Hujan Nan Biru
Assalamu'alaikum. Dah mula cuti sekolah ni banyaklah kenduri kahwin, sana sini orang naik pelamin. Kalau di negeri-negeri Pantai Timur, jenuh berhambat dengan hujan nak kasi majlis tak terjejas kemeriahannya. Masa ni la gigih mencari doa-doa pindah hujan, biarlah menyirami bumi-bumi tandus yang lebih memerlukan air. Jangan sampai buat benda-benda khurafat sudah, karang lain pulak jadinya.
Aku setakat ni dah lepas dua majlis di Pantai Timur dan bakal menyusul 1 majlis di Lembah Kelang tak lama lagi. Masalahnya sekarang ni hampir 1 Malaysia dah musim hujan, Lembah Kelang pun hampir setiap hari dibasahi hujan, cuma keadaannya takde la sekronik Pahang, Terengganu dan Kelantan. Risau rasanya tengok keadaan, macam nak banjir besar daripada biasa, maklumlah hutan dah makin gondol dan saliran air makin dipenuhi sampah.
Aku buat entry ni sebab nak tunaikan janji untuk kongsi gambar baju yang aku repair lengan semata-mata nak pakai pergi kenduri kahwin, itu pun kalau korang masih ingat (SINI). Sebenarnya kan, aku gatal je tangan nak tambah kain alas masa duk repair lengan aritu, tapi memang takkan mungkin sempat punya! Mana nak pergi beli kain, mana masa nak tetas benang, mana nak cantum balik semua bahagian, oh tidak! Kabi Nahi! Sudahnya, terpaksa la aku pakai inner dan petticoat demi mengelakkan sebarang kejadian yang tak diingini. Kain songket macam ni memanglah lembut gemalai, tapi benang tenunan di bahagian dalam teramatlah mengganggu gugat ketenteraman kulit dan perasaan si pemakainya. Meremang semacam kalau tak dialas, dah pulak kalau kulit korang jenis sensitif ataupun lebih teruk, kalau ada masalah sinus, allergies dan penyakit-penyakit yang sewaktu dengannya.
Aku rasa kena jugak cari masa dan ruang untuk jadikannya satu kenyataan, pelan2 kayuh.. sebabnya aku sayang sangat2 baju ni, warna birunya sungguh mendamaikan jiwa dan menyejukkan mata memandang. Kalau nak beli kain lain satu hal pulak, bajet lagi tu.. hujung2 tahun ni banyak nak guna duit, sendiri mau ingat la kan? Apa2 pun aku akan update jugak kat sini, kot la masa dan ruang itu datangnya lebih cepat daripada sepatutnya. Sementara itu, jaga diri dan hiasi peribadi. Terima kasih sudi baca dan sampai kita jumpa lagi. Assalamu'alaikum.
~ Nai at Tak Pe Je
Comments
Post a Comment