Kurung Pahang Kepada Kebarung
Assalamu'alaikum. Lebih 2 tahun lepas, aku ada hantar beberapa pasang kain saree kepada saudara di Terengganu untuk dijahit menjadi baju kurung Pahang. Malangnya ada 3 pasang yang dia ikut selera sendiri dan membelakangi kehendakku. Salah satu daripadanya adalah baju yang aku kongsi kat sini, berona biru dan sangat dekat di hatiku. Arahan yang diberikan lain, hasil yang dikembalikan jauh panggang dari api. Lama aku bermuram durja, nak marah karang putus saudara, ko rasa? Telan je ler, sambil mengarang2 apa nak dibuat sebagai Plan B.
Aku ada mintak sorang tailor kat area Pasar Keramat modify baju ni jadikan kebarung tapi katanya dia tak berani, takut rosak kain, macam2 la alasan yang keluar dari mulutnya. Tak nak buat sudah, dalam hatiku berkata.
Akhirnya hujung minggu baru2 ni aku buat sendiri, laaa... senang gila, kejap je dah siap, mungkin sebab sendiri punya, takde rasa takut nak ambik risiko. Tinggal lagi, empunya baju lagi patut bimbang, sebabnya siapa nak ganti kalau apa2 jadi, betul tak? Cuma bagi aku, nama pun kerja berisiko, wajiblah teliti dari semua sudut dan pastikan tak tersilap langkah. Aku belek2 cara jahitan asal, gunakan subjek Matematik tajuk Pelan & Dongakan selaku pandangan mata burung, kemudian terus maju ke depan tanpa menoleh ke belakang lagi. Aku jahit tangan je bila dah siap gunting apa yang patut, even buat dart kat belakang baju pun tak guna mesin jahit, manual je guna tangan. Happy ending, yeay...! Tercapai sudah hasrat suci murni seorang aku untuk upcycle baju kurung Pahang kepada kebarung, alhamdulillah. Rasa ralat dua tahun menjeruk geram terubat akhirnya, sekarang aku tak rasa sakit jiwa tiapkali teringatkan baju ni. Baru la sesuai dengan fesyen, nak letak border gedabak kiri kanan sebagai kebarung. Takde la nampak macam pelik je berkedut kat atas abdomen.
Sepasang lagi berkongsi masalah yang sama, pun dah aku ubahsuai dengan jayanya. Ingat nak pakai pergi majlis tunang adik bongsu bulan Februari 2020, ada lagi sebulan lebih. Tapi tak tau la jadi ke tidak, kita tengok keadaan dulu. Baju kain saree yang lama2 banyak lagi tersimpan rapi dalam container baju2 yang memanaskan bangku simpanan, mana tau kot aku terlebih rajin nak upcycle jadi fesyen lain pulak. Bukan boleh aci aku ni! Sementara tu, kita rehatkan dulu jasmani dan rohani sempena cuti Krismas besok hari. Selamat merayakannya bagi penganut agama Kristian dan selamat bercuti bagi yang tak menyambutnya. Sekian, Assalamu'alaikum.
~ Nai @ Tak Pe Je.
Comments
Post a Comment