Posts

Showing posts from May, 2017

Di Ambang Ramadan, Coretan Dari Hati

Image
Assalamu'alaikum. Sekejap je dah nak masuk 4 hari kita berpuasa, ikutkan hati, patut pecut berapa km sejam sebelum datang mens. Macam tu perasaan aku tahun ni, seolah-olah tiada esok yang menanti. Tahun ni dugaan berpuasa dan berhari raya yang menyusul sedikit waktu nanti, Tuhan aje yang tau. Minggu lepas TNB ada datang buat rush dan Ya Allah... bukan sebuah dua premis ofis yang bergelap kena potong letrik. Abang technician tu siap kongsi gossip murahan dengan staff aku, ofis mana yang kena potong, berapa ribu dan berapa lama tunggakan sejak tahun lepas. Masa tu la aku tetiba rasa 'happy' tapi jangan salah paham, bukan sebab happy dengar cerita pasal kekalutan orang lain, tapi happy sebab tau, rupa-rupanya bukan aku sorang je yang terhimpit dek kegawatan ekonomi. Tetiba rasa insaf dan bersyukur dengan keadaan aku, kalau nak dibandingkan dengan orang lain. Ye la, selama ni asyik mencemburui bintang berkerdipan di langit, sampai terlupa rumput di bumi. Selalu sangat pandang k

Printed Abaya, A Modern Vintage

Image
Assalamu'alaikum. SINI aku ada buat entry tentang abaya yang dah lama aku tak pakai, salah satu sebabnya adalah kekangan cuaca. Hari ni aku pakai abaya ni, terkejut mak dan bibik tengok sebab dah memang lama sangat tak keluar oven. Masa matahari terik atas kepala, memang terasa betul ketidakselesaannya, mungkin sebab jenis satin yang mengalas abaya ni agak tebal dan tak sesuai untuk cuaca panas di Malaysia. Client aku belikan bertahun-tahun lepas kat Mekah, sebab tu gayanya jauh benar daripada kebiasaannya. Kalau aku memang takkan mungkinlah pilih jenis macam ni dari awal lagi, tapi dah orang pilih, kita takkan la nak mengata pulak, kan? Dia bukan hadiahkan tau, dia pilihkan dan aku bagi duit. Macam kirimlah lebih kurang, walaupun tak. Dia bertanya dan aku bersetuju, ijab dan kabul itu sempurna. Abaya ni dah jadi macam vintage pulak pada pendapat aku, tak tau lah korang rasa macamana. Mungkin sebab aku dah terbiasa pakai abaya polos berwarna hitam, jadi abaya bercorak sesekali

WW ~ The Black Cab Story

Image
A Million Years Ago ~ Nai at Tak Pe Je.

Intai Antara Nampak

Image
Assalamu'alaikum. Aku rasa kelakar bila tengok gambar ni dalam facebook, kenangan 5 tahun lepas tak silapnya. Masa tu terasa diri sangat tua, maklumlah sambut harijadi, maknanya bertambah lagi setahun usia. Tapi bila tengok sekarang, baru sedar masa tu belum tua berbanding sekarang. Faham tak maksud aku? Tak faham takpe la, aku pun tak tau nak explain macamana sebenarnya. Banyak dah yang berubah, sepanjang tempoh 5 tahun ni, aku yakin korang semua pun sama. Jubah ni masih ada tersimpan rapi dalam almari, panas nak pakai hari dan tempat-tempat biasa, kena tunggu bila pergi ke tempat yang sesuai. Eh, muat lagi tau... nama pun jubah, haruslah boleh menampung saiz badan yang mungkin lari allignment dari zaman dulu kala. Bulan puasa ni boleh la pakai, insya Allah... buat pergi iftar kat mana2 yang aircond nya full blast, baru sesuai. Nanti kalau aku pakai, aku upload kat blog ni.. boleh buat modal nak borak-borak dengan korang.  Sementara itu, jaga diri hiasi peribadi. Terima

Labours On Holiday

Image
Assalamu'alaikum. Sedar tak sedar kita dah masuk pertengahan bulan Mei, terasa cepat betul masa berlalu, dah macam terbang dengan kelajuan maksima di angkasa raya. Gambar-gambar kat bawah ni diambil masa cuti Hari Buruh, 1 haribulan Mei yang lepas. Lama aku perap untuk dijadikan entry, adalah lebih baik aku buat sekarang sebelum bulan Mei melabuhkan tirai.  Sejak adik aku pindah dari kawasan Wangsa Maju ke Cyberjaya, kami susah nak jumpa dan lepak-lepak sesedap oren, tak macam dulu. Jadi sesekali bila dia datang ke rumah, kami lebih senang curi masa gossipping kat Starbucks. Walaupun aku dah tak minum kopi, tetap suka lepak kat SB samada masa appointment ataupun saja-saja bersantai. Kawan2 rapat duk pelik kenapa aku boleh berhenti minum kopi sedangkan aku memang dikenali sebagai coffee addict yang tegar. Entahlah korang, aku ni kalau dah buat keputusan memang macam tu, overnight boleh berubah 360 degree. Sebelum aku mula diet lagi aku dah hentikan aktiviti minum kopi,

Hijau Zamrud Pujaan Kalbu

Image
Assalamu'alaikum. Salam Juma'at, kawan-kawan sekalian. Penghulu segala hari kali ni menyaksikan aku berbaju zamrud daripada kain saree, warna yang sangat dekat di hati seorang aku. Baju raya tahun lepas sebenarnya ni, tapi baru terasa nak pakai hari ni. Kira macam diperap dalam almari hampir setahun lamanya, tapi tak basi pun, apa ada hal? Terlebih rajin la pulak update blog, sampai pagi petang hari ni saja. Tadi kan pergi jumpa orang kat Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, macam jauh benar bunyinya, padahal kat Keramat belakang Aeon Setiawangsa tu aje. Seronok sangat-sangat berpeluang pakai baju selain hitam putih dan tudung bercorak, terasa macam nak pergi open house raya gitu! Maklum la, dah namanya pun pakai baju raya, kira relevan la perasaan tu, kan? Kepala terasa lebih ringan lepas mengurut, alhamdulillah... takde la macam kena hempap dengan gong ataupun lesung batu. Badan pun rasa segar, tak lemau dan layu-layuan tak larat bangun segala. Makan nasi lepas sola

Whitey White, Mighty Might.

Image
Assalamu'alaikum. Minggu ni 3 hari straight kat Shah Alam, memerah otak dan menyabung emosi untuk orang. Badan rasa lemau sampai panggil orang datang servis, urut buang angin. Keras kejung urat tengkuk dan bahu, jenuh nak melendukkannya. Nasib baik la kakak tu dah bertahun2 dengan aku, takde la segan sangat bagitau itu ini begitu begini. Itupun kali ni aku terpaksa berterus-terang je dengan dia kalau tak kena urat yang betul, buat rugi je bayar nanti takde perubahan apa. Dia kata dah lama aku tak macam ni, urat dawai segala. Heheh memang pun, takde rehat langsung, menunduk je buat kerja, termasuklah berjaga malam belajar semula Matematik demi tugas sebagai seorang guru kepada anak bertuah. Ini ha terus update blog lepas kakak tu balik. Macam ni cara aku rehat sebenarnya, buat apa yang aku rasa happy. Nanti lepas solat Jumaat dah start kerja semula, kena jumpa orang kat Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.  Jadi minggu ni aku takde pakai warna-warni macam selalu, duk k

WW ~ Checkered Skirts

Image
Cheeky me and checkered skirts ~ Nai at Tak Pe Je.

Bilik adik bujang

Image
Assalamu'alaikum. Adik aku yang bongsu ni dah sewa rumah kat Gombak sana dari sebelum grad lagi, buat persediaan nak masuk alam pekerjaan. Barang-barang dan buku memang dah ada kat situ pun selama hari ni, tapi bila dia habis je double degree Syariah aritu, aku suruh duduk dekat dengan bonda. Orang lain usaha balik kampung sebab nak duduk serumah dengan mak selagi diberikan kesempatan berbakti dan bermanja, awak sibuk nak duduk jauh-jauh kenapa? Kebetulan ada bilik kosong yang adik ipar aku tinggalkan, duduk je la kat situ, kan? Takde perabot langsung bilik tu, melainkan bunk bed saiz queen kat bawah dan single kat atas. Dia tak berniat nak menetap pun, aku paham sangat, segan dan nak belajar berdikari, kalau aku pun macam tu. Tapi ye lah, aku sakit mata tengok keadaan bilik tu, berterabur dah jadi tempat longgok frame gambar dan lukisan yang belum sempat digantung. Maka aku pun mulakanlah projek menghias dan merapikan bilik adik bujang aku tu dengan menggunakan apa saja props yan

Juma'at & Sya'aban: Ramadan Kian Melambai.

