Disampuk Hantu Kuey Teow: Mission Aborted

Assalamu’alaikum. Hujung2 tahun ni kebanyakan orang tak berapa ada mood nak kerja, banyak yang ambik cuti tahunan ataupun gigih perabis saki-baki cuti. Tapi kalau semua orang nak cuti, siapa yang nak kerja pulak? Jadi, marilah kita golongan minoriti ni hidupkan weekdays selepas menghabiskan cuti hujung minggu yang panjang. Aku rasa fresh sangat hari ni, sebab semalam memang duk berehat seharian. Kira melepaskan rindu dendam kepada erti rehat yang sebenar. Dan bila kita cukup rehat, muka pun tak ketat, senyum pun tak kelat. Ye, mungkin takde la berseri-seri macam Fattah & Fazura kat London sana memadu kasih, tapi at least masih manis dipandang mata. Hahha gitieww.



Cuti Krismas kali ni aku rasa ada naik berat sekilo lebih, kerja nya makan je 24 jam. Malam tadi dekat jam 11pm aku monyok je, tetiba terasa nak makan kuey teow goreng basah. Tengok cara masak dalam you.tube terus rasa ngeri nak teruskan niat tu, pergh... sesiapa yang hidup kira kalori memang tobat lahom tak makan, weh! 

Pakwe aku nak temankan gi cari, takpe la sekali-kala langgar pantang, takde nye gemuk pun. Dia kata takpun pergi la turun buat maggie. Eh, arwah ayah aku pesan, benda paling jangan ikut adalah rasa lapar malam-malam hari. Itulah faktor utama nak jadi obes, katanya. Pesannya lagi, kalau lapar, tidur. Takpun, gi minum air suam. Sebagai anak yang taat, aku cubalah menguatkan semangat untuk kekal patuh pada pesanan itu. 

Bangun subuh pagi ni rasa sangat2 bersyukur kerana berjaya menafikan penangan kuey teow goreng. Sebelum ambik wuduk, aku minum 500ML air suam yang tersedia atas meja dalam termos. Breakfast aku siap makan 3 biji butter buns cicah air milo, sebelum bergegas ke ofis jam 9am. 

Ni ha dah rasa sendat je skirt kat perut, baru naik sekilo lebih. Makin dekat nak period memang aku akan makin cepat lapar dan nak makan macam-macam, kalah orang pregnant. Itu pun dah banyak minum air suam sepanjang hari, bayangkanlah kalau tak. 

Aku ni duk tunggu orang tadi call kata mintak suruh tunggu, dia nak datang affirm akuan sumpah. Tapi ni dah dekat 6.30 belum nampak bayang pun, apa cerita entah! Jap lagi kalau takde jugak, aku angkat kaki ler. 

Korang bebaik kerja tau, jumpa lagi lain kali. Terima kasih sudi baca sampai habis, semoga Allah memberkati. Assalamu’alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.


Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Nasi Briyani Ayam, Ewant Pressure Cooker

Hari Selasa Yang Melelahkan