Kebaya Labuh Paras Kaki, Perlu Dicaras Atau Tidak?

Assalamu'alaikum. Kenduri back to back, satu sebelah malam dan satu lagi sebelah siang. Aku tak reti sangat mekap ni, lebih kurang sama je cara olahan malam dan siang, maafkanlah aje kekuranganku, ya? Mata memang tak mekap, malas nak lap air mata sepanjang majlis nanti, dasar sensitif tak leh masuk celak ataupun maskara. Takat buat dua stroke dengan berus kat kening, eyeshadow bagai takde masa nak pakai, campur dengan vitamin M (read: Malas).


Aku dah lama tempah kebaya labuh ni dan tak pernah pakai, satu sebab takde tempat yang sesuai, satu lagi sebab besar tailor buat, sayangkan kain nak kasi habis gamaknya. Memandangkan aku dah tau buat dart sekarang, maka aku jalankanlah projek penambahan dart kat kiri dan kanan baju bahagian depan. Lengan tak sempat aku adjust apa2, lantak la asalkan tak nampak macam baju pinjam sudah. 


Adik aku dengan baik hatinya jadi bidan terjun seperti biasa, bila abang ipar tak dapat temani isteri. Kali ni bukan sebab kerja, tapi diserang demam panas. Biarlah dia berehat, esok nak kena jugak attend wedding sepupu dia, bersama keluarga yang gigih datang dari kampung. Jauh nun di Ombak Marina Putrajaya sanggup kuredahi jua, demi menjaga hati tuan rumah yang berkali-kali mengingatkan.


Seronok jumpa muka familiar kat tempat yang tetamu lain sorang pun kau tak kenal! Kakak ni amat aku rindui, lama kot takde masa duduk mengopi dan membawang. Walaupun kami tak diletakkan semeja malam tu, tapi itu tak menghalang daripada bergambar kenang-kenangan. Lawa dress dia tempah kat Vietnam. 


Majlis resepsi menantu kawan kami ni diiringi lagu dan muzik keroncong, dipengerusikan oleh Fedtri Yahya. Bagus idea dorang buat makan beradab dua mempelai je duduk bersama, tak payah ahli keluarga menemani kiri dan kanan.


Adik aku komen, "Malay weddings are all the same, they are so boring. Venue je lain". Err.. aku tak tau nak cakap apa, maklumlah orang sudi teman sampai Putrajaya pun dah 1000 rahmat! Dia duk puji majlis kawan dia, siap ada Bollywood Night, yang bagi aku bukan sesuatu yang patut ada, kecuali kalau kita berdarah India ataupun Pakistan ataupun yang seangkatan dengannya. Tinggal lagi, preference manusia kan pelbagai, dah elok bagi dorang, macam la aku ada sumbangkan seribu dua pun! Dah takde sesen kasi, lagi mau komen bagai-bagai pulak, ko rasa?


Kami bertiga je la malam tu, date aku tinggal kat rumah, tengok gambar dendiam sudah! 


Aku rasa kurang sesuai pulak kebaya lace labuh ni dengan aku, lepas ni tak nak dah tempah. Lagi elok pakai dengan palazzo kot, kalau nak dress it down. Tak berapa cukup inci nak gayakan benda2 selabuh ini, dah la tak pakai kasut tumit tinggi. Takde la buruk, cuma kurang sesuai pada hematku. 


Ada lagi kain lace yang belum aku potong, baik buat kebaya biasa je, ambik iktibar daripada kebaya labuh ni. Nak pendekkan sayang pulak, biarlah nanti mana tau satu hari aku ubah fikiran dan rasa elok pulak benda ni. Sementara itu, kita tempuhi dulu kehidupan ini dengan penuh rasa cinta dan kasih mesra. Terima kasih sudi baca, jumpa lagi lain kali. Assalamu'alaikum.

~ Nai @ Tak Pe Je.

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan