Posts

Showing posts from August, 2018

WW ~ Mom's Drink

Image
Assalamualaikum.  ~ Nai at Tak Pe Je. 

Demi Khimar Bonda

Image
Assalamualaikum. Aku ni sejak lepas raya puasa lagi duk terdetik nak belikan khimar untuk bonda,  tengok mak sedara pakai lawa sangat. Tunda punya tunda,  malam tadi aku pergi la ke Aeon Big Wangsa Maju carikan sehelai dua untuk mak pakai raya haji, terutamanya. Siap bawak sekali baju letops kaler pink yang baru siap, senang nak buat rujukan. Cantiknya la baju mak,  sabo je hati ni,  sebab itu aku punya sebenarnya tapi dah mak berkenan,  aku bagi la,  apa ada hal?  Satu dunia pun aku sanggup bagi selagi termampu,  asalkan mak bahagia. Lawa jugak pakai khimar ni, cuba tengok gambar-gambar kat bawah ni,  kalau tak caya.  Aku beli tiga helai,  dua yang dalam gambar ni dan sehelai lagi warna kuning. Ingat nak beli jugak sehelai warna hitam untuk diri sendiri tapi bila tau harganya sampai RM69, err. . Takpe je la,  kasi mak la dulu.  Bukannya aku akan pakai selalu, dah pulak sekarang tengah demam bokitta yang sauk je terus nampak pakai shawl. Nanti bila dah sampai wak

Bokitta : A Little Twist

Image
Assalamualaikum. Aku ni suka ubahsuai cara pakai hijab,  tak kisahlah apa jenis sekalipun,  dari bawal hinggalah ke bokitta.  Orang pakai ikut peraturan,  aku main belasah aje,  janji rasa sesuai dengan keadaan dan penampilan. Contoh terbaru, bokitta. Ada masanya aku tak nak pakai inner yang disediakan, selamba badak je aku tukar inner lain, baik yang tulen mahupun yang tiruan.  Tak tau la korang rasa apa,  tapi bagi aku ok je kalau kita kasi kelainan sikit dengan menukar inner. Lagi satu,  aku suka guna pin walaupun bokitta ni trademark nya pinless hijab.  Takde la sampai berdosa kalau kita tetap guna pin masa pakai bokitta, kan?  Mungkin tak semua setuju cara ni,  tapi aku takde hal pun,  ada masa aku nak ubah,  aku ubah tapi ada masa aku tak nak ubah,  apa adanya aku sauk je bokitta ikut macamana orang lain pakai. Mungkin dah terlampau biasa lilit shawl sejak zaman berzaman, automatik je tangan rasa nak petik sana dan petik sini. Maafkanlah ya,  dah j

WW ~ Coffee Kiss

Image
The other half.  ~ Nai at Tak Pe Je. 

Lemang Ujang AU 2

Image
Assalamualaikum. Korang suka lemang tak? Aku satu family suka, macam kebanyakan orang Malaysia jugak. Arwah ayah dulu setiapkali drive balik Temerloh pulang pergi wajib singgah beli lemang kat Kijal, Terengganu. Dia memang suka segala macam makanan yang berteraskan pulut, termasuklah lemang. Aku pun sama, gitulah jugak.. suka sangat makan pulut, kalau dah mengadap tu bukannya reti beristighfar. Memandangkan aku dah berzaman takde kesempatan nak ke Kijal, maka lemang hanya hadir dalam hidup ni masa hari raya. Tinggal lagi, tekak ni memilih la pulak, diva dan demand tak ingat punya!  Susah nak kena dengan selera, melainkan Lemang Ujang di AU 2 Keramat. Kat sini korang, bagi aku yang memilih ni, lemangnya sangat sedap dan sempurna rasa serba-serbi. Setiap tahun dorang akan pajak khemah besar gedabak kat tepi jalan mengadap Aeon AU 2 pada bulan Ramadan, rapat hingga ke Zulhijjah. Bayangkanlah betapa lakunya lemang dorang, tak putus-putus permintaan sampai 3 bulan straight, otak aku ni

Bokitta Blues

Image
Assalamualaikum. Aku mula try tudung Bokitta yang Vietnam punya,  masa tolong adik ipar jual dua tahun lepas. Ada la dua helai yang aku beli untuk diri sendiri,  cuma tak berapa gemar pakai. Rasa pelik sikit,  terutamanya getah kat bawah dagu memang buat aku rasa tak selesa. Minggu lepas tetiba je aku teringin nak try yang original, boleh bandingkan dengan yang tiruan. Hari Jumaat aku pun pergilah ke Parkson KLCC,  sambil-sambil 'me-time' barang sejam dua. Aku takde la obsess macam pengikut tegar Bokitta, tapi aku bolehlah faham sekarang kenapa orang sanggup bayar harga mahal nak beli yang original. Cukup selesa dan terletak bila pakai.  Lepas ni takde la aku asyik pakai tudung syria je masa pergi travel ataupun keluar jalan-jalan hujung minggu,  terutamanya pada sebelah malam. Ada la jugak variasi dan kelainan,  bila dah ada koleksi Bokitta sekarang ni.  Memilih tudung kalau nak puas hati kenalah pergi ke butik sebenarnya,  tapi disebabkan aku baru nak berjina

