Posts

Showing posts from 2021

Not Plain To See

Image
Assalamu’alaikum. Hey there, peeps!  Among other things I have learned by far: Not everything we see is the truth and not every truth is visible to see. Like in my secret garden, the flowers are invisible and I don’t expect others to even believe they are real, even if they happened to glimpse a view or two.  Thing is, I just do me.  ~ Nai @ Tak Pe Je.

WW ~ Ninja Covid-19

Image
~ Nai @ Tak Pe Je.

Qayla Suit : Athifa Az-Zahrah

Image
Assalamu’alaikum. Dah back to back buat review pulak aku ni, ya? Kebetulan memang try and error beli tudung dan baju online semenjak dua tiga menjak ni, jadi apa salahnya aku kongsi dengan korang, kan? Sekurang-kurangnya takde la terbiar sepi dan dipenuhi sawang blog aku ni, jenuh nak buat kerja maintenance nanti.  Kali ni meh kita tengok busana Muslimah ala punjabi suit yang dinamakan “Qayla Suit” oleh Athifa Az-Zahrah. Sedap nama butik ni, kan? Anak owner gamaknya nama, aku rasa je la bukan fakta sahih pun.. maklum la kebanyakan owner cenderung nak guna nama anak dorang untuk diabadikan.  Aku beli masa tengah promo, RM67 sepasang Qayla suit ni warna dusty olive bajunya dan seluar panjang matching warna cream. Harga normal dah la sekarang, RM128 sepasang.. jadi memang berbaloi-baloi yang amat sangat beli sebagai pelanggan terawal. Agak lama jugak Qayla suit ni tersimpan rapi lepas dibasuh dan digosok, Jumaat lepas baru aku rasmikannya pakai pergi imigresen dengan bibik. Alham...

Haura Hijab

Image
Assalamu’alaikum. Sekian lama tak order tudung online, aku berkenan nak try instant hijab dari koleksi heejab.my yang dipanggil “Haura”. Mula-mula aku pilih 4 warna yang boleh dibawa masuk mahkamah syariah, iaitu ala-ala kelabu, biru yang lepas dianggap kelabu dan yang sewaktu dengannya. Tapi bila dah sampai ke rumah, aku terus pakai pergi beli barang dapur kat Aeon. Maknanya tak tunggu pakai pergi kerja la kan? Lawa nak mati tudung ni, lembut kainnya langsung tak panas. Kalau tak pakai pin tetap nampak kemas, sesuai sangat nak bawak berjimba hujung minggu ataupun bercuti ke mana-mana dalam mahupun luar daerah, negeri/negara. Macam dalam gambar ni, pakai jarum kat bahagian kiri telinga dah siap! Rasa nak terbang dia punya ringan. Harganya RM25 sehelai, kalau nak bayar COD tambah RM10 untuk penghantaran. Sudahnya aku repeat order lagi 4 helai, pilih warna lain pulak.. yang sesuai dipakai sehari-hari ke mana sahaja. Tak sempat tunggu lama, sehari dah sampai depan pagar rumah. Cuci dulu y...

Hidup Dengan Kasih Mesra

Image
Assalamu’alaikum. Lama betul tak berceloteh kat sini, paling-paling pun takat letak gambar sekeping lepas tu blah, hek eleh…! Sorry la ya kawan-kawan sekalian, hidup ni keras bak kata Tuan Azri Walter. Jadi ada kalanya kita lebih memilih untuk menghilang seketika, walaupun sebenarnya masih wujud di alam nyata. Tapi bila dah sampai waktu yang sesuai, maka kita keluar la semula menemui khalayak ramai.  Aku masih lagi bernyawa, alhamdulillah dan diberi peluang untuk terus berjuang selagi berdaya. Dengan segala kekurangan, aku gunapakai alternatif yang ada. Contohnya, tak mampu memandu jauh-jauh, aku naik grab. Kot la ditakdirkan takde grab, eh kaki ada sila angkat dan melangkahlah dengan tenang!  Baru-baru ni hujan lebat yang amat kat area Kg. Melayu Subang, aku habis kerja dah dekat asar melangut tunggu takde drebar grab yang terima order. Setengah jam kot duk proses entah berapa kali kensel, proses lagi. Repeat. Sudahnya aku wassap staff mintak tolong dia request grab dari Seti...

WW ~ Grass Is Greener

Image
On the other side. ~Nai @ Tak Pe Je.

WW ~ Back To School

Image
With his personal chauffeur. ~ Nai @ Tak Pe Je.

Seringan Kapas

Image
Assalamu’alaikum. Lama sangat aku takde projek menjahit dalam skala yang lengkap, takat buat caftan masa kuarantin kali ke-2 bulan Ogos gitu je la. Hobi kalau dah terpaksa bukan lagi hobi namanya, kan? Maka dengan itu memang kita semua perlu ada seruan menuju kejayaan baru boleh jadi kenyataan. Seruan itu bernama MOOD, jenuh nak panggil kalau dia lari jauh. Macam kebiasaannya, aku buat keputusan on the sport bila dah terdetik nakkan sesuatu. Contoh, bangun pagi satu hari terasa nak cari English cotton maka itulah yang aku buat. Ikut hati jugak nak pilih penjual mana dalam media sosial yang mana. Dipendekkan cerita, aku pilih dua pasang kain daripada Iliaz kat Instagram, bayar dan tunggu sampai rumah. Kuning dan biru, lembut kainnya tak macam English cotton yang aku beli bila entah, lama sangat dah masa anak sekolah rendah lagi. Niat nak tolong kawan-kawan menjual, aku beli dua pasang. Takde la kata tak lawa ataupun tak selesa pakai, cuma jenis kainnya keras. Awetnya boleh tahan, langsu...

Sepagi Di Hospital ENT

Image
Assalamu’alaikum. Apa khabar korang semua? Semoga sihat walafiat hendaknya tapi kalau diuji dengan apa jua bentuk kesakitan, semoga dipermudahkan segala urusan. Entry kali ni aku kongsikan hari anak semata wayang buat rawatan telinga di hospital pakar telinga, hidung dan tekak (ENT singkatan medikal yang digunapakai kebiasaannya). Sejarah rawatan budak bertuah ni bermula dari dia belum masuk sekolah rendah, tak silap aku. Sejenis yang tak jadi takat jenguk doktor harian di klinik kesihatan, terpaksa jumpa pakar bidang ENT. Paling lama tahan tak pergi, dalam tempoh 3 tahun setakat ni. Pakar explain sebab jadi macam tu, saluran telinga dia jauh lebih kecil daripada kita semua dan akan selalu berulang kejadian telinga tersumbat. 3 tahun lepas lagi teruk dia sakit berdengung bagai, sebabnya duk snorkeling kat Pulau Perhentian. Kesian dia, dah la kami selalu sangat lompat dari satu pulau ke pulau yang lain sejak azali. Masa zaman cakap pelat dulu siap bengkak bernanah-nanah telinga dia, mum...

WW ~ Watching Eyes

Image
I’ll be watching you, even from the skies above. Much love,  Mom.  

Rentas Negeri Rasmi

Image
Assalamu’alaikum. Bukan sekejap kita semua terkurung tak dibenarkan rentas negeri, rindu pada keluarga nan jauh di mata tak boleh nak cakap la kan? Bagi yang duduk dekat-dekat tak pe la, syukur pada yang Maha Esa atas rezeki yang diberi percuma. Sebelum ni jenuh berkokok atas pokok rindukan mak ayah di kampung, bila rentas negeri rasmi dibenarkan, ada yang sibuk pakat pergi bercuti dulu. Eh jangan la gitu kan? Utamakan yang wajib, baru buat yang sunat. Macam tak berbaloi je duk canang selama ni rindu bagai, betul tak?  Makanya, kita balik kampung dulu seperti selayaknya kerinduan yang berpasak dalam jiwa nan sengsara. Hala ke Pantai Timur kita singgah beli kopi buat bekal tongkat mata, teman drebar kat sebelah. Kesian dia drive sorang-sorang nanti kita layan ngantuk diulit mimpi bulan bintang. Ah gitu! Oh ya, kalau sejenis suka kopi Starbucks, jangan lupa bawak tumbler keluaran dorang untuk dapatkan diskaun RM2 setiap pembelian. Lagipun kan best minum kopi yang kekal panas dan suam...

