Posts

Showing posts from January, 2020

Yang Listrik dan Magis

Image
Assalamu'alaikum. Kali ni aku nak kongsi tentang BB cream, produk kedai farmasi ataupun nama glamour internet nya, drugstore, padahal selama ni kita duk panggil farmasi je pun. Masa aku mula-mula dengar perkataan drugstore habis SPM zaman tok kaduk dulu, menggigil kejap nak masuk. Punya la saspen dan konpius, amenda la ayah aku nak masuk kedai dadah, kata nak beli surat khabar! Biasanya dia panggil "News Agent", paham la aku at least ada bunyi yang relevan dengan surat khabar, tapi drugstore? Haa... biasalah, budak baru sampai dari Kuala Terengganu, mana nak paham dialek UK. Dah masuk matrik sampai la grad dan kerja semua, orang kita masih panggil farmasi la takat Watsons dengan Guardian tu. Sejak dua menjak dunia tanpa sempadan ni berleluasa, orang kita yang buat you.tube channel mekap-mekap ni pakat duk sebut macam omputih dah, drugstore situ drugstore sini. Hurmm, ok la deq non, ahkak ko paham... kita ikut la arus perdana, hokeh? Aku ni memang duk guna produk ...

Mangkuk Dalam Perahu.

Image
Assalamu'alaikum. Anak semata wayang aku ni dibesarkan takde rasa takut nak cakap ataupun mintak apa-apa daripada mak bapak dia. Jangan duk pendam, communicate elok-elok biar orang tau apa dia nak bagitau. Dia suka, bagitau. Tak suka pun bagitau. Sudahnya selamba badak je cakap "No thanks" kalau ajak pergi mana-mana tempat yang dia tak gemar. Bab itu pelan2 ajar semula, jangan sampai tak tau adab pulak, kan? Bukan senang nak mendidik anak zaman sekarang ni, tak macam zaman aku dulu angguk-angguk geleng-geleng. Takut kena tempeleng... Ada masa-masanya dia teringin nak makan kat tempat yang dia suka, balik sekolah tak sempat sampai rumah lagi dah bagitau "Mi, azieq teringin nak makan Boat Noodles" la, contoh awal bulan hari tu. Kadang2 dia spesifik sebut nak makan bertiga, selagi tak cukup korum dia akan bertegas nak tunggu. Aku forever sesuai je masa untuk teman, daddy la kena sesuaikan jadual. Makan betul dia malam tu, seronok aku tengok, patut la siap m...

WW ~ Muka Sepesen

Image
Mak Lom bersama anak saudara nan dua ketul... ~ Nai @ Tak Pe & Je.

Overall Jeans: Apa Salahnya?

Image
Assalamu'alaikum. Ok, hari ni kita borak pasal overall jeans pulak, hari tu dah settle pasal overall dress kan? Pagi tadi sebelum turun pergi ofis, bibik bagitau nak beli saiz besar sikit, yang saiz 31 skinny sangat dengan dia, segan tak pernah pakai seketat itu. Masa pakai saiz 36 yang aku punya dia rasa selesa cuma bahagian belakang longgar sangat boleh masuk bola. Masalah beli pakaian tak boleh nak try dulu memang gitu la kekdahnya, mesti ada tak kena kat mana-mana. Kita nampak dalam gambar macam elok je model gayakan, tak nampak ketat pun. Padahal dorang tu cekeding, makan pun bercatu takut tak muat baju. Kita ni tolak batu dengan kayu aje, mau tak kembang kembung belaka? Haa... tepuk!  Cuma kalau tengok semula gambar plus size dgn normal size ni, nampak kelainannya dari segi potongan seluar. Patut la dengan bibik pun macam balut luka dia punya sendat, memang skinny yang amat. Katanya nanti tak lepas nak pakai kat kampung, kawasan depan rumah dia tu madrasah. Heheh iya...

Saat Yang Ku Idam

Image
Hingga Tiba Saat Itu... ~ Nai @ Tak Pe Je.

Kongsi Cerita, Gong Xi Ni!

Image
Assalamu'alaikum. Takde rancang pun nak pakai merah hari ni, tapi bila dah masuk kereta baru perasan, sesuai pulak dengan tema CNY pakaian atas sampai bawah. Mak tanya, "ni baju bila pulak?" sambil tersengih, pelik sebab tak pernah tengok aku pakai. Aku bagitau la dia, baju ni aku modify daripada body hugging midi yang aku beli lama dulu kat Padini. Maklum la, mak aku Lembaga Penapisan Filem paling utama kat rumah ni. Kiranya ada dua tapisan nak kena lulus, mak dengan cik abang, ingat senang ke jadi aku? 😂  Kalau nak dapat gambaran rupa asalnya, lebih kurang macam ni (kredit pada Shopee), cuma jenamanya Padini dan lebih labuh sampai buku lali. Masa beli tu dah tau takkan lepas nak pakai punya, tapi dah berkenan sangat, angkat jugak. Ingatkan nak pakai masa pergi bercuti kat tempat sejuk, malangnya tak berapa selesa kat bahagian lengan, dah la senteng. Natijahnya, tergantung sepi dalam almari begitu saja. Satu hari aku mulakan projek murni untuk upcycle midi dress...

Overall Dress ~ Antara Yang Manis

Image
  Assalamu'alaikum. Masa zaman universiti dulu, selain skirt labuh, aku sangat suka pakai dress walaupun takde banyak dalam simpanan. Aku teringin sangat nak beli overall dress tapi susah nak cari yang sesuai dengan kehendak dan bajet. Ingat lagi betapa nak sangat, aku pergi la beli kain ela kat mana entah, mintak tolong sorang saudara jahitkan dress labuh tanpa lengan. Sejak tu jenuh duk ulang pakai dress tu dengan cardigan, ada masanya letak kat luar dan ada masanya pakai kat dalam. Bila dah grad sampailah jadi mak orang, aku tak pulak sibuk cari overall dah, cukup dengan denim skirt saja. Kecenderungan bertukar kepada jubah dress, sesuai dengan peredaran zaman. Sehinggalah tahun 2020 ni, apa mimpi entah duk sibuk minat macam zaman anak dara pulak. Outing lebih gemar pakai skirt labuh berbanding seluar jeans dan gigih mencari overall kat Shopee dan Lazada.  Cari punya cari, terjebaklah dengan kedaibajumurah96 kat Shopee. Dari situ, aku try order sehelai overall dress...

Air Laut Biru, I Love You!

Image
Assalamu’alaikum. Ada orang pantang pakai tudung ataupun pakaian yang sama lebih daripada sehari. Ada jugak yang tak kisah, sampai duk ulang pakai hari demi hari. Macam anak aku, kalau dah suka mana-mana pakaian, mulalah dia tak nak yang lain. Kering je di ampaian, ambik pakai, macam dah takde yang lain. Aku kategori sederhana, pertengahan la kot. Lebih kepada tengok keadaan dan mood semasa, bukannya mood simpanan. Dah bunyi macam current account versus savings account pulak, ya? Contohnya, Bokitta biru lembut dalam gambar-gambar kat bawah ni, aku pakai dua hari berturut-turut, iaitu Selasa dan Rabu. Kebetulan pulak memang dah bergosok 3 helai kemeja biru dalam almari, ambik je la dah ada tudung yang sesuai, mudah pun mudah, tinggal sarung aje. Tudung biru ni takde la semudah warna lain nak dapat yang sesuai dipadankan dengan kebanyakan baju, bukan macam hitam ataupun krim, warna-warna natural. Baju biru selalu aku padankan dengan tudung putih, kalau hitam jadi tenggelam pulak kelembu...

Langit Petang Isnin

Image
Assalamu'alaikum. Isnin memang hari yang kebiasaannya lebih havoc daripada biasa, mungkin kerana permulaan minggu baru. Jalan raya, pejabat, institusi kewangan, kedai makan, pendek kata semualah lebih sibuk dan menyendatkan kepala otak. Maka fenomena 'Monday Blues' sangat sinonim di seluruh jagat dunia nan fana ini, tahap evergreen yang membuatkan kita terpaksa relakan jiwa menerima apa adanya. Hari Isnin kali ni bagiku walaupun havoc, lebih mendamaikan, mungkin sebab aku cukup rehat hujung minggu. Masa lunch bibik datang hantar sup kambing, sambal paru, ikan pelaling rebus-goreng, ikan masin dan sayur campur. Muhammad pun ikut, jenuh bising duk cerita dia balik kampung pergi pantai main pasir dan air laut. Itu la yang menjadi faktor hati ini lebih damai dan berbunga-bunga, budak comel tu keletahnya terlalu menghiburkan. Ada member datang jugak kebetulannya, aku ajak makan sekali. Sebelum balik dia bagi souvenirs dari New Zealand, oh gumbiranya tidak terperi! Aku k...

Projek Skirt Labuh Denim

Image
Assalamu'alaikum. Aku ada satu projek upcycle jeans lelaki menjadi skirt labuh, saja teringin nak try bila tengok orang duk buat dalam you.tube, cuma dorang buat skirt pendek dan bukannya skirt labuh. Kebetulan pakwe tak nak pakai sepasang jeans jenama Lois yang dah reput di hujung-hujung kaki seluar, betapa seasoned nya menda alah ni. Walaupun saiz sama dengan seluar yang lain, dia tak selesa pakai yang ini sebab potongannya kecik di bahagian peha. Jadi, aku mintak nak alter pada awalnya, tapi memandangkan ada sehelai skirt labuh yang digigit tikus (ataupun dimakan anai2, aku lupa fakta) dalam almari rumah Temerloh, aku tukar rencana kepada projek upcycle ini. Lama prosesnya dan baru suku jalan aku dah rasa menyesal mulakan, boleh bayang tak? Aku tak ambik gambar sebelum, mostly sebab mood ke laut sepanjang usaha gigih menyudahkannya, tapi inilah hasil projek cari pasal aku itu...  Disebabkan aku tambah kain di kiri kanan poket tepi, pinggang asal jeans sudah lari daripad...

Ada Bahagian Masing-Masing...

Image
Assalamu'alaikum. Kadang2 boleh je kita kumpul gambar2 yang ada dalam galeri telefon untuk dijadikan entry rojak. Ada jugak manfaatnya daripada melangut penuhkan kapasiti memori. Duk tengok Fatin Zaki kejap2 order Dah Makan, terpanggil la nak try sekali, mana la tau kot boleh bukak seleraku ini. Tapi harapan biasalah tak seindah kenyataan, sekelumit pun aku tak lalu. Terbang macam tu je patplo henggit jatuh ke longkang kecepuk bunyinya! Nak kata sebab sejuk 'senyyek' (bahasa Terengganu, penguat kata bagi sejuk), bukan jugak. Boleh je hangatkan guna microwave kat pantry, memandangkan masa tu waktu bekerja dan aku ada kat ofis. Masalahnya sel otak aku tak berhubung dan bikin komplot dengan deria rasa biar tak berfungsi, padan muka minah tu tak selera! Haa seolah2 begitulah konspirasi terancang tahap tertinggi yang didalangi oleh Angin Satu Badan, yakni Samseng Kg Dusun dalam cerita ini. Maka, amatlah tak adil untuk aku review menda alah ni sebab confirm la ke Laut H...

WW ~ Gugurnya Dedaun Nan Rimbun

Image

Bukan Selimut Tetangga

Image
Assalamu'alaikum.  When I need you I just close my eyes and I'm with you And all that I so want to give you It's only a heartbeat away When I need love I hold out my hands and I touch love I never knew there was so much love Keeping me warm night and day Pernah dengar lagu tu? Haa... hopeless romantic macam aku layan la lagu-lagu jenis gitu, kan? Zaman dulu orang buat lagu jiwang karat, beli jiwa habis. Nak jadikan cerita, masa aku pergi Ikea dalam dua tiga tahun lepas, lagu When I Need You automatik bermain-main di benak ini, bila aku tengok selimut warna kelabu yang dinamakan 'Polarvide'. Aku ambik sehelai bawak balik, dengan niat suci murni nak jadikan poncho dan letak kat pejabat. Sehelai selimut tu dapat buat 2 helai poncho, tapi orang akan ingat aku pakai yang sama je tak basuh ke apa, maklum la sama je bendanya.    Aku macam biasalah, suka menongkah arus.. orang buat selimut ataupun alas sofa, aku buat poncho, tapi manfaatnya ...

Angin Satu Badan

Image
Assalamu'alaikum. Korang pernah tak try Nasi Lemak Mc Donalds? Ada satu hari tu kami 3 beranak nak pergi mana entah, rasanya Penang kot. Tak tau mana nak makan apa kat KLIA masa tu, kami lepak kat McD dan aku belikan anak Big Mac macam biasa favorite dia, aku pulak Sundae Strawberry, macam biasa jugak. Sekali big boss bawak tray isi nasi lemak, terkujat sakan aku, "Eh, McD ada nasi lemak?". Ambik cuit sikit, ambik ko, sambal dia sedebik rasa macam kat MAS regional lounge! Aku suspek mesti syarikat yang sama dapat tender. Suspek je la, takde sebarang bukti video muka blur mahupun audio darling cayang busyuk bagai.  Masa berjimba berdua dengan member aritu untuk attend seminar dan lajak ke Hatyai, aku beli nasi lemak ni kat McD, Penang airport. Sejak tu aku duk control je nafsu jangan duk buat lawak ulang makan nasi lemak, lemah tubuh badan nanti, lemau dan mata pun susah nak bukak pagi2. Bila dah jadi macam tu, minum kopi secawan besar pun takde maknanya.. kena ca...

Laila Namamu Teratas, Nai?

Image
Assalamu'alaikum. Korang tau, aku ada sepasang baju kurung pesak yang paling nostalgik dalam lipatan sejarah hidupku ini. Aku tak banyak koleksi kurung pesak, tak macam kurung Pahang ataupun kurung modern. Tapi mana yang ada tu aku memang sayang, especially sepasang kurung daripada kain saree berwarna kuning, sepasang sutera Terengganu berwarna biru Mydin dan sepasang lagi berwarna hitam polos berbunga timbul, yang jarang2 aku pakai. Masalah dengan baju kurung pesak ni sama je dengan seluar jeans kalau dah umur pun 10 tahun, maka wajiblah mengecil berbanding saiz terkini, yang meriah sungguh jumlahnya. Banyak sangat dah yang aku ucapkan selamat tinggal tapi tidak yang tiga ni, kabhi nahi!  Meh sini tengok yang warna biru dengan hitam tu, meh... I II Rasa nak lempang pipi sendiri, dah kenapa aku biarkan badan naik beriya? Muakakaka. Maka gigihlah aku modify jadikannya kurung modern paras peha belah tepi kiri kanan supaya lega nak duduk antara dua sujud semasa ...

Stress Management

Image
Assalamu'alaikum. Stress jangan buat main, kalau tak diuruskan dengan baik boleh jadi depression, weh! Setiap orang mesti ada cara deal dengan menda alah bahaya ni, aku biasanya menjahit. Sebelum menjahit dulu2 aku window shopping, yang akhirnya membahayakan lagi diri sendiri sebab boleh jatuh bankrup. Heheh. Kena tau punca stress dulu sebenarnya, baru mudah nak uruskan, tak kisahlah guna pendekatan apa. Kalau banyak sangat punca sampai tak tersenarai pendek, ambik yang paling mendesak. Hadapi satu-satu, jangan lari ataupun sengaja abaikannya, nanti makin menggunung boleh tumbang menimbuskan kita ke lubuk yang sangat dalam. Takut karang tak jumpa jalan nak panjat keluar, lagi susah!  Tak tau nak guna terapi yang bagaimana, boleh cuba selfie. Tapi kadang2 kalau masa tengah stress yang amat, selfie pun boleh memburukkan lagi keadaan. Ye lah, hati tak keruan memang takde apa yang berkenan di mata. Ambik 10 selfies, 1 pun takde yang helok pada pandangan, bikin panas ada la, ...

Anak2 Buah Oren & Tembikai

Image
Assalamu'alaikum. Budak dua ketul ni memang rapat dengan Mak Lom, dari besar tapak tangan dah mesra dalam dakapan. Kasih yang tiada nokhtah, dengan izin-Nya. Setiap hela nafasku, ada wajah mereka, tak pernah jauh dari benak dan doa.  Walaupun bukan anak kandung, tapi melahirkan bukanlah pra-syarat untuk tulus mengasihi. Lagikan yang takde pertalian darah pun boleh saling menyayangi, apatah lagi ibu dan anak saudara, kan? Masa elok tak bergaduh, damai je mata memandang. Cuba tengok masa berebut mainan ataupun TV channel, bingit telinga, bernanah mata! Heheh. Mak Lom pulak seketul je anak, dah lama tak layan jerit pekik budak, bila ada drama segala memang tak kuasa nak menahan. Hurmm... patut ler Allah tak kasi zuriat ramai!   Bagus jugak ada peneman ambik gambar OOTD petang aritu, dengan skirt baru bulan Januari 2020. Tak nampak kembangnya, cara berdiri dah entah gaya apa, aku pun tak tau. Melayan karenah anak2 buah oren dan tembikai, what do you exp...