Projek Kebaya Mak Lom
Assalamu'alaikum. Pejam celik pejam celik, dah lebih setahun aku menceburi bidang menjahit baju, tak sedar betapa masa begitu cepat berlalu. Dari awal lagi aku dah mengadu kat bonda, kebaya tak boleh nak buat kecuali pergi ambik kelas menjahit biar menuntut ilmu secara manual. Dalam otak ni, memang confirm takkan boleh paham punya kalau setakat tengok tutorial dalam you.tube. Pernah jugak aku try belek2 kebaya yang sedia ada dalam almari, cuba potong dulu bahagian belakang baju tapi sudahnya tak nampak langsung jalan nak teruskan. Sehinggalah dua hari lepas, aku pelan2 perhatikan sehelai kebaya dari sebelah dalam. Aku duduk sorang2, kosongkan fikiran, tenung dan tatap dengan imaginasi sejuta dimensi, akhirnya aku dapat tangkap pattern dan cara menyambung semua bahagian kebaya. Bila dah macam tu, takde kompromi, takde alasan dan takde halangan untuk aku menoleh ke belakang lagi, lalu ke depan terus jalan.
Rumitlah daripada baju kurung modern, sudah pasti, tapi itulah seni pembikinan kebaya yang memerlukan fokus dan ketelitian yang bukannya sedikit. Memang tak boleh bawak masalah ataupun sebarang galau kalau tak nak tersilap langkah, betul2 kena letakkan sepenuh perhatian pada kerja kursus depan mata.
Bila dah jadi tu kan, aku punya la happy rasa nak lompat bintang! Menjerit2 panggil bonda nak menunjuk 'kehebatan' la kekdoh, ko rasa? Bonda siap speechless, hokeh! Gambar kat atas aku ambik bersungguh-sungguh, maklumlah dah kira macam grad buat PHD, gitu la lebih kurang pencapaian itu pada pandangan diri ini. Lepas dah jadi bentuk kebaya, kena lengkapkan dengan dart belakang depan, kalau tak bukan kebaya namanya, mungkin kebayan ataupun kembangan?
Sebaik sahaja lengkap segala-galanya termasuk sembat lengan dan keseluruhan bahagian dalam, hasilnya alhamdulillah ... kebaya pertama yang aku hasilkan dari awal hingga akhir, syabas beta!
Nothing is Impossible, Will it!
~ Nai at Tak Pe Je.
Waah desainnya bagus^_^ thanks for share,.
ReplyDeleteKunjungi juga http://bit.ly/2xYsQZ4
terima kasih..
Delete