pe Je.

Yatim Piatu

Image
  Assalamu’alaikum. So I lost my mom, my best friend since birth on 1st April 2023, 10th Ramadan 1444H and have been in an auto pilot mode ever since. I have yet to properly mourn and grieve, given hectic responsibilities throughout Ramadan as a wife, mother and employer. Yep, in a strict line of priorities, if I may add.  I’m far from okay, sometimes I would randomly sob especially when reading surah al mulk at night, or while packing for eid vacation. A day before Eid I couldn’t bear it any longer that I cried silently each time I was alone in my room, in between odd hours of cooking for iftar. I slept around 11.30pm, set the alarm for 5am to cook nasi hujan panas all by myself, didn’t want to interrupt bibik who had only slept at 3am preparing the main dish. By the time she woke up for fajr prayer, I was already into 2nd round of nasi hujan panas. Yep, that’s how it’s been all this years: 5kg basmati rice duly cooked 4 or 5 rounds on the 1st Syawal. I couldn’t bring myself ...

That Shin-chan Brows of Mine

Image
Never even attempted to trim my brows, I guess I’ve come to accept whatever factory setting in store for me. Bushy or cramped as they are, I have long since made peace with the Shin-chan brows of mine. It’s in the family anyways, so what’s new? Sometime I whispered wickedly to those who suggested some adjustment: let them be, I feel “Just like the Greeks!” LOL. Hey you, thanks a bunch for stopping by.. sorry I’ve been somewhat missing-in-action lately. Hope you guys are doing great and please be healthy as Ramadhan is just around the corner. I’ll see in the next one, Assalamu’alaikum. ~ Nai @ Tak Pe Je.