Posts

Showing posts from March, 2011

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan

Hidup tak selalunya indah. Adat la, langit pun tak selalunya cerah. Penuh cerita suka dan padat cerita duka. Itu la pun yang mewarnai kehidupan.  Lumrahnya, semua orang nak selalu bahagia, kalau boleh. Tak mau ada duka ataupun air mata. Nak ketawa dan bergembira sentiasa. Tapi hakikatnya berbeza. Harapan lain. Kenyataannya lain. Takde pilihan pun sebenarnya, mau tak mau kena telan, kena terima apa adanya. Yang mendewasakan kita itu la dia.  Kadang-kadang kepedihan yang kita rasa macam tak mungkin ada hujungnya. Itu tahap pertama. Pada permulaannya. Disebabkan tak ada pilihan, kita tetap melangkah. Ya, mungkin longlai. Mungkin juga bagai tak jejak kaki ke bumi. Tapi masih perlu terus melangkah. Dan melangkah. Tanpa sedar, kepedihan itu kian menipis. Hari berganti hari. Bulan berganti bulan. Tahun berganti tahun. Waktu akan memulihkan. Percayalah. Apa yang paling penting adalah kekuatan jiwa. Tanpa itu, hampir mustahil untuk mengawal perasaan, apa lagi keadaan. Carilah apa sahaja

Tak Pe Je

Apasal nama blog macam tu? Tak pe je. Tak simple sangat ker? Tak de hal nye. Kenapa nak kena ada blog? Tak pe je. Tak ada tak boleh ker? Tak boleh. Ada yang boleh dijelaskan. Ada yang lebih baik dirahsiakan. Yang penting, hidup mesti ke depan. Terus maju. Jangan Toleh Belakang. Jeling2 Side Mirror je. Itu tak pe.