Image
Assalamu'alaikum. Alhamdulillah, dah Juma'at kita hari ni, tahniah kepada kawan-kawan yang berjaya puasa sunat  Nisfu Sya'aban sejak semalam, semoga iftar tadi menyamankan perut dan ibadah kalian mendamaikan hati setakat ini. Bagi yang masih gigih memecut saat-saat genting untuk membayar hutang puasa tahun lepas, semoga dipermudahkan segala urusan. Dan kepada sesiapa yang masih tetap diburu penyesalan kerana terpancit daripada menqada' puasa awal-awal, semoga azam korang berjaya ditunaikan tahun depan, Insya Allah. Dan tahniah juga kepada kaum-kaum Adam dan Hawa yang takde hutang puasa tetapi bersungguh-sungguh mengejar pahala puasa sunat yang sangat-sangat dianjurkan ini. Bagi yang senasib dengan aku, takpe la kalau korang dalam keadaan uzur syari'e dan dalam zon bendera merah, menyokong serta mendoakan orang-orang yang berpuasa pun dapat jugak pahala, Insya Allah.  Hari ni cuaca sangat indah, tak terlalu panas dan tak jugak terlalu sejuk. Pagi-pagi selepa

WW ~ Bits and Pieces of Ikea 30 x 30 Lots Mirror Grouped Together

Image
Standing Tall ~ Nai at Tak Pe Je.

Junior's Study Corner, Pelan dan Tindakan Seorang Mummy

Image
Assalamu'alaikum. Sejak pindah rumah ni, banyak perkara yang masih aku tangguh (dan ada yang takde idea/duit ataupun kedua-duanya sekali) nak buat, terutamanya built-in cabinet(s) dan mini library kat ruang yang sepatutnya. Macam dalam bilik anak teruna, aku susun dan atur je mana-mana rak dan meja yang memang dah sedia ada untuk menempatkan buku-buku dan bingkai-bingkai gambar kesayangannya. Kerja-kerja yang melibatkan drilling memang aku tak sentuh langsung, cukup sekadar lapik sana dan sini, bedal aje asalkan menjadi. Keadaan mula nampak kritikal sebaik sahaja UPSR tamat dan makin ketara sejak zaman sekolah menengah rendah bermula. Berbulan-bulan lamanya aku mencari sinar di sebalik kegelapan dunia, kewangan dan ilham sempurna akan solusi terhadap dilema depan mata. Biasalah, dalam keadaan yang segala-galanya perlu diselesaikan, memang terpaksa butakan mata beberapa ketika dan gapai je apa yang paling depan untuk diutamakan. Ni gambar dia bulan Februari tahun lepas, bersama rak

Hari Selasa Yang Melelahkan

Image
Assalamu'alaikum. Macamana weekend korang setakat ni, seronok? Aku pagi-pagi lagi dah ke pasar tani beli lauk-pauk basah dengan bibik, sebelum singgah kat Giant beli sayur-mayur. Pelik sikit bagi yang tak biasa dengan pasar tani kat tempat aku ni, tak semua barang patut dan sesuai dibeli kat situ sebabnya harga tak masuk akal berbanding hyper-mart. Balik rumah siap-siap pulak nak jumpa orang pasal harta sepencarian arwah mak dia, ikutkan hati nak bermalas-malasan dengan jayanya tapi itulah, dah kerja aku mana ada istilah cuti. Anyways, kali ni aku nak siapkan entry yang dah tersimpan dalam ruangan draft sejak minggu lepas, ataupun lebih tepat, sejak Selasa lepas. Sebelum cuti Hari Buruh tu aku sebenarnya demam, tapi takde la melarat sampai kena pergi jumpa doktor bagai, cukup dengan telan sebiji uphamol dan ubat selesema. Tapi bangun pagi Selasa tu aku batuk beriya sampai susah nak bernafas dan kahak pun terasa macam berkolam dalam dada. Asalnya nak pergi jumpa doktor ten