Posts

Showing posts from 2020

Detoxification

Image
Assalamu’alaikum. Body Shop ada buat sales sekarang, beli 2 percuma 2: bayar harga yang tinggi untuk dua barang dan yang lagi dua tu dikira percuma. Minggu lepas aku pergi cari pasal kejap kat Eco, singgah sebentar mencuci mata di Body Shop. Apa korang rasa aku nak cuci mata je ke? Memang tak ah.. tercuci sekali dosa kat situ, hokeh? Aku beli dua pencuci muka Oil Of Life dan bawak balik sebotol setiap satu Shea Butter Body Wash dan Shampoo dengan percuma. Dengan beg kedai Eco kiri kanan tu, aku melangkah pergi dengan perasaan yang berbunga. Tak sabar nak mewangikan diri dengan jayanya balik rumah nanti, haaaa gitieww!  Semenjak dua menjak angkat bendera putih gencatan senjata dengan kopi ni, aku beralih semula kepada teh. Kalau dulu takat black tea seperti Earl Grey, English Breakfast dan Darjeeling, sekarang aku beriya menyukai Chamomile. Memang mendamaikan sungguh rasanya, especially kalau minum sebelah malam.. nescaya berat terbuai-buai je mata melambai katil. Deep sleep, kata o...

Senja Nan Jingga

Image
Ketika senja berlabuh, aku tumpang berteduh di rimbunan dahan kasihmu... Selagi ada hayatku. ~ Nai at Tak Pe Je.

WW ~ Starting Over

Image
  

Wajib Makan Pagi, Tau...

Image
Assalamu'alaikum. Sarapan pagi wajib kita ambik, tau kawan-kawan, tak payah beriya pun takpe, janji jangan duk skip sebab kononnya nak diet. Kalau korang jenis ambik supplement macam serbuk protein soya ataupun ekstrak buah-buahan dan sayur-sayuran takpe la jugak, tapi kalau segelas  air masak pun tak minum terus sampai ke tengahari, uishhh itu menjemput obesiti. Otak kita tak boleh nak rasa selamat entah bila agaknya badan nak masuk makanan, jadi disuruhnya badan simpan lemak buat standby bekalan tenaga. Jadi, jangan sekali-kali kita benarkan itu terjadi, weh... jenuh nanti nak pecahkan lemak tepu!    Ok meh sini aku kongsi satu menu mudah nak buat dan sangat mengenyangkan, iaitu roti bersama poached egg (telur carak). Orang macam aku ni reti guna cara modern je, kalau guna cara klasik sampai ke sudah tak reti-reti lagi. Maka, menu ini memerlukan microwave, ya kawan-kawan. Roti kalau betul nak diet, guna yang wholemeal tau, tapi sekali-...

Serasi

Image
Assalamu'alaikum. Dalam apa saja jenis perhubungan, yang paling penting adalah keserasian. Ada yang kejap je jumpa dah serasi, tapi ada juga yang perlu dipupuk, dibaja dan disemai sekian waktu terlebih dahulu. Dalam kategori pertama, tetap perlu ada usaha dua hala untuk kekalkan momentum supaya tak kecundang di tengah jalan. Kekdahnya mudah, bukan payah pun nak faham : perlu saling melengkapi, tidak hanya memanfaati.  Dan dalam apa jua keadaan, cubalah untuk mengerti, ambil tahu isi hati masing-masing supaya takkan ada yang rasa terpinggir mahupun dianaktirikan. Cuma semua itu takkan mampu dilakukan tanpa rasa kasih dan sayang jauh di sudut hati, pokok pangkalnya tetap dekat dengan perasaan. Jadi perlu sensitif dan lebih peka, cakna pada setiap perubahan riak wajah, nada suara ataupun lenggok bahasa. Dengar dan lihat dengan makrifat, bukan hanya dengan deria biasa.  Semoga kita lebih betah disayangi orang yang kita sayangi.  ~ Nai at Tak Pe Je.  