Fast & Furious Sunday

Image
Assalamualaikum. Petang Ahad baru ni aku pecut gila babas kat MEX Highway nak ke KLIA,  macam kena kejar dek jembalang.  Mau taknya,  nak sampai jam 7pm, 6.15pm anak aku belum masuk kereta lagi. Memang mendapat la, kan?  Julung-julung kali dia kena tadah telinga dengar aku lepas perasaan every now and then. Dah bagitau nak gerak lepas solat asar,  sebelum 6pm, duk layan game dia lagi tak mandi solat segala. Aku nak kena isi minyak dan topup TNG dulu, bersabar saja la,  Mak Lom ko ni ha. Jadi, demi mengawal emosi yang bergelora,  bawak-bawak la selfie dulu sementara menunggu anak bertuah masuk kereta.  Sepanjang Jalan Jelatek hingga ke Bukit Bintang memang sesak yang amat,  mulut ni tak tahan nak membebel. Masuk je MEX dah boleh rempit tahap dewa, co-pilot tersengguk-sengguk dan lena diulit intan. Aku kejap-kejap kejutkan dia,  suruh jaga Waze sebab dalam keadaan stress aku cenderung untuk terlepas simpang, jadi memang kena guna GPS jugak walaupun dah tau jalan.   Aku tak

WW ~ Green With Envy

Image
Naaah.. !  ~ Nai at Tak Pe Je. 

Serahkan Pada Yang Pakar

Image
Assalamualaikum. Balik dari Perhentian aritu,  anak bujang aku mengadu sakit telinga,  masuk air masa menyelam. Nak bawak jumpa pakar ENT punyalah tak sempat, 'terpaksa' jumpa doktor kat klinik bawah ofis je. Doktor suluh telinga dan bagitahu memang dah ada infection sebelum masuk air,  kira pemangkin kepada masalah yang dah sedia ada bila menyelam kat laut dan kolam renang. Dapatlah antibiotik 5 hari makan, lega jugak sakitnya kata Junior.  Hari berganti hari,  cukuplah haul habiskan antibiotik, bila anak kata dah tak sakit, legalah mummy.  Dah pulak masa nak pergi sekolah minggu lepas aku tengok dia lain macam,  muka kelat lagi monyok, terpisat-pisat segala. Bila ditanya,  katanya telinga lagi sebelah pulak sakit. Cuaknya lahai,  nak patah balik dah nak sampai sekolah.  Pesan kat cikgu dia, kalau anakku mengadu tak tahan sakit,  tolong maklumkan segera. Petang tu masa ambik,  dah mengadu sakit kepala pulak. Dah la telinga berdengung,  kepala pulak bergendang. Ok,  bab tu

Soalan Kaji Selidik, Insafi Diri

Image
Assalamualaikum. Hidup ni banyak pilihan sebenarnya,  kita je kadang-kadang terlupa.  Contoh, mana ada manusia yang hidupnya sempurna serba-serbi dan terkecuali daripada asam garam, pahit maung dugaan. Tinggal lagi,  kita yang pilih cara nak menghadapi semua tu,  ikut jalan positif ataupun negatif. Dunia zaman sekarang ni lagi kompleks pada zahirnya,  sebab kita kan ada media sosial.  Apa yang kita kongsi tak melambangkan keseluruhan hidup pun,  baik yang indah mahupun yang buruk. Pilihannya tetap di tangan kita.   Tetap jugak kita yang olah,  acuannya kan kita yang pegang.   Jangan mudah tuding jari kat sesiapa,  mencari salah orang je kejanya.  Hati biarlah bersih,  kalau sibuk nak buli dan belasah orang 24 jam 7 hari seminggu,  bawak-bawaklah bernafas dalam-dalam,  hembus pelan-pelan.  Istighfar dan ingat mati,  jenuh esok nak merangkak cari mintak maaf kat Padang Mahsyar.   Kita ni selalu cenderung nak ingat hak yang perlu dituntut daripada orang,  tapi tak s

WW ~ Shades Try Out

Image
Either this.  Or this . Hurmm... ~ Nai at Tak Pe Je.