Cold Brew Coffee

Image
Assalamu’alaikum. Korang apa khabar? Lama aku tak update blog ni kan? Makin jauh je langkau masa dari satu entry ke satu entry yang lain, maklum la zaman teknologi media sosial bergambar membuatkan kita malas nak berceloteh panjang. Tapi itu bukanlah alasan untuk aku terus menyepikan diri dari dunia blog, memang tak ar.. Kali ni aku nak kongsi minat terbaru dalam cerita tentang kopi: Cold Brew Coffee. Macam namanya jugak, cara pembikinan kopi ini adalah menggunakan air sejuk. Bukan ais, tapi air masak bersuhu bilik dan sudah pasti bukanlah air panas mendidih mahupun air suam-suam kuku. Panas sangat cuaca ni rasa nak minum kopi sejuk pulak, maka dengan itu aku buat perubahan sikit dengan menceburi bidang kopi sebegini. Cara penyediaan macam ni jauh lagi sedap rasanya berbanding dengan guna air panas kemudian letak ais. Senang cerita, lebih mesra di hujung lidah menyelusuri tekak, begitu ya.. kena cuba sendiri baru paham maksud aku.  Aku guna kopi jenama Mister yang memang dah sedia ...

Berani Dine-In Ya?

Image
Assalamu’alaikum. Korang dah berani dine-in, ya? Kami belum lagi, takat masuk kedai tapau bawak balik boleh la. Gambar ni masa minggu bila entah aku singgah tapau java chip dengan mocha frap (dengan whipped cream, of kos!) kat Starbucks. Masa aku pergi tu tak berapa ramai sangat orang dalam kedai, mungkin sebab bukan waktu puncak sebelum asar gitu.  Hari ni selepas sekian lamanya, aku lepak dalam tempat yang sama disebabkan ada orang nak ambik consultation segala bagai, biasalah berebut anak dan apa yang boleh direbut lagi.  Takde pulak aku ambik gambar tadi, aish..! Lepas settle bekerja (bagi consultation tu kerja la, betul tak?) sehabis baik, aku pergi cari sandal baru nak kasi bonda. 10hb Oktober (Ahad) nanti birthday dia, tapi aku balik rumah terus bagi kotak suruh dia bukak dan try. Dia tanya kenapa tak tunggu Ahad? Aku jawab, kita tak tau bila kita nak pergi tinggalkan dunia. Tak payah nak tunggu-tunggu, ada hadiah terus bagi. Ada nak bagitau, terus cakap. Apa ada hal na...

Perlu, Beli & Guna Pakai

Image
Assalamu’alaikum. Dalam masa hampir dua tahun kita diselubungi pandemik tentera mikro bernama COVID-19, kebanyakan masa memang berada di rumah. Tak kisahlah dah masuk fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) sekalipun, sesetengah daripada kita kekal bekerja dari rumah. Contoh, bukan semua Mahkamah Shariah daerah ataupun negeri dah mulakan kes bersemuka secara fizikal. Sebutan atau perbicaraan secara maya masih lagi giat dijalankan, yang mana pihak-pihak takkan mampu menjadikan alasan jarak sebagai penghalang. Kecuali la memang tinggal di pedalaman yang takde signal 3G, apatah lagi 4G mahupun 5G. Kiranya siapa yang duk baca entry ni tak termasuk la dalam kategori pedalaman itu tadi, kan? Disebabkan selalu berada di rumah 24 jam 7 hari seminggu, maka giatlah jari jemari menekan butang beli kat Shopee. Itu aku, korang aku tak tau. Cuma apa yang dibeli takde satu pun yang tak digunapakai dengan penuh dedikasi. Sebab tu kena betul-betul perlu baru beli, kawan-kawanku sekalian! Gambar paling atas...

Berlari Di Awangan

Image
Assalamu’alaikum. Sesungguhnya long covid adalah sesuatu yang bukan sekadar rekaan mahupun konspirasi sesiapa. Aku dah biasa sakit tapi covid dan long covid kadang-kadang rasa macam nak putus asa malas nak lawan. Tapi menyerah kalah takde dalam kamus hidupku, maka dengan itu tetap bangkit untuk terus berjuang. Apa yang boleh kita lakukan selain daripada mengambil supplements ataupun ubat-ubatan ialah bersenam. Tak boleh tuang, tak boleh culas kalau nak kembalikan tenaga yang disedut virus.  Pelan-pelan mula, kekal konsisten dalam mengeluarkan peluh sekurang-kurangnya sekali seminggu. Kalau keadaan mengizinkan, boleh pergi jogging ataupun berlenggang kangkung macam itik pulang petang. Kalau rasa malas nak pakai tudung tutup aurat bagai, dapatkan peralatan bersenam dalam rumah. Tak kisah la tali skipping ke, basikal ke, treadmill ke, air-walker apa-apa je la yang sesuai dengan bajet masing-masing. Dengan syarat, gunakan benda alah tu penuh dedikasi jangan buat tukun ataupun tempat sa...

Bahagiakan Matamu

Image
Assalamu’alaikum. Lama-lama duduk dalam ruang yang sama akan buatkan kita lemas dan rimas, lebih-lebih lagi kalau keadaan pun menyemakkan pandangan. Jadi tak dapat tidak memang kita kena ketepikan bajet untuk cari penyelesaian kepada sistem susun atur yang lebih suaimanfaat. Ataupun kalau terpaksa, gunapakai saja apa yang sedia ada dalam rumah, walaupun itu bermakna akan perlu kepada penyelesaian lain beberapa ketika nanti. Macam aku ni, buat hati kering je ambik dua buah drawer Ikea ( Trysil )  yang aku letak dalam bilik tamu sejak rumah ni diizinkan Allah untuk didiami. Nanti bila dah cukup bajet, akan aku ganti dengan drawer lain untuk memudahkan adik-beradik menyimpan baju masing-masing. Lagipun sejak dua tiga menjak PKP yang berpanjangan ini, siapa je boleh datang lepak macam dulu.  Mula-mula aritu aku ambik sebiji dulu, untuk selesaikan ruang penyimpanan segala macam alat kerja dari rumah, ye la kertas A4, letterhead, kertas warna-warni, bekalan alatulis apa bagai. Selan...

Carbonara TakPeJe

Image
Assalamu’alaikum. Lama tak update blog rojak aku ni, banyak sangat benda nak kena hadap sejak dua menjak kebelakangan ni. Biasalah kan, makin umur bertambah maka makin banyak pula dugaan dan rintangan dalam kehidupan. Lumrah sebagai insan, tetap kita perlu teruskan dengan segala kekuatan jiwa yang bersisa. Tahap dunia sekarang kita wajib tingkatkan juga kekuatan minda, supaya langkah akan lebih gagah menongkah arus.  Apa pun jua, carilah sinar dalam kesuraman hari. Sibukkan diri dengan menghiburkan hati sendiri yang kadang-kadang kita abaikan. Asalnya nak cerita tentang carbonara, sekali muqaddimah merentas daerah tiba-tiba. Takpe la guys, alang-alang lama menghilang kan… kasi la chance. Ok, berbalik pada topik utama semula. Aku dah berbulan-bulan tekak ni rasa nak makan spaghetti carbonara, bukan yang beli kat Pasta Panas order melalui Grab Food. Bukan, tapi yang aku masak sendiri. Kenapa aku duk tangguh? Sebabnya dalam rumah ni aku dengan bibik je hantu carbonara. Yang lain lebih...

Akhir Ogos 2021

Image
Assalamu’alaikum. Lama tak update blog rojak Cik Puan Tak Pe Je ni, korang okay ke tak sekarang? Aku ada je ni, masih bernafas di bumi Kuala Lumpur. Dengar cerita tak lama lagi kita nak beralih ke fasa seterusnya, maklum la kadar vaksinasi dah melebihi 80% di sekitar Lembah Kelang. Ada jugak angin lalu bagitau, katanya terus level complete lompat kelas bagai. Fakta atau auta kita tunggu dan lihat je la, okay?    Hari ni 31hb akhir bulan Ogos, kita sambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-64 ramai-ramai kekal di rumah. Esok dah masuk bulan September dan berakhir sudah birthday month bagi diriku yang sudah berumur 45 tahun secara rasminya 20hb aritu.  Birthday kali ni aku extra cengeng la, aishh… entah la apasal laju je turun air mata kasih pagi-pagi buta. Rasa macam makin luruh je daun-daun hayat menanti destinasi terakhir. Hujung-hujung usia ni apa yang paling penting adalah kasih sayang, melebihi tahun-tahun sebelumnya. Hadiah terulung adalah perhatian dan lambang cinta ...

WW ~ Leaning

Image
Indeed.   ~ Nai @ Tak Pe Je

Harinya Sudah Tiba

Image
Assalamu’alaikum. Hari ini selesai sudah dos ke-2 program vaksinasi negara bagi diriku, alhamdulillah. Lambat sikit turun dari rumah, sebab bangun subuh pun dah lambat. Breakfast pun takat makan seketul biskut dan minum segelas air suam. Dapat pulak drebar grab yang bercinta bawak kereta, nak gesa suruh laju karang kesian pulak, lagipun takde la jauh sangat Mega PPV KLCC dari kawasan kejiranan aku. Bersungguh-sungguh dia duk cerita pasal pengalaman vaksinasi, dapat pfizer katanya (walaupun aku tak tanya, okay). Aku iyakanlah aje, kebetulan kurang ada mood nak beramah tamah sejak bangun Subuh. Tapi hikmahnya, dia drop aku kat pintu masuk ke-2, tempat OKU. Panik kejap aku, eh boleh ke ni, kan OKU Entrance? Katanya takpe, boleh jugak lalu ikut situ, tengok ramai kan yang masuk? Aku teragak-agak lalu depan abang2 RELA, tunggu nak kena sound je muka. Rupa-rupanya memang takde hal, elok je dorang jemput masuk.  Aku expect mesti kena Q panjang sebab dah lambat kan, tapi seronok betul bila...

WW ~ Ganbatte!

Image
Keep the faith, fighting!  ~ Nai @ Tak Pe Je.

Kopi Dangdut

Image
Assalamu’alaikum. Masa mula2 dengar lagu Kopi Dangdut (versi remix, bukan Fahmi Shahab) zaman  remaja dulu, aku terdiam kejap. Dalam hati rasa pelik, lagu apa ni best nak mati? Takkan la dangdut macam ni, ish tak boleh jadi ni! Sejak tu sampailah sekarang umur dah 45 tahun, Kopi Dangdut bagi aku kekal menjadi satu misteri yang tak terungkai. Apa dia? Betapa salahnya aku… kan boleh google?  Maka dengan itu, terjawablah sudah ‘misteri’ yang menyelubungi aku sekian lama. Aku siap cakap kat pakwe: Takkan la asalnya lagu dangdut, terlampau advance untuk tahun 1990-an, bunyinya extra international. Rupa-rupanya Kak Temah oi, lagu ni berasal dari Venezuela dengan tajuk Moliendo Café (Grinding Coffee), bayangkanlah era 1950-an dorang boleh cipta satu melodi yang menjangkau zaman! Sejak pertama kali dipasarkan, dah berapa banyak versi dan bahasa yang ikut sama2 memeriahkan persada dunia muzik? Lebih 800, ko rasa? Irama dan lagu takkan mampu dipisahkan, lemah tiada bernada dan hampa aki...

WW ~ Online Meeting Scenario

Image
Sabar je la mak-pak oi… ~ Nai @ Tak Pe Je.

Bahang Di Demang Kita

Image
Assalamu’alaikum. Dah umur 40-an ni banyak nikmat yang mulai ditarik, termasuklah ketahanan saraf lepas rawatan gigi. Dua hari lepas raya Haji aritu, aku dengan bibik selang sejam menapak ke Klinik Pergigian Afiera seberang jalan. Akibat terlampau lama dibiarkan, aku terpaksa cabut sebatang gigi dan tampal 2 lagi. Bibik patutnya cabut 2 batang tapi dia tak tahan sakit, lagi sebatang kena cabut dalam masa seminggu kemudian.  Nak dijadikan cerita, aku terpisat-pisat pusing kanan pusing kiri 2 hari lepas tu sebab sakit sangat gigi sebelah yang dicabut. Aku ingatkan sebab terlepas pandang, rupa-rupanya memang ada tampalan lama pecah kat situ. Sudahnya, doktor cadangkan buat root canal yang dah bertahun2 aku tak alami. Mak ai… lenguhnya duk nganga nak menyudahkan rawatan, siap rasa nak putus nyawa sekali.   Keesokannya aku rasa seram sejuk menggigil takut kat air, ambik wuduk pun hazabedah yang amat. Apa lagi, sarung stoking, bungkus diri ini dengan sweater dan selimut tebal la, ka...