Kitalah Juara

Image
Assalamu'alaikum. Hidup kita takkan pernah sunyi daripada segala bentuk ujian dan dugaan, ibaratnya selalu ada peperiksaan saban waktu. Nak ambik MC ke, mintak tangguh ke, guna kabel ke, semua tak laku. Ikut mana pun memang kena hadap dan hadam, takde cara lain. Jadi, apa yang paling perlu adalah kekuatan minda, ditimbang dengan iman dan takwa. Kombinasi tiga serangkai minda, iman dan takwa inilah yang akan menentukan reaksi kita terhadap kemelut dan kekusutan yang melanda diri. Pincang salah satu antara ketiga-tiga elemen utama itu, maka kita berisiko untuk terumbang-ambing di lautan gelora, hanyut dibawa arus kehidupan yang takkan pernah memilih rupa, darjat mahupun keturunan. Jika kita perhatikan kejadian alam, setiap musibah yang melanda pasti akan ada kebaikan kepada kita, bumi dan alam sekitar juga. Contoh, tsunami mengharuk pergi tanpa meninggalkan sisa-sisa sampah sarap dari dalam lautan sehingga ke dasar bumi. Betapa ganas ombak melambung-lambung, apabila keadaan mulai red...

Tranquility

Image
Not everything that happens in life is your fault.  Be your own nicest friend  and stop beating yourself up  because you're worth it.  Silence the hyenas in your head, SHOOSH! Off you go now With smiles as soothing  as the mountain breeze.  ~ Nai at Tak Pe Je.  

Fireworks

Image
 

Dipayungi Kasih Ilahi

Image
Assalamu'alaikum. Manusia tak suka hidup dalam teka teki dan ketidaktentuan masa depan, betul tak? Sebabnya mudah, pemikiran kita terbatas kepada apa yang pasti, selebihnya membuatkan kita takut dan resah gelisah. Setiapkali ditimpa musibah, kita akan berkejar mencari penyelesaian sebelum akhirnya kembali mencari Tuhan. Dah habis ikhtiar, penat berusaha, kita tersandar dan memohon bantuan Allah. Betapa terpesongnya kita, apa yang patut didahulukan selalu dikemudiankan, dibiarkan hujung-hujung tanduk melukut di tepi gantang, sandaran di bangku simpanan.  Kita terlalu jauh tersasar dari landasan, maka dengan sifat Rahmah dan Rahman-Nya, kita dipimpin ke tepian. Pandemik Corona Virus adalah mekanisma kita untuk sama-sama kembali ke pangkal jalan, samada kita sedari mahupun tidak. Jika tidak kerana pandemik ini, mungkin kita akan makin lemas dilambung ombak, ditelan arus dunia yang menghanyutkan. Apabila segala pintu dirasakan tertutup, langit nan luas pun bagaikan menghimpit dada. Mak...

Tempat Jatuh Lagi Dikenang

Image
Assalamu'alaikum. Dalam banyak-banyak tempat di Terengganu, aku selalu rindu nak pergi makan ikan bakar di Pantai Kelulut. Dulu masa arwah ayah masih hidup, setiapkali balik kampung mesti pakwe akan ajak makan kat situ. Banyak yang berubah lepas ayah takde, balik Terengganu pun tak hala ke situ, jadi aku memang berhajat nak ulangi saat indah makan-makan ikan bakar bersama famili sempena majlis pernikahan adik bongsu. Maklum la dah lebih sedekad, keadaan kedai pun dah jauh berubah, jenuh jenguk kiri dan kanan mencari port mana yang menarik hati. Akhirnya pakwe pilih Restoran Dang-Dang Dut (kedai nombor 5) memandangkan seafood yang dorang tawarkan nampak paling segar berbanding kedai-kedai yang lain. Dia siap-siap pilih ikan, sotong, udang dan ketam dan cara masak segala bagai, untuk open table dalam pukul 8.30pm. Sementara menunggu, kami bertiga (aku, anak dan pakwe) check in dulu kat homestay berdekatan, berehat, sejukkan badan dan solat.   Kepakaran pakwe memilih menu memang tak b...

Not Even A Little I Hate You

Kata orang, kalau kita tengah teringatkan seseorang dan kebetulan pula hujan mulai turun, itu bermakna perasaannya juga sama.  Kenapa, ya?   

