Posts

Showing posts from March, 2018

Ikan Di Laut, Asam Di Darat. Dalam Kuali Bertemu Juga.

Image
Assalamu’alaikum. Ini kisah minggu lepas, hari Sabtu. Kenduri kahwin kat sebelah Lembah Kelang pulak, sama2 memeriahkan majlis dan memenuhi undangan. Panas betul minggu tu, matahari sejengkal atas kepala, dah pulak kena beratur bagai mengiringi pengantin masuk ke Dewan Kekwa, Shah Alam. Aku kagum dengan diri sendiri sebab boleh berbaju kurung saree lagi tengah-tengah panas! Takde nak simpan pakai raya pun, dah melaram bawak pergi kenduri! Lawa kan warna biru ni? Jatuh cinta lagi dan lagi setiapkali aku pandang warnanya.  Kaum kerabat aku dari Temerloh memenuhi dewan... Acara wajib sebelum bersurai, haruslah havoc kat pelamin orang, kan? Dah besar sepupu-sepupu aku, time ni la rasa kertu dan remaja purba naw2...! Macamana la pengantin tahan panas bersongket bagai eh?  Sepupu aku si Athirah ni dah jadi orang Shah Alam, mak cakap nanti nak jemput datang rumah, jamu makan pengantin. Tapi itulah, balik je dari kenduri hari tu, mak dengan aku pakat tumbang secara duet pulak.. demam beriya. L

Lovely Lace

Image
Assalamu’alaikum. Baju kurung modern daripada kain lace memang tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan. Kalau zaman dulu-dulu pengantin je pakai baju lace, lama-lama kemudian mak pengantin pun pakai jugak sekali masa majlis resepsi. Dah tu, tak payah tunggu majlis nikah kahwin pun sebenarnya nak pakai baju lace. Boleh je pakai bila2 masa yang dirasakan patut dan perlu, selagi namanya sesuai dengan majlis.  Macam aku pulak, sebelum ni baju lace tak penuh sampai kain sebab lebih selesa dipadankan dengan kain satin dipotong A. Tapi 3 tahun lepas aku berkenan sangat kat lace biru-pink, beli sampai 4 meter sekali dengan matching satin. Tempah bukan main lagi, sudahnya tergantung sepi dalam almari tak tergamak nak pakai. Sehinggalah minggu lepas, pertama kali mengenakannya ke majlis resepsi pernikahan anak seorang kawan di Cassa Detik, Jalan U-Thant. Ye lah, gila nak pakai masa kenduri kahwin Kat kampung? Karang lawan pengantin pulak, itu sudah biadap namanya, weh! Macam tak percaya je aku

WW ~ A Laced Lady At The Back Seat

Image
Salam. ~ Nai at Tak Pe Je.

Harga Baru Perkhidmatan Pesuruhjaya Sumpah

Image
Assalamu’alaikum. Berkuatkuasa 1hb Mac 2018, caj Perkhidmatan Pesuruhjaya Sumpah telah bertukar sepertimana yang diperincikan dalam Jadual berikut: Walau bagaimanapun, caj untuk Surat Akuan Sumpah masih lagi sama seperti dahulu kala, iaitu RM4.00 setiap satu. Itu pun masih ramai yang mintak diskaun, ko rasa?  Begitulah laporan khas daripada diriku ini, PJS Setiawangsa. Nak datang silalah, ya...  Tetuan Nailah Ramli & Partners, No. 27-1, Tingkat 1, Jalan Setiawangsa 9, Taman Setiawangsa, 54200 Kuala Lumpur. Tel: 03-4251 6068/69 Email: nrpartners@yahoo.com Waktu Operasi:  Isnin - Jumaat 9am - 5.30pm ~ Nai at Tak Pe Je.

Moksu Dah Nikah...

Image
Salam. Adik ipar aku yang paling bongsu dah selamat bernikah dengan pilihan hatinya, si Amin dari Berserah, Kuantan. Majlis akak nikah dan resepsinya diadakan penuh adat resam seperti selayaknya. Selepas akad nikah sempurna di masjid berdekatan, kami pakat bersilat di rumah, melayan para tamu, saudara-mara, sahabat-handai jauh dan dekat. Kami 3 beranak pakai baju tema biru, aku siap beli baru kat Aeon waktu rehat pergi lari sekejap.  Moksu kata baju pengantin warna biru, banyak la ko punya biru, dik! Jenuh aku telek kat mana yang birunya entah. Hari yang sama, sepupu aku si Abg Wan akhirnya bertemu jodoh dengan orang seberang jalan. Family aku tak sempat makan kat kenduri rumah family mertua Abg Wan sebab terus berkejar dari Temerloh ke Kuantan, meraikan majlis resepsi Mok Su. Gambar keluarga mertua bersama pengantin aku belum mintak dgn Moksu, mana yang ada je la, ya? Junior diapit mummy dan daddy... Kenduri awak nanti entah macamana la agaknya, nak..!  Budak berdu

Raya Awal Nampak?

Image
Assalamu’alaikum. Wah.. sungguh best takde air lama-lama ni, kan? Kulit pun dah jadi terlebih mulus duk mandi air tadah. Nasib ler dah jenis kulit sensitif, kenn? Masa ni baru reti nak hargai nikmatnya air yang mencurah-curah bila bukak paip. Biasa la kan, lumrah manusia memang begitu, dah hilang nikmat baru reti bahasa. Aku tak terkecuali, nama pun insan. Tapi semua tu tak menghalangku daripada bergaya irama Malaysia hari ni, terus pakai baju yang baru dapat daripada tailor malam semalam. Kain ni P.A aku si Tikah yang bagi, lip lap semacam je.. berbatu-batu gitieww..! Lawa naw2 bila dah jadi baju, ko rasa? Dalam gambar tak nampak, tapi ukurannya lebih seinci ni daripada badanku. Tailor baru ni, dia belum biasa dengan ukuran aku.. hari tu masa buat plain saree kaler hijau dah jadi sekali. Pegi ukur badan sendiri depan dia, senang nak repair apa yang patut. Dah sekarang balik asal pulak ukurannya, macam tak pernah ukur inci demi inci badanku ini. Hurmm... jenuh nak kena hantar semula ka

WW ~ Tempat Membuang Pandang

Image
Assalamu’alaikum. ~ Nai at Tak Pe Je.

Demam Musim Kenduri Kahwin

Image
Assalamu’alaikum. Jumaat lepas aku balik Temerloh, tidur kat sana sebab ada kenduri hari Sabtu. Anak dah balik awal ikut nenek, bibik dan Pak Ngah dia lepas solat Jumaat, maklumlah lama tak lepak dengan kawan-kawan. Aku ikutkan memang tak berdaya nak berkenduri kendara bagai, penat fizikal mental dah memerah otak dan keringat sepanjang bulan. Tapi demi famili terkasih, kuredahi juga.  Kesian kat mak, tak habis2 duk explain kat selagi ada orang keadaan aku.. letih sangat katanya, demam beriya. Mana taknya, aku langsung tak jenguk rumah sepupu dari sampai malam tu, esok paginya dan sampai sudah tak buat kemunculan. Memang melampau, aku pun sedar tapi tak boleh nak paksa badan dah... lemau tahap maksimum. Pakai lawa2 tengahari tu, pergi makan kat khemah tetamu, jumpa pengantin kat meja beradab, balik tidur kat rumah. Bangun tidur, bangun tidur, solat jamak qasar, tidur semula. Serius penat. Nampak biasa je kan? Haa... itulah pasal, aku duk tahan je tu! Nak makan ubat selesema dari awal, k

WW ~ Google Ma Head & Follow Ma Lead

Image
Assalamu’alaikum. ~ Nai at Tak Pe Je.