Demi Masa Yang Berputar Tak Menunggu Kita

Assalamu'alaikum. Balik ambik keputusan PT3 minggu lepas, banyak aku borak dengan azieq. Biasanya borak ringan-ringan je, kali ni guna bahasa orang dewasa pulak. Aku kata kat dia, "If you could pull this off, there's nothing you can't 
pull off".  Dengan dia, bercakap memang saling melengkapi ayat, makin besar makin ketara. Satu lagi aku ingatkan kat dia, "Come shine come rain, always find the brightest side of things, like I raised you up with all this while". Secara kasar, nampaknya dia membesar dengan pendekatan yang aku terapkan, kira berjaya la propaganda mummy selama ni. Tinggal lagi tetap perlu dipantau, bimbang terlebih garam ataupun gula sampai menjadi penyakit. Ye la kan, budak setahun jagung baru nak 'up' takkan kita lepaskan sembarangan tanpa seliaan. 


Dah selesai pesan berpesan, dia mintak singgah makan pizza (Hawaiian chicken) dan beli mocha frappucino hala balik. Seperti biasalah, memang specific kehendak dia dan tak payah cuba nak counter offer. Aku biarkan dia jalan dulu lepas dia ambik gambar OOTD gobos seorang aku, beriya nak abadikan gambar palazzo yang aku jahit sendiri. Bila sampai depan Pizza Hut, aku tengok dia duduk kat bangku luar. "Azieq tunggu mummy", katanya sambil berjalan seiring ke muka pintu. Masa tu dia bukakan pintu kaca dan berkata, " Watch your step", mengingatkan aku agar tidak tersadung. Mulutku menuturkan "thank you" tapi mata berkaca dan hati tersentuh jauh di lubuk yang paling dalam. Semoga begitulah nanti layanannya sampai hujung nyawaku. 


Aku pesan carbonara, dah la lambat sampai berbanding Hawaiian pizza, macam garam tumpah pulak bila dah dapat. Anak bertuah dari awal dah ajak makan sekali pizza tapi aku bimbang nanti tak habis pulak carbonara, akhirnya terpaksa la ambik jugak buat alas perut. Panggil waitress mintak bungkuskan carbonara dan modify kasi kurang masin, pesan kat dia. 


Takde nak ke mana dah, kami pun keluar dari situ menuju ke tempat parking. Sebelum tu, of kos la singgah temankan anak bujang beli ice blended pujaannya di Starbucks. Dulu pernah belikan dia Costa punya, selamba je dia cakap "azieq tak suka sangat mummy", ko rasa? Takpe la, dah aku pun suka lepak SB dari dia kecik, nak salahkan dia mana mungkin. Citarasa dia specific dan tak boleh diubah setakat ni, kita biarkan saja masa memainkan peranan. Sementara itu, hidup perlu maju terus ke depan dan carilah sudut positif dalam semua keadaan. Terima kasih sudi baca, jumpa lagi nanti. Assalamu'alaikum.

~ Nai @ Tak Pe Je.

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan