Nuffnangx

Saturday, 18 November 2017

Hasil Tangkapan Jualan 11/11 Shopee

Assalamu’alaikum. Sabtu lepas tarikhnya cantik, 11.11.17... bukan main hebat lagi peniaga duk buat promosi sempena tarikh 11/11 tu, padahal saja cari sebab kreatif nak naikkan jualan. Dah nama pun bisnes, kena la pandai cipta peluang, bukan semata-mata tunggu nak rebut peluang, nganga sampai lalat masuk dalam mulut. Macam aku pulak, takde la beriya terpanggil nak join membeli dan membelah dompet hanya kerana orang duk canang promosi 11/11. Cuma dah alang-alang selalu jenguk Lazada dan Shopee, aku saja cuba nasib nak tengok harga rak serbaguna kot la menarik harganya. Alhamdulillah, dah rezeki aku, memang ada promosi kat Shopee, sesuai dengan kehendak dan bajet. Itu je la pun yang aku rembat, benda-benda lain tak termasuk dalam keperluan buat masa sekarang. 



Inilah dia bendanya, rak biasa je pun. Dah lama aku cari penyelesaian untuk menyimpan barang-barang dapur bersaiz gedabak, nak kasi lapang sket atas kaunter almari dapur. Bukan boleh mata aku ni pandang benda semak, rasa stress tak pasal-pasal nanti jadi naga pulak. Rak 5 tingkat ni macam-macam boleh simpan, jangan pandai-pandai timbun semua barang atas tu sudah. Nanti makin semakkan mata, hilang daripada nak tengok benda kemas, buang masa, tenaga dan duit je ler, jawabnya!



Tak silapnya petang Khamis lagi dah sampai kat rumah,  cuma baru malam tadi dalam jam 11 aku pasang dengan anak bujang. Nak keluarkan dari kotak pun dah perlukan tenaga, tau.. bukan main sendat lagi, ngam-ngam je saiz dengan kotak, baguslah takde bergegar tak tentu pasal gamaknya. Bila dah siap pasang, muka hero nampak bangga lain macam, comel je aku tengok, nak tergelak pun ada. Ye la, nasib baik ada dia, dah boleh harap tu kira alhamdulillah la kan..



Bibik join sekali bila benda dah hampir jadi, dia memang tunggu aku pasang, takut salah katanya. Yup, kalau tak kena caranya, memang confirm salah, sebab buku panduan yang penjual bagi tu takde la jelas mana. Dah la aku ni bukan reti sangat benda-benda manual, tapi takde la sampai terencat nak paham pun, moderate la, masih boleh tahan. 



Sekarang ni, teratur sket nampak. Kalau ruang dapur korang luas, tak payah pun guna penyelesaian macam ni... tapi dapur aku tu dah macam rumah Acheh, memanjang ke dalam, tak melebar ke sisi. Jadi kena ambik kira banyak perkara kalau nak tambah rak ke apa, dikhuatiri makin padat dan makin menyempitkan ruang. Macam rak serbaguna ni, sedang elok muat dengan ruang yang strategik, menyandar manja dekat kabinet dapur dan menempel elok kat sebelah kabinet display. Jadilah daripada takde, kan?



Nak tinggi mana rak tu, korang yang tentukan sendiri, takde masalah. Dah lulus KPI aku menda ni, makanya ada kemungkinan akan ditempah satu lagi bila keadaan mengizinkan, untuk letak kat satu dead spot mengadap dapur oven. Tak lalu aku nak ambik gambar tunjuk kat korang, terlalu ‘kebibikan’ cara susunannya, sebab memang dia yang susun. Aku campur karang lain jadinya, nak berhenti kerja la, mengadu domba kat bonda aku la, stress aku susah puas hati la, aih....! 



Setakat ni, yang penting dah settle satu checklist. Pelan-pelan kayuh, dari depan cepat jalan! 



Aku puas hati dengan rak ni, berbaloi-baloi betul dengan harga yang dibayar. Bagi aku, dah kategori sangat murah sebenarnya, dengan kualiti dan fungsi yang kita dapat. Kalau pun dengan harga asal yang hampir RM90, masih boleh dikatakan kompetitif, tak overprice langsung. Nak cari murah daripada tu, plastik atau PVC mungkin boleh, tapi kena jugak tengok kesesuaian dengan kehendak deko masing-masing. Setakat nakkan fungsi dan tak kisah dengan deko, tak perlu kita bayar sampai RM90, lagi bagus buat tambah-tambah beli lauk, ye tak?

Tapi kalau nak bagi nampak lawa, tahan lasak dan dalam masa yang sama memenuhi fungsi, belilah yang ni. Mana la tau kot nanti ada buat promosi lagi, boleh la kita sama2 berjimat cermat. 

Sekian, terima kasih sudi baca. Selamat berhujung minggu, jumpa lain kali. Assalamu’alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.

Monday, 13 November 2017

Lazy Sunday

Assalamu’alaikum. Semalam adalah hari minggu yang paling malas dalam hidupku, memang tak kuasa nak buat apa-apa rasanya. Siap boleh tidur dengan sengaja lagi pukul 3.30 petang, sah-sah buang tebiat. Dah la pagi bermula pada pukul 10, turun buat kopi dan teruskan usaha mencuba latte art. Ada la nampak peningkatan, kira berita gembira la jugak tu, kan? 



Yang atas tu white coffee untuk adik bongsu dan kat bawah ni untuk aku. Froth jadi lebih elok sejak aku guna French Press, hangatkan dulu susu dalam microwave selama 1.30 minit. Kemudian, sila kepuk sampai dapat hasil yang lumayan. 



Coffee Corner kat rumah ni dah jadi tempat khusus aku. Bibik buat tak jadi, takpe la bukan aku banyak keja pun, takde hal. Kat ofis aku jugak jadi barista, apa ada hal? 



Sebenarnya aku nak pergi redeem coffee beans kat Starbucks, pakai memang dah presentable untuk keluar, tinggal sarung tudung je lagi. Tapi itulah, aku memilih untuk bermalas-malasan dan tidur dengan bangganya. 



Lepas asar, layankan pre-convo photoshoot adik bongsu pulak. Untuk double degree LLB (Shariah) ni, kawan2 satu batch dia pakat gi beli baju Melayu kaler hitam kat Jakel, nak pakai hari konvo. Sampin yang Jakel bagi free biasalah, tak menepati KPI aku kan, so aku bagi pinjam songket Terengganu yang berusia 14 tahun. Baru ngam dan terletak gitu, kebaboom sekali! Udah-udah ler tu konvo, aku pesan. Katanya tunggu Masters punya pulak. Aish... dah budak2 ni bilanya reti nak nikah menambahkan anak sedara aku pun tak tau! 



Lepas Maghrib barulah aku turun gi Starbucks, redeem 1 pack Espresso dan beli lagi 1 pack buat tambahkan stok. Nanti bibik grind, boleh simpan kat ofis sekali. Aku simpan jugak sikit ground coffee kat rumah, sebab sekarang aku guna coffee dripper walaupun ada mesin kopi automatik. Lagi sempurna rasa kopi kalau kita buat manual dan cara lama.



Macam pagi ni, aku 1st time buatkan cik abang kopi manual kat rumah, ye la dah dia baru balik dari Jakarta, aku pulak baru berapa hari start operasi guna coffee dripper. Dia pun sama macam aku, katanya lagi best guna cara ni daripada guna mesin.  Tapi ye la, kalau masa dua2 nak cepat dan marathon kejar masa, mesin automatik tu sangat2 berjasa. Tengok keadaan la, kan?

Oh, ya! Aku nak pesan satu kat sini, satu menda yang aku belajar dalam hidup ni: Orang hanya boleh ganggu perasaan dan fikiran kita jika kita benarkan. People can only get to you if you allow them to. They can only break you if you let them to. The choice is yours, which way you want to go. Haters will hate for they have nothing else to do. Let’s toast and say to them, “Sila Meninggal..!”

Takkan bodoh kita kalau orang maki kita bodoh, dan takkan pandai kita kalau orang puji kita pandai. Kita adalah apa yang kita percaya, rasa dan usaha untuk menjadi. Kalau kita memilih untuk tunduk kepada permainan buli dan persepsi orang lain, kita hanya akan merugikan diri sendiri. Orang hanya ingin melihat kita terkesan, dan jika itu yang mereka inginkan, dendam terindah adalah biarkan impian mereka tinggal angan-angan. Kutiplah semangat yang retak seribu berkecai-kecai, cantumkan menjadi satu. Hadapilah dunia dari kacamata seorang perwira, kerana kita tak perlu mati sebelum waktunya. 

Dan ingatlah, saat dunia tidak menjanjikan apa-apa kebahagiaan, pemegang kunci setiap pintu adalah Tuhan. Yang membezakan manusia hanyalah takwa, dan tahap kebergantungan dengan Sang Pencipta. Kita di sini tidak menongkat langit, hidup pun tak selamanya indah. Selagi jasad masih dikandung badan, berjasalah kepada diri sendiri. Jadilah teman sejati kepada diri sendiri, jangan ikut membuli dan menghancurkannya seperti mereka di luar sana. 

Kerana kita begitu berharga.

~ Nai at Tak Pe Je.

Saturday, 11 November 2017

Weekday vs Weekend

Assalamu’alaikum. Korang perasan tak betapa lainnya cara kebanyakan daripada kita semua dressing masa hari bekerja dengan hari minggu? Especially bagi yang kerja bahagian pentadbiran, ataupun kat sektor kerajaan, ataupun cikgu. Aku dulu asal jumpa orang kat mana2 je dorang tanya, “kerja cikgu ke?” Hurmm... ye la, aku jenis suka pakai baju kurung, nampak macam cikgu gamaknya. Takde la aku kisah pun orang ingat macam tu, tapi tu cerita dulu. Cikgu zaman sekarang aku tengok dalam IG tu pergh... meletop! Kalau tak pakai kebaya, pakai kurung modern ropol-ropol macam retis, kau...! Huntong laaa student, hari2 mengadap cikgu fashionista. 



Kawan-kawan aku ada gak yang berhenti jadi lawyer, tukar jadi cikgu. Haa, fashionista kebaboom, baq haaang...! Kalau aku jadi cikgu, rasanya aku kategori yang malap kot, dah tak reti pakai baju ropol-ropol... sejenis hashtag teambajutradisi dulu kini selamanya. Aih...! 



Weekend korang mesti macam aku gak, santai je, kan? Kalau pakai lawa2 proper tu mesti ada kenduri kahwin, lepas tu singgah mall lepak minum kopi ataupun beli barang2 dapur, takkan nak balik salin baju pulak, ye tak? 



Lately petang2 memang hujan turun membasahi bumi. Aku duk tunggu anak sedara lambat betul sampai hari ni, ingatkan nak bawak dia lepak kat Wangsa Maju je apa. Lepas asar tadi aku tak sedar, terlelap entah bila. Sedar-sedar, tengok jam kat phone, pukul 5.46. Mamai2 tu, aku bangun gi tutup wifi, “ish... beraya ler anak aku lepas midnight pun wifi masih ON”... Kemudian, baru aku perasan, laa... 5.46 petang la, Nai! Sibbaik aku tak gi solat sunat taubat ke apa, kan? Dah tu, aku ON balik wifi, gi ambik wuduk dan angkat takbir solat asar. Belum sempat baca Al-Fatihah, aku teringat, laa.. aku dah solat asar tadi bila masuk waktu!

Allahu Akbar... aku memang kena pergi berehat kat mana-mana dengan kadar seberapa segera. Penat sangat2 dah minda dan perasaan ni... tindakan bawah sedar menguasai diri. Tapi nak gi rehat apa menda nya, banyak yang amat kerja menanti, urusan yang wajib diselesaikan. Kalau bukan aku, siapa yang nak buat semua tu, kan?

Ok la, korang selamat berhujung minggu, tau. Terima kasih sudi baca, jumpa lagi lain kali. Assalamu’alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.

Monday, 6 November 2017

Birthday Bonda Tercinta

Assalamu’alaikum. Kami adik-beradik memang akan sambut birthday mak, kalau tak sempat buat tepat pada harinya, akan kami ganti hari lain. Macam tahun ni, 10hb Oktober tak sesuai nak bagi semua orang ada, jadi kami tunda ke minggu berikutnya. Tahun ni mak request tak nak ada lilin atas kek, tak elok katanya ustaz dia pesan, duk ikut budaya Barat. Adoiya... kek takpe pulak, konfius aku! Ikutkan aje ler, asalkan mak bahagia. 



Malam tu tak ambik pun gambar ramai2, lapar sangat dah semua orang. Masing-masing pulun makan laksam macam tak ingat dunia. 



Mak suka sangat hadiah birthday dia tahun ni, tapi kesian sangat... dia allergic pakai sebab bukan emas, kan. Nak pakai, dia kena lapik dengan stoking tangan dulu. Aku belum mampu nak bagi jam yang diperbuat daripada emas, aku kata. Dia gelak je, tau aku takde nak menyindir ke apa. Dah memang itu hakikatnya. 



Sebelum ni elok je mak pakai jam yang aku beli, mesti ada sebab kali ni dia alah. Takpe la, nanti aku cari yang lain. Tapi macamana nak confirm dia tak alah, kan? Hurmm... ye la kot, kena beli yang mahal, biar gold plated kualiti tinggi. Nak kena kerja lebih kuat lagi ler lepas ni, semoga mak panjang umur dan aku murah rezeki.



Doa seorang ibu ni takde hijab, kalau kita pakat buat dia happy, insya Allah akan mudah laluan rezeki di dunia nan fana ini. Aku ni kalau banyak duit, kilang jam pun aku sanggup beli... hehhe. Tapi ye la, dengan keadaan sekarang, apa adanya je la, kan? Itu pun mak dah tak cukup gigi nak sengih. Alhamdulillah.. atas segala nikmat kasih-sayang ini, aku bersyukur. 

Esok pagi2 nak kerja, jom ler kita tidur. Terima kasih sudi baca sampai habis, kita jumpa lagi lain kali. Assalamu’alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.

Sunday, 5 November 2017

Kuman Yang Jahat

Assalamu’alaikum. Amboi, seronok nampak bermalas-malasan kat rumah, ye la.. hari minggu, ya? Aku hari ni rasa sihat sket, duk penat lebih seminggu dah. Multitasking antara kerja dengan hantar-ambik anak sekolah, sampai tak sedar yang menggerakkan jasad ini adalah semangat semata2. Balik kerja hari Khamis baru2 ni dah dekat nak Maghrib, duduk kejap je azan pun berkumandang. Lepas solat tu aku tetiba rasa sesak nafas, sikit lagi nak panik. Tak sempat nak bagitau sesiapa, aku bawak kereta kejap pergi klinik, yang memang tak pernah tak ramai orang. Cuma kali ni Alhamdulillah takde la sampai padat klinik tu, kena tunggu lebih kurang 15 minit je sebelum nombor giliran aku terpampang di skrin. 



Bila doktor lama bebenor duk suruh aku hembus tarik nafas, diam je tak macam biasa, aku dah suspect ada menda tak kena. Masa tu aku takde la pakai tebal pun, lapik sehelai cardigan atas tshirt lengan panjang je. Doktor mintak cardigan tu dibuka, diulangnya sekali lagi prosedur. Lepas tu baru dia bagitau, ada kuman dalam paru2 sebelah kiri, sebab tu la aku susah nak bernafas dan letih luar biasa. 

Dia bagi neb satu round, ubat batuk, sakit tekak dan antibiotik, dengan pesanan kalau masih tak elok batuk lepas habis antibiotik, sila laporkan diri ke hospital untuk x-ray paru2. Malam tu, seperti dua malam sebelumnya, aku batuk kungkangkungkang sampai susah nak tidur lena. 



Eh, korang ingat aku ada masa nak duduk lepak layan penat kat rumah? Memang tak ar... tetap hantar ambik anak sekolah, pergi ofis macam biasa. Terbabas jugak aku beberapa ketika, maklum la ubat batuk dan antibiotik yang ditelan tu memang untuk bagi aku tidur pun. Tapi ye la, kena jugak lawan, akhirnya siap juga dokumen urgent nak bagi client hari Isnin (esok ler). 

Bukan tak boleh bagi budak buat, tapi dah nama pun urgent, mana sempat nak tunggu dia siapkan, nak check lagi, betulkan itu ini, lagi lambat ada ler, kan? Lagipun menda ni bukan semua junior lawyer tau buat. Bantahan Awal nama dokumen tu, isu undang2 melebihi fakta, ikut mana pun kena senior jugak telitikan. Kes ni kat Negeri Sembilan sana, aku mintak cik abang aku turun padang, sebab aku kan nak uruskan anak dan ofis. Bila dia dah masuk dalam ini cerita, tahap kecantikan dokumen memang kena sempurna. Kesian budak aku nanti kena grill, maka itulah sebabnya aku takde masa nak layan lalok ubat batuk dan antibiotik.

Hari Jumaat kelmarin pun dekat Maghrib baru aku sampai rumah, penat toksah cerita la. Cuma rasa lega sebab nak bernafas dah tak seksa, tinggal batuk je la kan. Ok la tu, ada perubahan positif.





 Semalam kan Sabtu, jadi aku memang layankan aje bangun-tidur-makan ubat-solat-ulang satu hari. Pagi2 tu aku sempat pergi Pasar Tani dengan bibik, rasa sihat sikit la katanya. Balik tu baru tau flat, menggigil2 satu badan. Semangat pun kalau dah ada kuman dalam paru2, takde nya nak menang kita ni... 

Tapi itulah, orang takkan tau keadaan sebenar, aku takkan tunjuk. Aku sakit, kalau orang boleh nampak tu maknanya dah tak mampu nak sorok dah. Anak pun aku tak bagitau apa2, dia cuma tau aku batuk, itu aje. Daddy dia muka dah sendu, sebab dia tau apa yang aku tak bagitau. Kenal pun sejak aku umur 15, dia 16 kot.. tengok sekilas dah boleh tangkap. 



Mak pun sangat risau, itu aku tau. Sebab tu la korang, aku takkan benarkan diri aku ni kelihatan sakit. Aku kena kuat untuk semua orang, dan diri sendiri la, of kos. 

Doktor pesan, kena banyak minum air masak, baru cepat kuman hilang. Oh ok, itu aku boleh buat, dah memang duk minum banyak pun sejak 7 bulan lepas, kan? Agaknya kalau tak sebab isipadu air dalam badan memang banyak, lagi bermaharajalela kuman tu, kan? Agaknya la, aku bukan arif pasal medik, takat tau yang basic aje. 

Jadi, silalah minum air secukupnya, hokeh? Kalau takde kuman pun, paling busuk kita boleh dapatkan kulit yang mulus. Takde rugi apa pun, kan? Terima kasih tau, sudi baca sampai habis. Enjoy your weekend! Assalamu’alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.

Wednesday, 1 November 2017

Busana Kenangan

Assalamu’alaikum. Rajin pulak dua tiga menjak ni, kan? Ada je entry baru yang nak dikongsi dengan korang, kira tak sempat nak bersawang blog ni. Sejak hari Isnin aku kung kang kung kang batuk kat ofis, nak terkucil dah rasanya. Melarat batuk ni, padahal aku minum dua sedut je air milo ais masa weekend, terliur tengok anakanda minum.. maklum la, cuaca panas. Malam tu start batuk, sampailah sekarang, dah dekat seminggu. Esok nak gi ambik nebulizer la, kasi cair kahak, cepat sket baik batuk. 



Ok, jom cerita pasal baju yang aku pakai ni. Berzaman dah usianya, beli kat Bandung kalau tak silapnya, masa ikut rombongan pegawai2 Mahkamah Syariah KL ke Jakarta-Bandung, junior umur 4 tahun kot. Sekarang dia 13 tahun, pergh... dekat sedekad dah baju ni dalam almari aku! Mak pun ada, aku belikan jugak kat dia. Kami sama2 tempah buat baju dan seluar satu suit, busana Muslimah standard zaman dulu-dulu. Tahan kainnya, tak luntur ke apa, elok lagi sampai sekarang. Cuma dah lama aku tak pakai satu suit, biasanya match make dengan jeans ataupun slacks.



Aku ada 3 pasang kain sulam macam ni, 2 pasang aku tempah buat baju belah tepi dengan seluar, sepasang lagi dengan kain susun belakang. Ketiga-tiga baju tu tak pernah meninggalkan almari aku, tetap aku simpan dengan penuh kasih sayang. Tak tergamak nak bagi kat orang walaupun tak selalu pakai. 



Selesa pakai baju style gini, cuma tak semua orang berkenan, maklum la old school. Sebenarnya ramai je lagi yang masih mengekalkan fesyen baju labuh belah tepi dengan seluar panjang, terutamanya student kolej/universiti. Tengok preference masing-masing la, kan? Kalau kena gayanya, tetap boleh nampak menyerlah, kalau korang nak. Pakai la apa pun, yang penting kena konfiden. Kalau pakai fesyen terkini sekali pun, tapi tak kena dengan jiwa dan perwatakan, akan tetap nampak janggal. Kita yang buat dia, bukan dia buat kita, ingat tu. 

Okay la, selamat malam semua... semoga mimpi yang indah-indah, istirehat secukupnya... esok kita sambung kerja. Terima kasih sudi baca sampai habis, jumpa lagi lain kali. Assalamu’alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.

WW ~ Someone In The Frame













~ Nai at Tak Pe Je.

Tuesday, 31 October 2017

Kebaya Klasik & Progres Buih Susu

Assalamu’alaikum. Ambik ko, kuning kenari aku arini, berkebaya klasik, berbatik Jawa segala. Sebelah mak aku ada keturunan Bugis tau, Daeng Selili katanya, mungkin tu salah satu sebab aku suka sangat pakai baju klasik jodoh dengan kain batik lepas. Heheh ada kaitan ke? Kan dah bagitau semalam, nak pakai baju warna-warni arini, sempena bebas daripada motif hitam putih. Dah striking benar kuningnya, aku cari ler tudung yang boleh kasi redup sket suasana. Lipstik pun ambik yang warna tanah, ala-ala nude gitu. Janji bukan aku yang nude, *tetiba jekkk*.





Banyak pulak shots arini, malas nak pilih, letak je la semua, tak suka abaikan aje, hokeh? 



Ok last, sebelum masuk cerita lain.



Macam biasa, aku terus praktis untuk dapatkan buih susu yang cukup syarat dan kombinasi, demi kempen menakluki kemahiran free pour latte art. Nampak ada peningkatan la sket, alhamdulillah... tak sia-sia berusaha penuh gigih. Kalau aritu nampak macam tapak kaki, arini much, much better... at least ada bentuk macam rabbit, kalau highlight guna chocolate, jelas sket kot...



Secawan lagi tu nampak dah bentuk hati, cuma mungkin cinta bertepuk sebelah tangan, tak berapa nak jadi. Haih... kesian!



Rasanya aku dah faham sket2 macamana nak dapatkan suhu yang sesuai, cuma biasalah, jenis kura-kura yang lembab, apa nak heran kalau berjanggut baru nak paham. Tu baru paham, nak pandai entah bila la gamaknya. Tapi takpe, aku mana reti berputus asa, eh buang masa je weh putus asa bagai! Kita cuba dan terus mencuba, hokeh? 

Esok dah Rabu, yang tak zzabar menunggu hari minggu, bertabahlah. Terima kasih sudi singgah sini, sampai jumpa lain kali. Assalamu’alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.

Monday, 30 October 2017

Monochrome Monday

Assalamu’alaikum. Minggu baru bermula lagi, dah nak habis bulan Oktober pun... tahun 2017 tinggal dua bulan je lagi nak berakhir. Cepat betul masa berlalu, sedetik pun tak menunggu sesiapa. Mana ada masa nak layan Monday blues bagai, ke depan aje cepat jalan! 

Aku hari ni takde menda yang kaler biru, jadi Monday blues apa ke menda nya, kan? Kaler itam putih je dari pagi sampai petang, masa hantar anak bertuah ke sekolah dah siap pakai monochrome uniform, walaupun tak sempat mekap segala. 



Turun awal sket arini, sebab minggu exam la katakan. Aku kali ni dah tak kuasa nak stressed pasal anak bujang tu, tau la Allah jaga dia. (*sigh) Anyhow, kena puji tahap ketenangan dia, stress free lain macam hidup, heran aku tengok. Aku dulu masuk sekolah menengah dah menggelupur nak masuk exam, terkucil entah berapa kali sebelum start subjek pertama. Aritu aku sampai buat solat hajat 41 hari untuk dia, biar ada perubahan... alih-alih, aku jadi tenang dan berlapang dada, aku somehow tau dia akan ok je akhirnya. Insya Allah dia akan matang dan diberikan kefahaman oleh Allah swt apabila tiba masa dan ketikanya nanti. Itulah hasil daripada munajat 41 hari, Mummy Shark dah tak sibuk makan orang. 



Aku sampai Jalan Duta ngam2 pukul 9am, dah selesai breakfast dan mekap suam-suam kuku kat rumah lepas hantar budak nak exam tu. Terlebih lawas la pulak arini, mungkin sebab lama tak minum susu kambing. Tadi tak guna fresh milk buat kopi, ganti dengan susu hi-goat. Tu yang terkejut perut gamaknya. 



Awal jugak la sampai giliran aku mengadap Penolong Kanan Pendaftar tadi, Alhamdulillah selesai satu Perintah Jualan. Balik sambung kerja la pulak kat ofis, kan... nak gi window shopping keadaan bukan macam dulu kala. Sekarang ni semua pun kena ambik kira, otak dah jadi kalkulator bergerak. Mana yang paling utama, kena dahulukan. Menda-menda sampingan dah takde ruang nak menempel, kadang2 kesian jugak kat diri sendiri.. sebab kepentingan peribadi la yang terpaksa dikesampingkan. Hurmm... sabo je ler, mudah2an ada la bahagiannya nanti untuk aku. 

Esok tak payah pakai hitam putih, kita kasi warna-warni dari tudung sampai kasut, hokeh? Ingat tau, jangan berkerut tak tentu pasal, senyum la dari hati, dunia pun akan lebih bermakna untuk kita diami bersama-sama. Terima kasih sudi singgah, jumpa lagi lain kali. Assalamu’alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.

Saturday, 28 October 2017

Ujian & Bantuan

Assalamu’alaikum. Khamis lepas, hati rasa tak selesa, serba tak kena dan takde semangat. Nak period agaknya, biasalah perubahan hormon, kupujuk hati sendiri. Buat jugak kerja macam biasa, cuma pelik daripada biasa, takde sibuk nak ambik selfie upload kat Instagram bagai. Bukan apa, bila ambik gambar sekeping nampak sendu, sekeping lepas tu nampak syahdu, menyampah nak ambik dah... itu tandanya hati tengah celaru. Jadi, tak kuasa nak upload gambar, kan? Letakkan aje dalam galeri, sampai masa delete secara berjemaah.



Jam 3.30 petang macam biasa, tayar kereta dah berpusing nak menuju Gombak, jemput anak bertuah balik sekolah. Tak sempat jauh dari rumah, aku dengar bunyi pelik dan kereta macam tak balance bila belok ke kiri simpang. Tayar pancit la ni, walaupun tak pernah jadi sebelum ni, tapi tayar depan sebelah kiri dah kurang angin awal bulan aritu, dah isi elok semula pun, kali ni nak pancit pulak, mana tau, kan? Aku berhentikan kereta, pasang hazard lights, keluar confirm kan rasa hati. Hurmm... maka benarlah apa adanya, siap nak terkeluar dari rim dah bahagian bawah tayar. 

Tengok henfon ada missed call daripada pakwe, kebetulan pulak. Tau dia ada kat area mana masa tu, aku ambik keputusan nak wassap je dia, bagitau tayar pancit, dan telefon budak aku suruh datang. Nasib baik sangat2 kejadian tu dekat je dengan rumah dan ofis, masih dalam ‘bidangkuasa’ aku. Orang-orang kat kawasan ni pun baik hati, pakat berhenti nak tolong minah yang sangat obvious blur tahap gaban tak tau nak buat apa. 



Sorang brader ni tolong jadi polis trafik, sorang lagi drive kereta dari lorong kanan ke laluan teksi di lorong kiri. Elok pulak tempat kejadian tu, semua dah diatur indah, terima kasih ya Allah..! Brader-brader tu bimbang tengok aku berhenti kat lorong kanan tu, takut kena langgar kata dorang. Yang dalam gambar kat atas tu baik sangat2, walaupun aku kata takpe, budak aku kejap lagi sampai, dia tetap insist nak tolong. Gi keluarkan tayar spare dan alat2 nak bukak tayar dari dalam bonet. 



Akhirnya budak aku jadi assistant dia, sampai selesai. Brader yang jadi polis trafik mula2 tadi tu dah pergi buat kerja dia sendiri bila tengok budak aku sampai. Tak sempat aku nak ucap terima kasih kat dia, masa tu tengah uruskan siapa nak gi ambik anak kat sekolah. Budak aku pulak, nak kena join pakwe aku meeting kat Subang, dah terpaksa pergi lambat. Aku ambik gambar dia tengah tolong selesaikan pasang tayar bagi kat ofis punya wassap group, biar semua org tau. 

Lepas selesai kat situ, berbahasa bahasi terima kasih tunduk2 macam Jepun dah kat brader tu, hulur namecard kat dia, budak aku bawak gi kedai tayar kat Taman Keramat Permai. Haih... tukar sebiji je la dulu, lagi 3 biji sila tunggu bajet. 

Aku balik ofis lepas tu, hidup mesti terus. Muhasabah diri diam-diam, sila belajar ganti tayar sendiri, hokeh? Bab bertenang dan jangan panik tu boleh dipertingkatkan lagi, tahniah sebab masih boleh berfikir dan menguruskan apa yang patut apa adanya. Dan lain kali, sila tengok tayar sebelum bawak kereta. Hurmm... we fall, we learn, kata Alanis Morrisette. 

Apa2 pun, aku bersyukur yang amat atas rahmat dan kasih sayang Allah. Diberi-Nya ujian, dihantar-Nya bantuan. Alhamdulillah.... terasa diri disayangi-Nya. Of all the things I’ve done wrong, I must have done something right to deserve this. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

~ Nai at Tak Pe Je.


Blues Hari Jumaat

Assalamu’alaikum. Selamat pagi Sabtu, kawan-kawan semua. Hari ni aku julung-julung kalinya tak terpacak kat Pasar Tani, habiskan lauk mana yang ada dalam peti dulu, lagipun dua minggu lepas dah penuhkan stok daging kambing. Ikan dan ayam pun banyak lagi. Bibik pergi sorang, naik basikal gi beli susu kambing untuk bonda. 



Okay la, kita cerita pasal semalam, jom. Pagi-pagi aku buat caffe latte sendiri kat rumah, dan bercinta nak habiskan dua keping roti. Biasanya sekeping je aku makan, bakar dua tu sebab standby kot2 mak mintak sekeping macam kelmarin. Masa breakfast macam biasa aku akan ajak mak join, teman dia borak-borak kosong dan bagi peluang dia nak update gossip terbaru tentang keluarga Temerloh, kawan-kawan masjid, dan apa saja la yang penting nau2 bagi dia. Toaster kat dapur tu muat 4 keping roti, sebelah aku bakar 2 keping roti putih Gardenia mak punya, sebelah lagi aku bakar sekeping (atau dua keping) roti wholemeal Masimo aku punya. Kadang2 mak akan mintak sekeping Masimo, tengok mood dia. Tapi semalam kenyang katanya, jadi berjihad ler aku nak perabis dua keping Masimo! 



Kat ofis, aku dah lama semak mata kepala tengok whiteboard yang penuh dengan permanent marker, google kejap macamana nak tanggalkannya agar whiteboard seputih salju kembali. Mintak tolong budak praktikal yang kami nyakat panggil “Taliban” gi beli hand sanitizer, memang kebaboom la hasilnya! Lepas ni korang boleh la try buat kat rumah ataupun ofis kalau ada masalah yang sama, hokeh? Senang yang amat, hand sanitizer tu letak kat tisu, tuala ataupun kain bersih, sapulah whiteboard anda dengan penuh dedikasi. Izi Pizi! 



