Jiwa Lama Berkebaya & Berkain Renda

Assalamu'alaikum. Asal hujung tahun je, majlis kahwin pun tumbuh melata di muka bumi, dah macam #musimmengawan pulak gayanya, betul tak? Kita ni dah orang jemput, sedaya mungkin ikhtiarlah menghadirkan diri, memeriahkan majlis dan menyambung silaturrahim.  Walaupun bonda tak berkenan kain yang aku jahit ni dan suruh aku pakai kebaya kain songket cotton, aku dah buat keputusan nak ikut selera sendiri. Makanya, aku pakai baju ni dipadankan dengan skirt renda berwarna hitam dan bermekap apa adanya, sebelum melilit shawl sebagai pelengkap gaya. 


Bukan apa, pada hematku, kain songket cotton akan membuatkan aku kelihatan formal dan sedikit overdressed. Kita kan kena kenal pasti majlis mana yang akan kita hadiri, tempatnya di mana dan audience nya bagaimana. Jadi, agak-agak la nak melaram pun, karang sendiri yang segan. Mak kata kain yang aku beli ni nampak murah, coraknya macam orang tua dan tak sesuai dengan aku. Tapi dah mata aku kata cantik, jiwa aku rasa damai, tak kisahlah orang cakap apa pun, aku takde hal. Bila dah tengok OOTD aku tadi, mak senyum aje takde kasi komen negatif dah, kenal anak sulung dia macamana. Tak pun, mungkin dia dah tukar fikiran, mana tau kan? 


Gaya macam ni sebenarnya zaman-berzaman dah wanita Melayu bawa, dari generasi ke generasi. Cuma dulu orang tak berhijab macam sekarang, ye lah tahun 70-an nenek moyang kita belum lagi terdedah kepada pendekatan dan gerakan islamisasi. Letak selendang atas kepala macam orang Pakistan aje dah dikira sangat bersantun. Mak aku pun masih pakai selendang ikat itik masa pimpin tangan aku pergi jalan2 kat UKM masa ayah belajar dulu. Setiapkali tengok gambar tu, hatiku sangat terusik. Ye lah, ingat lagi baju t-shirt dan seluar jeans kodroi jenama Newton yang mak jual, gigih kelek katalog ke hulu ke hilir, tambah pendapatan demi menyara anak di tadika dan suami di universiti. Besarnya kuasa cinta dan pengorbanan isteri terhadap seorang suami, yang alhamdulillah amat menghargainya hingga ke hujung usia.


Jauh pulak fikiranku menerawang. Jiwa halus biasalah, abaikan aje.


Memenuhi jemputan ni nampak macam simple, tapi membawa erti dan impak yang besar kepada kaum keluarga, sanak saudara dan sahabat handai. Bila kita tengok muka nan manis penuh senyuman, hati pun terasa terisi dengan kasih sayang yang tiada tolok bandingnya. Tak kurang jugak terasa diri begitu berusia, bila tengok anak2 sepupu sepapat yang dulu masih hingusan, dah naik pelamin dan jadi mak bapak orang. Padahal apa nak hairan, anak sendiri pun dah berkumis berjanggut! 

Ok la, sekian dulu buat kali ini. Sampai jumpa lagi, Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan