Posts

Showing posts from July, 2019

Oh My Kening Sinchan!

Image
Assalamu’alaikum. Semalam konon-kononnya malas la nak bukak lampu siang-siang hari dalam bilik masa mekap, kira cukup dengan cahaya matahari sebab dah selak langsir ikat tepi. Nama pun rabun, kening siap jadi macam Sinchan dan celak tak sekata sebelah kiri kinan, haaa tepok! Itupun lepas snap gambar selfie, kalau tak confirm keluar cenggitu aje, maklum la confident level tahap dewa kekdahnya.   Apa aku buat adalah, bila dah sampai dan park kereta dekat Pusat Komuniti Setiawangsa, suruh anak bertuah dan kawannya turun dulu, aku cuba baiki mana yang patut tak nak kasi tebal sangat garisan celak di kening. Badan tak berapa selesa, sikit lagi nak give up dan cari tandas cuci muka biar polos pergi masuk majlis orang. Akhir sekali aku gosok dan ratakan aje kening dengan jari, suka hati ko la nak jadi apa, labu! Makanan di majlis kakak kawan Azieq petang tu boleh tahan jugak sedap, Pok De Catering katanya, sajian istimewa Briyani Johor. Tapi lauk kenduri dah macam sep...

Di Penghujung Minggu ~ Arkib Mini.

Image
Assalamu’alaikum.  Apa khabar semua? Semoga sihat-sihat belaka hendaknya, sibuk ke hari minggu ni? Aku tumbang sejak semalam, demam selesema datang menjelma. Tapi nak kerja punya pasal, aku terpaksa bertahan tanpa ubat sampai malam. Membebel pakwe, aku buat dek aje, habis tu takkan nak pergi tidur kat ofis, kan? Lagipun siapa nak hantar dan jemput anak kalau aku mengantuk, cer jawab? So, lepas Maghrib baru aku makan panadol, ubat batuk, selesema, allergik dan ponstant, lalu apa lagi... padam ler beberapa jam dibuai mimpi ke bulan dan bintang.  Beg ni apa kena mengena dengan ini cerita? Kawan aku mengadu beg LV Neverfull dia terputus tali kat tepi, tak tau siapa yang potong. Aku suruh dia pergi hantar ke butik, order replacement strap biarlah kena tunggu lama pun, sayang kalau biar gitu aje. Nak beli baru ataupun preloved pun dah mahal sangat harganya sekarang, bukan macam tahun 2010 dulu. Bila tetiba Instagram pun dah buat macam Facebook, tayang memori daun pi...

Tuba Tak Dibalas Gula

Image
Assalamu’alaikum. Siapa tak suka dapat hadiah, kan? Terutamanya kalau hadiah tu sesuatu yang memang kita suka, macam abaya dalam gambar kat bawah ni. Cantik sangat, terharu masa terima daripada sorang sahabat yang baru balik umrah, ole-ole Haramain namanya. Tak expect nak dapat abaya, aku rasa macam nak melompat masa dia hulur paper bag yang sedia tenganga untuk dijenguk. Teringat pulak hati memuji kecantikan abaya yang dia pakai di Madinah dalam Instagram, sekali Allah gerakkan hatinya untuk hadiahkan sehelai abaya yang sama design kepada diriku ini. Semoga dilipatgandakan lagi rezeki sahabatku itu, dimakbulkan segala permintaan dan dipermudahkan segala urusannya. Ameeen! Aku pakai dengan tudung sarung teratai daripada fabrik sifon, tengok lawa pulak bonda pakai, beli la sehelai untuk koleksi peribadi. Tinggal lagi takde la aku pakai hari-hari, rasa pelik pulak kalau nak jodoh dengan gaya santai. Mak takpe la, dia hari-hari pakai busana Muslimah, bukan macam aku rojak pasembo...

Kopi, Rokok & Sirih ~ Aroma & Terapi.

Image
Assalamu’alaikum. Aku baru sudah buat kopi letak dalam spill proof a.k.a thermos, satu untuk pakwe dan satu untuk aku, lepak kejap update blog sambil makan roti jagung yang aku beli kat Petronas Lingkaran Karak dua hari lepas dan menghirup kopi pelan-pelan. Teringat pulak kat arwah nenek sebelah ayah, dia memang kuat minum kopi dan chain smoker, yup, nenek aku smoked. Rokok daun dan DUNHILL, ko rasa? Oh, kuat jugak makan sirih. Kopi, rokok dan sirih, hurmmm... korang takkan tau apa bau yang terhasil daripada kombinasi itu, kecuali korang berasal dari Pantai Timur, di mana masyarakat menerima perlakuan sebegitu sebagai sesuatu yang normal. Tapi khas untuk orang tua-tua aje, hokeh... anak cucu tak boleh buat semua tu, kecuali manja-manja try rokok daun. Haaa... aku pun tak terkecuali, dan family pun semua akan gelak ketawa ramai-ramai bila yang mencuba itu terbatuk-batuk, tersedak, mata berair bagai. Itu adalah senario yang sangat cute pada pandangan mereka, tapi percubaan pertama aje l...

Kisah Tungku, Durian & Mocha

Image
Assalamu'alaikum. Hari ni ada extra service daripada tukang urut bulanan, iaitu bertungku satu badan. Pergh... heaven on earth, to the moon and back gitu rasanya! Satu tip yang aku belajar daripadanya, tungku perlu dibalut dengan aluminum foil dulu selepas daun mengkudu/sirih/pisang suka hati ler kan, barulah tak terbakar tuala dan kain batik yang digunakan. Cuma bau takde la sewangi dan sekhayal tanpa aluminum foil, itu pada pandangan peribadi aku. Tinggal lagi, apa ada hal wangi ke tidak, yang penting lemak berketul boleh dipecahkan, urat bersimpul boleh dikendurkan. Bak kata dia, badan kamu nanti jadi macam ubi yang dah masak, enak dimakan begitu saja. Oh Gardenia! Heheh adoi comel sungguh perumpamaan orang Medan ni, ya? Sis terhibur t eruk! Mak ajak pergi Mydin Subang, nak beli tudung katanya, amboi bapak jauh kau! Tak berbaloinya lahai nak murah punya pasal, aku pujuk dia pergi yang dekat-dekat sudah. Elok aku terus bawak dia singgah kiosk Jahan’s kat Aeon AU2, turun ...

Hatiku Terpanggil Ke Pulau

Image
Assalamu’alaikum. Semak betul rasa kepala, boleh tak kalau aku nak pergi bercuti sorang-sorang kat pulau? Bahaya pulak kan, hanyut di lautan takde siapa nak tolong payah jugak. Bukan apa, duduk lepak-lepak tepi pantai buang pandangan kosong mengadap laut, angin menyapa muka penuh santun, ombak beralun memecah kesunyian... oh, damainya! Tapi apakan daya, masa dan keadaan tak mengizinkan, maka kita bermimpi siang-siang hari dulu pun okay la, kan?   Asalnya tengahari tadi dah siap awal pakai lawa-lawa, niat nak singgah window shopping dulu kat mall sebelum ambik anak balik kelas tambahan kat sekolah. Tapi jenuh pulak duk melayan wassap orang itu, orang ini, pertanyaan begitu, pertanyaan begini... sedar-sedar dah jam 12.40. Padahal sepatutnya kena sampai Gombak jam 1pm, ko rasa? Dah la jalan takde rupa hari Sabtu, sesak padat rapat sendat, nak tekan minyak pun tak boleh. Itu dah lalu DUKE, bayar tol RM2.50 sehala, bukannya lalu MRR2 yang takde tol. Bersusun lori, trailer,...

Max Tag : Adiwira Terhebat Di Jalan Raya.

Image
Assalamu’alaikum. Siapa je yang tak frust dengan Smart Tag edisi kedua, cuba bagitau aku? Smart tag keluaran pertama bukan main elok, sampai tahap orang sanggup pecahkan cermin kereta la nak curi. Datang edisi kedua, dah ke laut mabuk darat segala bagai jadinya, berapa kali nak kena pergi tukar pun tak tau nak cakap. Sampai budak kaunter pernah terus terang kat aku, “kalau akak tukar lagi pun sama je kak, memang banyak isu pun Smart Tag ni, tak macam yang dulu”, katanya. Soalan seterusnya yang terpacul dari mulut tak insuranku ini, “Dah elok2 tu duk sibuk tukar baru kenapa?” Macam la aku tak tau jawapan yang bakal aku dengar, “Kita orang ni pekerja bawahan je kak, semua ni kerja orang atasan...” Aduhai, apa lagi yang mampu aku katakan selain “Iya la dik, kita sama je... jadi mangsa”, sambil berlalu pergi dengan hati yang bengkak. Fast forward dua tahun, memang aku duk guna lorong TNG aje ler, Smart Tag aku tukar bateri baru pun tak berfungsi, nak buat tukun pun tak laku. Sehinggal...

Kupilih Hijau Tanda Kedamaian Nan Abadi

Image
Assalamu’alaikum. Tahun ni open house macam takde kesudahan di sekitar Lembah Kelang, mungkin berlarutan hingga Aidil Adha, ah sudah! Kami di pejabat terpaksa lupakan hasrat nak buat potluck panggil kawan2 despatch, cleaner dan jiran depan tangga macam tahun lepas, banyak pulak halangan mendatang, apakan daya. Tapi walau bagaimanapun, Alhamdulillah diizinkan Tuhan buat makan-makan antara sesama kami hampir seminggu selepas berakhirnya Syawal. Atas permintaan, aku kekalkan menu utama macam tahun lepas punya: nasi arab versi bonda, kari kambing dan udang masak merah. Bezanya aku tak kasi pakwe beli kuih, cukup buah-buahan aje, sebab memang tak termakan semua tu. Lagipun desert aku dah buat koktel yang confirm selalu laku keras dan tak pernah menghampakan. Hasilnya, sabo aje ler tengok depa makan, aku tumpang bahagia. Aku pakai baju kebarung lama, jodoh dengan skirt songket kesayangan arwah ayah, yang bertahun-tahun ambik masa nak pujuk dia bagi kat aku. Bila akhirnya dia kasi, a...

Sehari Secangkir Kopi, Kisah Tak Pe Je

Image
Assalamu’alaikum. Aku setiap pagi macam jugak coffee addicts yang lain, memang kena mintak nyawa sebelum mulakan kerja. Kadang-kadang selepas subuh aku dah start brew coffee, letak dalam thermos untuk suami dulu sebelum pergi hantar anak ke sekolah, balik tu buat pulak kopi untuk diri sendiri. Tapi ada masanya aku buat siap-siap, heret thermos berisi café latte dan minum pelan-pelan sambil memandu. Tengok keadaan la macamana, takde la statik langsung tak berubah. Gambar ni aku ambik pagi Jumaat, lepas hirup seteguk kopi, susu rasa pelik, baik jangan teruskan minum, karang sakit perut jenuh jadi penunggu tandas tak keluar-keluar. Ini la lecehnya bergelumang dengan arena café latte, sebab susu segar memang cepat tak elok. Penyimpanan susu segar tak semua orang faham, macam bibik sampai sekarang tak faham-faham lagi, ataupun malas nak ambik pusing, apa susah tak elok bukan dia yang kena beli lain, kan? Kalau dah keluarkan dari peti, jangan berlama-lama di luar, cepat-cepat masukk...

Sehelai Songket Berwarna Zamrud

Image
Assalamu’alaikum. Suatu petang Jumaat lepas balik kerja, aku jalan-jalan kat Aeon AU2 sementara menunggu solat Maghrib dan jumpa client. Biasalah window shopping kan, bukan ada nak beli apa-apa pun. Sekali terpandang la tiga empat helai songket yang dah siap berjahit, dan mataku ini melekat pada songket berwarna hijau zamrud. Aku dan hijau memang takkan terpisah selama-lamanya. Jadi, sudah pastilah aku membelinya tanpa perlu berfikir panjang, lebih-lebih lagi harga dan saiznya teramat memikat jiwa.  Songket ni dari India, mungkin digital dan bukan tenunan, sebab bahagian dalamnya takde pun benang-benang kait segala. Panjang dan lebar saiznya, dah macam sarung pun ada... sesuai sangatlah dijadikan skirt. Harganya pulak RM69 (je) berapa kali aku telek, macam tak percaya, biar betik? Takkan la aku nak biarkannya kegersangan tergantung sepi di situ aje, gila ke apa? Bawak balik rumah, hari Sabtu aku dah mulakan projek menjahit. Kejap je siap, nama pun buat skirt, bukannya susa...

2 Syawal 1440 Hijrah : Kaftan Kurung

Image
Assalamu’alaikum. Entry ni lama terperap dalam draft, sebelum menjadi pekasam ada baiknya kita keluarkan ia, kasi CPR apa adanya. Sepanjang Ramadan, aku ada siapkan beberapa pasang baju untuk dipakai pada hari raya. Disebabkan praktikal dan selesa, aku buat keputusan untuk jahit sepasang kurung kaftan dan dua helai dress kaftan. Kurung kaftan tu aku pakai pada hari raya kedua, seharian suntuk tanpa rasa melekit mahupun berkicap, walaupun dilapik dengan inner kat bahagian dalam. Pengudaraan yang cukup membuatkan aku bebas bergerak dengan penuh yakin.  Pelik sikit bila boleh minum siang hari, maklumlah sebulan menahan lapar dan dahaga. Tapi itulah dia, terus sibuk mencari secangkir kopi untuk memulakan hari. Sedap jugak latte Dunkin Donuts kat R&R Gambang, menyesal tak beli dua gelas, dah kena kongsi dengan cik abang. Sebenarnya aku dah tanya, dia yang tak hendak, mungkin sebab tak yakin akan menepati selera. Sekali bila minum, eh.. sedap la pulak! Takpe la, sesekali pak...

Lace & Batik : Maroon Edition

Image
Assalamu’alaikum. Baju kurung modern ni sepatutnya dipakai masa raya ketiga, tapi memandangkan kami mereput je kat Kuantan tak bergerak ke mana-mana, maka kekal saja ia berlipat kemas dalam beg sampailah balik KL. Semalam aku pakai pergi kerja, peduli apa terlebih melawa pun, dah jadi trademark aku berpakaian tradisional macam ada kenduri kahwin bagai. Tak jadi jodohkan dengan kain songket maroon sebab panas nak ke hulu ke hilir, aku keluarkan batik Terengganu yang aku tempah untuk majlis konvo Masters Apih 3 tahun lepas. Elok je masuk dengan baju tu, sepadan macam memang satu set datang bersama. Shawl lembut tu aku beli sebelum raya kat kiosk Aeon AU2, teramat dekat di hatiku ini dan akan menjadi peberet sampai akhir nanti.   Aku tak berapa selesa pakai baju ni, ketiak ketat sebelah, nak kena baiki bila-bila senang. Masa jahit aritu bulan puasa, memang la rasa lega sebab inci banyak hilang. Dah hujung-hujung Syawal ni maklum aje la, sekali aku hadap lemang Ujang, mana ret...

Arkib Seminggu, Lebih Kurang La...

Image
Assalamu’alaikum. Alhamdulillah selesai sudah puasa sunat Syawal dan qada' untuk tahun 1440 Hijrah bersamaan dengan 2019 Masehi. Sempena meraikannya, aku order Nasi Kandar Pelita melalui aplikasi Grab Food, hanya untuk dikecewakan.  Haish,  tak sedap macam yang aku makan kat restoran Pelita la pulak makanannya. Ayam merah yang aku selalu makan tu lain,  ayam kampung,  tapi ayam yang disediakan untuk pelanggan Grab Food bukan ayam kampung. Nasib baik la dua malam sebelumnya aku dah ajak pakwe teman makan nasi biryani kat Pelita KLCC sana,  kalau tak mau kempunan telur tembakul Mak Lom kau!    Bila dah habis puasa, maka kembalilah aktiviti minum kopi seperti biasa. Aku ada beli thermos lawa kat Mr. DIY,  kulu kilir duk kelek benda tu tiap pagi. Ada satu lagi mug yang dah dijadikan koleksi,  lembut sangat-sangat warnanya, pink hala ke lavender. Masa aku minum sekali dengan cik abang,  aku kasi dia yang warna turqoise dan aku g...