Tengahari pulak ada orang buat lawak depan pagar rumah aku, pergh... terbaik la punchline dia! Aku jarang sangat bawak kereta gi ofis, jalan kaki je nak exercise sket keluarkan peluh, bukan jauh pun. Cuma setiap Jumaat aku akan ada rasa bimbang, kot2 ada mamat berfikiran sehala yang suka-suki parking depan rumah orang nak gi solat. Dah lama takde kejadian macam tu, sehinggalah semalam. Dia parking baik punya, tak boleh nak bukak pagar pun, apatah lagi keluarkan kereta. Yang lagi best, dia pergi tarik hand-break. Sekian, terima kasih.

 Dalam hujan, aku letakkan nota cinta kat wiper, kasi pesanan penaja sket. Semalam, ada 2 menda yang mempengaruhi nada bahasa dalam nota cinta itu: 1- Perut dah kenyang, makan nasi beriyani kul 12.30 tengahari. Ye la, macam pantun tu la: Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati.  2- Hari hujan, cuaca sejuk dan damai. . 

Bayangkanlah kalau masa tu panas terik, perut pulak tengah lapar, confirm tak sedar lepaskan geram dalam nota. Jadi, logik yang amat kalau Nabi Muhammad s.a.w tak bagi kita buat keputusan masa tengah lapar ataupun marah. Dan logik yang amat kita disarankan untuk berwuduk nak redakan rasa marah. Perut lapar, hati panas. Cuaca panas, hati lagi panas. Perut lapar, cuaca panas, hati confirm la menggelegak! Gitieww... 



Akhirnya, aku terpaksa mintak tolong P.A aku datang ambik kat rumah, sama2 pergi jemput anak aku kat Gombak. Kesian sangat dia tunggu lama, untunglah memang selalu bawak payung pergi sekolah. Dari jauh aku dah nampak dia kejap duduk, kejap bangun, kejap jalan, tunggu aku sambil berpayung. Semua tu aku pantang tengok, sejak aku jadi personal driver dia, memang aku elakkan menda tu terjadi. Aku tak suka biarkan dia tunggu lama2, kesian tau. Perasaan tu akan dibawak sampai besar esok2, tanpa sedar anak-anak kita akan jadi resah menunggu sesuatu yang tak pasti. Tapi ye la, dia kena jugak belajar menunggu, kan? Cuma bezanya, dia tau kalau lambat tu mesti ada sebab yang tak dapat dielakkan, bukannya sebab dia yang terakhir dalam senarai keutamaan. 

Anyways, aku balik ofis semula sampai petang, lepas hantar anak ke rumah. Nak pastikan fresh milk tak terlampau banyak tinggal sepanjang cuti hujung minggu, aku buat kopi lagi, sambil praktis cari kombinasi espresso dan buih yang betul. Haih... latte art jauh bebenor nya lagi nak pandai buat! Orang bentukkan love, tulip, leaf, swan... aku buat bentuk tapak kaki, weh! 

Tak reti lagi macamana nak froth susu biar sampai jadi macam campuran cat dinding, supaya sempurna nak dibuat free pour latte art. Hurmm... jangan pernah putus asa, tau... cuba dan cuba lagi sampai pandai. 

Itu je la, terima kasih sudi layan cerita rojak aku sampai habis. Jumpa lagi, selamat berhujung minggu. Assalamu’alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.

Friday, 27 October 2017

Biar Patah Spek, Jangan Patah Hati...

Assalamu’alaikum. Ni cerita Sabtu minggu lepas, dah dekat seminggu baru sempat nak cerita kat sini. Ada budak tu patah spek, katanya tengah lap cermin ‘tetiba je patah’. Hurmm... macam la orang tak tau selama ni macamana ‘lembut’ nya dia jaga spek. Mana ada menda jadi tetiba tanpa sejarah pahit manis di sebaliknya, semoga dia akan paham pelan-pelan nanti. 



Nasib baik ler jadi hari Sabtu, kedai Alice bukak lagi, kalau Ahad memang masak ler nak menunggu sampai Isnin, nak gi sekolah macamana gamaknya tak nampak mata? 



Nasib baik jugak cerminnya masih elok, tukar frame je... jimat sket, kan? Tapi anak bertuah tu nak frame kaler dan jenis yang sedebik sama dengan yang patah, boleh? Dah rezeki dia, ada lagi satu yang tinggal, apa lagi, angkat kasi ler, kan? 



Mummy Shark happy je, chill je, takpeje... hurmm... dah nak buat macamana, menda dah jadi. Terbang RM150, mudah2an masuk berganda-ganda semula, fikir positif sudah ler, kan? Macam la anak ramai pun, sorang tu je yang ada... 

Okay la, selamat berhujung minggu... jumpa lagi nanti! Assalamu’alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.