Posts

Showing posts from 2015

WW ~ Intai Antara Nampak

Image
Gitu...  ~ Nai at Tak Pe Je.

Bermain Dengan Ruang

Image
Assalamu'alaikum. Bukan semua orang punya rumah yang besar dan luas, terutamanya yang tinggal di bandar metropolitan seperti Kuala Lumpur. Tapi sebenarnya ruang yang terhad membuatkan kita lebih menghargai apa yang ada, dan otak kita lebih kuat bekerja mencari jalan penyelesaian. Bagi yang dah terbiasa dengan ruang yang besar dan luas pula selalu terlepas pandang untuk manfaatkan mana-mana ruang comel yang terbiar tanpa perhatian. Aku bukanlah seorang pakar nak bercerita pasal menda ni, tapi kat sini suka aku nak kongsi salah satu cara peribadi aku memanfaatkan ruang apa adanya. Dua kaki lebih sikit je ruang antara pintu bilik dan almari baju, dihitung dari jumlah jubin yang terlihat di lantai.  Nak letak banyak perkakas pun tak boleh, kalau tak nanti sendat mata memandang. So, aku susun barang-barang secara menegak, dah tak boleh nak susun melintang kan? Rak tersangkut di dinding atas tu aku letakkan tuala dan segala macam tali pinggang.  Kat bahag

Projek Hujung Minggu : DIY Meja Mini

Image
Assalamu'alaikum. Tengok tajuk dah tau entry ni pasal apa, kan? Tu la dia aktiviti aku hari Sabtu dan Ahad baru ni. Sejak dua tiga menjak ni aku pandang segala objek dengan dimensi yang berbeza. Contohnya, bangku yang datang sekali dengan meja solek. Selama hari ni aku gunakan bangku tu buat letak collapsible soft box dari Ikea yang kat dalamnya ada sejadah, telekung, kain sarung dan pelikat untuk solat hari-hari. Jumaat petang last week aku borak-borak sambil minum kopi dengan cik abang, dia puji meja kayu mini yang aku buat aritu.  Aku spontan je tunjuk bangku kat tepi pintu, bagitau dia aku ingat nak bikin meja baru yang tinggi sikit gunakan bangku tu dan letak dulang kat atasnya. Berkerut jugak dahi dia kejap, sebelum mengangguk-angguk perlahan.  Aku tak ingat nak ambik gambar 'Sebelum' dan 'Sedang', yang ada hanya 'Selepas'. Tapi rupa stool yang aku guna tu lebih kurang macam ni (Sumber : Encik Google ). Cuma takde la guna kayu berukir macam tu

Mini Toolbox Cik Puan TPJ

Image
Assalamu'alaikum. Kebanyakan rumah mesti ada toolbox, paling tidak pun tempat isi tukul, screw drivers, paku, spanar, pliers dan yang sewaktu dengannya. Yang handymen toksah cerita la kan, siap ada segala mak nenek Bosch products gitu. Macam aku, selama hari ni toolbox kat rumah ni hasil koleksi cik abang. Cuma start 2 tahun lepas aku beli toolbox sendiri dan lengkapkan benda2 basic tak nak kacau barang-barang dia, lagipun banyak yang dah takde sejak bawak balik kampung masa nak pasang curtain kat rumah pak mertua. Dah bawak sana takkan la aku memandai nak angkut balik sini semula, karang sensitif pulak hati orang tua. Maka aku kumpul pelan-pelan apa yang patut, cuma tak terbeli drill jenama Bosch setakat ni, sanggup gi beli yang Mr. DIY punya je.  Tapi kan, aku lebih suka kelek kulu kilir Mini Toolbox yang handy dan ringan, dari bakul plastik segi empat tepat yang aku beli kat Jusco dulu. Nak bagi lagi mudah dibawa ke sana-sini, aku pasangkan tali dengan menggunakan belt yang

Rasa Yang Mencengkam, Luahkan Melalui Kraftangan

Image
Assalamu'alaikum. Lama tak berceloteh kat sini, rindu pulak kat korang.. Macam hujan, gerimis mengundang kadangkala menjadi lebat. Aku ada je tapi banyak menda nak kena selesaikan. Waktu-waktu yang terluang aku habiskan, bukan actually aku curi-curi luangkan untuk buat kerja-kerja kraftangan. Kenapa, tak percaya? Well, percayalah. Aku kalau dah start buat something bukan boleh separuh jiwa, selagi tak sehabis daya maka aku takkan boleh berhenti. Because I'm extreme like dat, that's why. Kalau aku terrorist susah semua orang aku rasa. Tapi sebab aku seorang yang penuh rasa cinta, phewww selamat.   Aku ada masalah tidur dan terlampau banyak idea sepanjang waktu berjaga. Err.. Ataupun mungkin sebab terlampau banyak idea sampai tak bleh pejamkan mata? Haih... Mana-mana je la. Cuma kali ni lagi pelik sebab aku dah macam nak duduk kat kedai hardware 24 jam, termenung lama-lama kat segala bagai alat DIY.  Aku mulakan dengan projek buat meja mini untuk hidangkan min

Ikan Siakap Stim Ma'al Hijrah

Image
Assalamu'alaikum. Hari ni cuti sempena Ma'al Hijrah, aku tak gi mana-mana pun, duk rumah je. Bangun seawal 5 pagi, mulakan hari dengan produktif, sesuai dengan permulaan Tahun Baru Hijrah. Ambik segala supplement, makan nasi impit sambal ikan yang mak buat malam tadi, minum kopi sambil lepak borak-borak kosong dengan mak. Ni ha semuanya aku letakkan atas Lazy Susan yang aku buat sendiri dengan menggunakan barang-barang dari Mr. DIY.  Duk pelan-pelan update blog sambil teman mak tengok siaran langsung Majlis Sambutan Ma'al Hijrah dalam TV, habis jugak 1 mug kopi yang sangat best dan dalam masa yang sama, rendam kaki dengan air garam laut mati. Divine...! Sekali mak sound, dah dekat pukul 11 awak nak masak apa hari ni? Terbantut segala rasa divine tadi, tetiba kembali ke alam realiti. Ha'ah kan? Nanti cik abang balik beriadah aku nak hidang apa?  Bibik duk bercinta lagi kulu kilir buat keja sana sikit, tinggal... Buat keja sini sikit, tinggal. Bila aku

Ngedet & Ngopi di Cimory Resto, Cisarua-Bogor, Bandung

Image
Assalamu'alaikum. Orang Bandung pandai menata-rias kafetaria, restoran dan toko-toko jualan, itu yang aku perasan. Kadang-kadang masuk kedai kasut rasa macam tak mau keluar sebab cantik sangat dekorasinya. Konsep yang diketengahkan pulak memang pelbagai. Contohnya Cimory Resto di Cisarua-Bogor, sungguh mendamaikan jiwa sepanjang waktu lepak di situ. Pemandangan dan angin malam yang berpuput lembut melengkapkan suasana romantis, sesuai untuk pasangan bercinta ataupun orang yang penuh rasa cinta dalam dada. Macam aku la, ehemmmm!  Sebenarnya menapak ke situ dari hotel dengan tujuan nak carik wifi, standard la kan bila travel. Sekali takde pun, padan muka! Tapi takpe, janji boleh lepak secara berjemaah dan membasahkan tekak sambil berborak kosong ataupun bergossip kecil-kecilan. Dah kenapa aku berjaket bagai? Sebab badan aku terasa sekejap seram sekejap sejuk tanda nak demam, dah pulak angin malam kat Puncak memang sejuk sampai ke tulang, lebih-lebih lagi baru lepas hujan. Or

Sebuah Tempat Bernama Tokyo

Image
Assalamu'alaikum. Kita sambung cerita Tokyo bersama kami tiga beranak, jom! Sementara aku ada mood ni, baik teruskan momentum sebelum kuncup jadi semalu.  Itu gambar kat Starbucks daerah Toritsu Daigaku, masa mula-mula sampai dari Narita Airport. Lepak kat Starbucks besar-besaran dengan bagasi yang mesra perjalanan. Entry kali ni aku share dengan korang apa yang kami buat pada hari ketiga kat sana. Hari kedua kat Disneyland nanti aku cerita lain kali, bila tu tak boleh gerenti.  Antara tempat wajib dikunjungi kat Tokyo adalah Akibahara, especially untuk penggemar-penggemar gadgets dan games. IT Centre kat situ gedabak dan double triple happening daripada Low Yat. Tapi kena tau apa yang dihajati siang-siang, kalau tak masak korang nak singgah semua kedai dalam waktu sehari.  Anak teruna yang teruja dapat pegang kamera ala-ala pengarah filem... Aku pergi jugak buat lintasan hormat, terus tuju tempat hero kecik nak beli toys. Aku pun kena sampuk jugak, masih sangat kanak-kanak sebab t