Akal Diberikan Percuma, Produk Dijadikan Serbaguna

Image
Assalamu'alaikum. Kerja menyusun dan mengekalkan kekemasan dapur bukanlah sesuatu yang mudah, tanyalah sesiapa pun. Sistem yang kita rasakan sesuai digunakan bulan lepas, belum tentu tetap relevan selang beberapa bulan kemudian. Pendek kata, ikut keadaan dan keperluan terkini, semua tu bila-bila masa boleh dan perlu berubah. Mana mungkin boleh statik kejung macam patung terukir di batu.  Tinggal lagi, sekarang kita disajikan dengan banyak pilihan dan tak payah ribut-ribut keluar usha barang dari satu kedai ke satu kedai. Janji ada sambungan internet, maka segala-galanya di hujung jari anda, selagi ada kemampuan membeli. Harga pun boleh dikatakan kompetitif, kadang-kadang jauh lebih murah berbanding dengan kedai fizikal, lebih-lebih lagi pada zaman pandemik sebegini. Sebagai contoh, rak serbaguna macam dalam gambar-gambar ni, kita boleh bandingkan harga antara Lazada dengan Shopee.  Kalau nak diikutkan, kita boleh dapat produk yang jauh lebih murah dengan fungsi yang sama, iait...

Doa Seorang Aku

Image
Lelah kutangguhkan selama pasti,  sembunyi di dahan waktu. Jika mungkin suatu hari, bahagianku di sana menanti.   

Resipi Pasta Ikan Tuna

Image
Assalamu'alaikum. Kali ni aku nak kongsi resipi mudah yang kita boleh masak sambil pejam mata (not!).. ye lah daripada asyik masak maggi je dari zaman muda sampai ke remaja purba, kita tingkatkan la prestasi pulak. It's about time, don't you think?  Kalau korang tak suka tuna sekalipun, nescaya akan menyukai pasta yang dimasak menggunakan ikan tuna dalam tin ini, percayalah!  Tapi kalau takde bekalan ataupun rasa payah nak cari benda alah ni zaman-zaman covid19 ni, boleh gunakan leftover ikan tongkol masak sambal yang korang masak masa lunch. Senang cerita kalau korang plan siap-siap hujung minggu:  tengahari masak sambal ikan tongkol dulu, malam boleh gunakan untuk buat pasta pulak. Tukar je la bahan yang aku senaraikan kat bawah dari ikan tuna dalam tin kepada ikan tongkol masak sambal. Ataupun gini: korang try buat dua-dua cara tu, selang seminggu tengok mana satu yang lagi menarik tertarik kebaboom. Selamat mencuba! Bahan2nya: 2 tin ikan tuna, dilenyek separuh hancur ...

Inner Silang Bertali, Fesyen Silih Berganti

Image
Assalamu'alaikum. Ini entry kedua tentang inner silang bertali, sebabnya memang aku beli hari yang sama dari dua kedai yang berbeza dan sampai pun hari lain-lain. Alang-alang buat review yang ada gambar dan video demi 5 points kat Shopee,  boleh kongsi kat sini jugak, kan ke sambil menyelam minum air namanya?  Fabrik produk inner silang yang ini adalah lycra, saja ambik lain daripada yang satu lagi, cotton.. biar ada alternatif dan senang nak buat perbandingan. Bagi aku dua-dua inner silang yang aku beli ni sejuk dan selesa dipakai, kualiti kain sangat bagus dan jahitannya pun kemas. Seronok tengok masa mula-mula dapat parcel, 1st impression pun dah memikat hati, jiwaku sudah terpaut! Kalau ikutkan description ada tulis cotton lycra, tak berapa arif tentang jenis cotton ni.. ingatkan cotton dan lycra dua perkara berbeza. Ataupun mungkin sebab ada campur dua fabrik, eh takpe je kan, asalkan selesa dipakai sudah la, kan? Comelnya lahai model ni, cubit jugak pipi tu karang! Rasan...

WW ~ Kental

Image
 #lessonslearned  ~ Nai @ Tak Pe Je.

Sampai Teleng Kepala, Yang!

Image
Assalamu'alaikum. Kalau kita buat review produk kat Shopee letak gambar walaupun sekeping, akan dapat 3 mata ganjaran, tapi kalau upload 1 video, kita akan dapat 5 mata ganjaran. Jadi kebanyakan masanya aku akan ambik masa untuk pastikan ada 1 video dan 1 gambar sebaik saja pesanan diterima di depan pintu pagar. Tak payah la beriya pun, asal menepati syarat kelayakan minimum, dah boleh upload kat ruangan review.  Macam hari ni aku dah siap pakai shawl dgn inner berdagu warna pink (magenta ke fuschia pun tak pasti), tapi bila sampai inner silang yang aku order, sanggup bukak balik dan tukar inner baru. Bawak kereta pergi selesaikan kerja di dua tempat, sementara tunggu lampu traffic light berwarna hijau, sempat la aku upload dan prepare komentar secukup rasa. Bukan susah sangat, kita sama-sama support business orang lain, mudah2an ada bahagian kita nanti kemudian hari.  Selesa betul inner silang ni, kain cotton nya lembut dan sejuk dipakai. Kalau boleh jangan basuh guna mesin, ...

Pada Teduh Kasih-Mu

Image
Assalamu'alaikum. Orang cari makan kais pagi tengahari petang malam repeat macam aku ni takde pendapatan tetap, bukan macam orang makan gaji. Kebanyakan masanya memang tak seimbang dengan tanggungjawab material yang tergalas di bahu nan rapuh ini. Jauh di sudut hati selalu berdoa untuk mampu membayar zakat, agar rezeki dan pendapatan bebas dari noda. Aku percaya pada kuasa doa, itulah pun asbab aku masih gagahkan kaki melangkah, meskipun sering lelah dan rebah tersadung beban yang memberat.  Aku pernah berdoa: Ya Allah, izinkanlah aku bertamu di rumah-Mu, membawa bonda yang lama menunggu. Maka dengan itu, Kau murahkanlah rezekiku Ya Rabb, agar aku mampu bertamu ke sana dan mampir di makam Rasul-Mu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar rintihan hamba-hamba-Nya yang resah gelisah, menagih simpati. Lambat atau cepat, doa kita akan dimakbulkan. Akhirnya panggilan Baitullah datang padaku, syukur Alhamdulillah... tercapai impian bonda untuk iktiqaf di Masjid Nabawi menunggu waktu solat ...

Antara Mask & Niqab Lofa

Image
Assalamualaikum. Tahu tak apa yang paling susah bagi seorang wanita nak buat? Jawapannya ialah menyorokkan kecantikan yang ada pada dirinya. Contoh, kalau rambut dia lawa dari jauh dah jatuh cinta orang nampak, memang berjihad untuk dia pakai tudung. Pakai tak pakai, bila dah botak ataupun beruban jenuh nak cari rambut palsu bagai.  Contoh lagi, kalau bentuk badan dia lekuk sana lekuk sini, potongan memang ideal idaman dan igauan ramai, hampir pasti dia memilih untuk mempamerkan kelebihan yang ada. Ataupun kulit dia mulus tulus putih melepak, ingat senang ke dia nak sorok lengan dan kaki? Zaman remaja dulu aku pernah terbaca tentang Tina Turner dalam majalah hiburan apa entah dah lupa. Intipati liputan dipendekkan ceritanya berkisar tentang kaki Permaisuri Rock Lagenda itu: "Once you told a woman that her legs are gorgeous, she's going to show them off well till the end of time", macam tu la lebih kurang rumusannya. Mau taknya, dah jadi nenek pun dia masih tetap pakai dre...

Aglio OliĆ² Daging Padprik

Image
Assalamu'alaikum. Sejak kebelakangan ni aku ada gang nak makan pasta, kalau dulu sorang-sorang je. Anak aku dengan daddy dia tak suka pasta ataupun apa-apa makanan Itali kecuali pizza. Bila pakwe dah jadi suka pulak, maka takkan nak persiakan kesempatan depan mata, betul tak? Petang tadi aku lambat sikit balik rumah, kena jumpa dua orang back to back kat port biasa aku: Starbucks.  Aku rasa penat sangat sebenarnya, mungkin sebab pagi-pagi tadi aku buang tebiat pergi cabut rumput dan lalang dalam setiap pasu bunga yang bibik jaga. Lepas tu, aku sapu satu lantai dan ketepikan sampah sarap kat tepi, sebelum turun siapkan breakfast pakwe. Lunch aku mintak bibik masak daging padprik ikut resepi yang aku forward kat wassap dia, tapi bibik tak tau mana letak handphone, end up dia dah masak ikut resipi yang dia google guna handphone bonda. Sorry to say, tak jadi. Aku makan jugak la alas perut, tapi tak sempat nak telan elok-elok, dihambat waktu nak solat zuhur dan berkejar jumpa client yan...

10/10 Nan Indah

Image
Assalamu'alaikum. Trend zaman sekarang ni, portal e-bisnes akan berlumba-lumba buat diskaun hebat tiapkali ada tarikh-tarikh cantik. 8/8, 9/9, 10/10, 11/11 ataupun 12/12. Sebenarnya saje je dorang mainkan sentimen budaya ikut-ikutan, sesuai dengan fenomena media sosial yang makin hari makin berpenyakit. Ada bagusnya, selagi kita bijak memilih dan menggunapakai kuasa membeli berdasarkan keperluan, bukannya kehendak. Tarikh-tarikh cantik dalam hidup aku kebetulannya adalah 9/9 (birthday anakanda) dan 10/10 (birthday bonda).. kedua2nya aku tak pernah ambik port nak sibukkan diri sertai jualan-jualan yang kononnya hebat itu.  Tahun ni bonda ada special request: nak makan sate peberet dia yang aku selalu order kat grab food: Warisan Sate Capital dan kek peberet dia selama ni: Secret Recipe Chocolate Indulgence. No less, okay! Straight forward, on point, anak menantu semua kena hadir, dan mintak izin nak perabis duit tabung percutian family untuk bayar dua menu itu tadi. Tak pernah dia m...

Look for Less

Image
Assalamu'alaikum. Baru-baru ni aku singgah order pizza lepas ambik anak balik sekolah, dia mintak nak makan pizza bungkus bawak balik rumah. Sementara tunggu order siap, kami masuk Mr. DIY sebab 1) aku nak cari adapter untuk charging port; dan 2) anak nak beli pen. Anda percaya ke dua benda tu aje yang akan dibeli? Mestilah tak, tak perlu penakkulan minda bagai nak jawab soalan tu, makanya siapkan ongkos aje ler! Tengok mummy beli botol air baru, dia pun nak baru, tengok mummy beli payung lipat, dia pun nak satu. Haa.. layankan aje!  Lagipun dia selalu sabar melayan karenah mummy yang kuat bergambar.  Nak dijadikan cerita, terjumpa la pulak spek hitam yang kerlas ko maria punya lawa, ko rasa? Mestilah aku beli, gila tak terpikat dengan harga yang murah sedemikian rupa? Sekali pakai, masuk helok dengan tudung tompok-tompok rimau aku!  Aku ambik keputusan tak kasi anak pergi sekolah lepas tu, risau tengok kes covid19 yang naik mencanak-canak, biarlah duk rumah dulu buat hom...

In The Armour

Image
Assalamu'alaikum.  Outfit is just like an armour, in which we take a shield from our own worst enemy. It could be fear, insecurity, lack of confidence, to name a few. That's something I learned recently from watching a Korean drama series, "It's Okay To Not Be Okay", which erupted various kinds of emotions and left me drained for quite some time.  I have aways been drawn to psychological approach since I first knew of it when I went to the IIUM Matriculation Centre donkey years ago. There I began to  dig into my deepest sorrows, learned to make peace with them and oh my, what a winding journey it was! I started to see things differently, view them from as many dimensions possible, from the sky above and the earth below, left right centre. I learned to forgive myself and not to beat myself up too much, which I keep learning up to date. I cried a river, flew to the moon, crashed into the ocean, hid in the cave, repeat. I struggled to say no and fumbled to say yes to...

Kicapkan Tanganmu

Image
Assalamu'alaikum. Siapa pernah terkena air panas mendidih kecepuk kebaboom atas tangan je yang tau sakitnya tu di mana. Bukan di tempat yang terkena air panas semata-mata, sakit jiwa pun termasuk dalam pakej sekali, hokeh? Pantang nombor satu bila terlibat dalam eksiden sedemikian adalah JANGAN PANIK. Nombor dua, JANGAN CARI AIR, weh.. meletup berbintit-bintit jadi bebola air tangan nanti! Dulu masa zaman universiti, aku pernah join camping, jenuh meredah hutan tebal jauh ke dalam dari Pantai Teluk Batik. Masa tu belum jadi tumpuan pengunjung, kira macam kami ganggu privasi makhluk yang mendiami kawasan tu la, lebih kurang. Ada sorang senior terkena minyak panas, punyalah panik, sambil berlari, menjerit dan memegang tangan yang terkena minyak panas tu dia meluru pergi rendam tangan dalam air sungai. Ko rasa apa jadi? Bebola air, of course! Nombor tiga, JANGAN MENCARUT. šŸ¤­ (errrk.. yang ni nombor negatif 1 kot). Tak payah nombor la, ya?    Arghh.. nampak gambar tu terasa sakit,...