Posts

Showing posts from December, 2017

Belajar Lilit Saree

Image
Assalamu’alaikum. Hari ni Ahad, 31hb Disember, hujung minggu terakhir bagi tahun 2017. Malam ni ada aktiviti BBQ dengan ahli famili, makan-makan secara berjemaah. Tapi awal lagi nak mulakan, lepas Isyak baru logik sikit, maklumlah nak menanti detik 12 malam tu bukannya sejam dua kalau makan awal sangat. Adik-adik pulak ada program tersendiri, entah pukul berapa boleh sampai dorang tu dari destinasi masing-masing. Mak sebelum azan Maghrib dah turun gi masjid, ada program sambutan tahun baru dengan pengisian rohani secara besar2an. Aku takat solat jemaah dengan pakwe pun dah rasa syukur sangat-sangat, alhamdulillah...! Malam tadi aku saja isi masa terluang dengan belajar pakai saree kat you.tube. Jenuh jugak nak boleh jadi, itu pun aku terkial-kial tak tau mana punca dan mana hujung kain nak mulakan. Bila tengok balik, confirm tersilap step, sebab bahagian pallu (selendang) sepatutnya yang ada corak dan bling2. Aku pegi letak yang plain pulak kat bahu, hurmm... Dah 6 tahun aku tak beli k

Kisah Khamis Terakhir Tahun 2017

Image
Assalamu’alaikum. Hari ni awal aku sampai ofis, sebab memang niat nak keluar ke Jalan Masjid India jam 12.30pm. Kisahnya hari Sabtu lepas aku tersalah ambik seluar kaler biru sekolah rendah punya, apa la! Masa try dah betul kaler hitam, entah apa kalut pun tau. Nasib baik la resit Kamdar yang aku buang dalam tong sampah cinonet Ikea belakang cermin masih belum dibuang. Boleh la pergi tukar, kan? Aku ajak sorang staff aku ikut, bukan boleh harap sangat aku nak naik parking kat Semua House. Disebabkan lapar sangat, kami makan dulu kat food court, gerai Nasi Campur pujaan hati sejak zaman berzaman. Pergh... terbaik dari ladang semua lauk kat situ! Dah kenyang baru kami ke Kamdar menyelesaikan misi utama. Lepas tu aku terpanggil nak singgah kat kedai saree yang tauke nya dah kenal sangat aku, Madras.  Tak pasal2 pekerjanya lilitkan saree dan suruh staff aku ambik gambar. Tetiba rasa macam tengah melancong kat India pulak, ada tutorial memakai saree secara live. Aku punyalah tergelak besar,

Rambut Anak Bujang

Image
Assalamu’alaikum. Aku sampai rumah tadi dah dekat jam 7pm, tak tunggu lama2 terus mandi. Sementara tunggu azan Maghrib, aku mintak tolong pakwe bagitau junior, sila mandi manda ready nak solat semua, mummy ajak pergi gunting rambut.  Kami dah selesai solat jemaah berdua, budak bertuah tu tak nampak bayang pun lagi.  Jam 8.15pm baru ler tayar kereta boleh berpusing, my coffee prince tersengih turun. Nasib baik tak ramai orang kat kedai gunting rambut yang aku biasa bawak dia tu, kami tunggu dalam 10 minit dah sampai giliran putera aku. Siap buat instastory sebelum dan selepas rambut pendek.  Lawa kali ni style gunting, nampak remaja dah sangat hero! Lepas selesai kat kedai tu, kami pergi ke Aeon Mall pulak, ada nak kena beli notebook dengan geometry set. Itu je patutnya. Eh, sekali penuh sebakul mamat tu borong. Mau taknya, sharpie pen sampai dua set. Siap beli lagi satu pencil case nak letak barang-barang yang baru beli malam ni. Amboi... Aku gelak hambar je ler, selamba pesan: “Belaja

Disampuk Hantu Kuey Teow: Mission Aborted

Image
Assalamu’alaikum. Hujung2 tahun ni kebanyakan orang tak berapa ada mood nak kerja, banyak yang ambik cuti tahunan ataupun gigih perabis saki-baki cuti. Tapi kalau semua orang nak cuti, siapa yang nak kerja pulak? Jadi, marilah kita golongan minoriti ni hidupkan weekdays selepas menghabiskan cuti hujung minggu yang panjang. Aku rasa fresh sangat hari ni, sebab semalam memang duk berehat seharian. Kira melepaskan rindu dendam kepada erti rehat yang sebenar. Dan bila kita cukup rehat, muka pun tak ketat, senyum pun tak kelat. Ye, mungkin takde la berseri-seri macam Fattah & Fazura kat London sana memadu kasih, tapi at least masih manis dipandang mata. Hahha gitieww. Cuti Krismas kali ni aku rasa ada naik berat sekilo lebih, kerja nya makan je 24 jam. Malam tadi dekat jam 11pm aku monyok je, tetiba terasa nak makan kuey teow goreng basah. Tengok cara masak dalam you.tube terus rasa ngeri nak teruskan niat tu, pergh... sesiapa yang hidup kira kalori memang tobat lahom tak makan, weh!  P

Play Tourists In Downtown

Image
Assalamu’alaikum. Hari ni dari pagi sampai petang aku duk menapak sana sini, baguslah boleh pecahkan lemak... dah pulak lately kuat betul makan. Sebelum Zuhur aku turun KL dengan anak bujang, berdua je naik uber. Kali ni dia ikut sekali untuk beli barang2 sekolah, tak macam tahun-tahun sebelumnya. Kali pertama jugak aku shopping kat Kamdar, banyak rupa-rupanya boleh jimat berbanding beli kat Ampang Point. Baju, seluar, stoking, kasut dan beg sekolah semua dah settle.  Pitstop kita: Burger King. Tak berapa kena dengan selera aku sebenarnya makan burger masa lunch, tapi layankan aje. Tak sabar nak balik rumah makan nasi lauk lala masak pedas yang aku mintak bibik buat. Aku basuh sendiri lala lepas balik pasar tani pagi tadi, tinggalkan yang dah bersih kat bibik. Anak bertuah tu siap terus pakai beg galas yang dia pilih, tersengih je kegembiraan. Kami menapak ke Wisma Jakel cari baju Melayu untuk hari Jumaat, kat Kamdar dah habis saiz 14-15 tahun. Saspen jugak takut takde, kena beli kain

Melaka Nan Permai, Kami Datang...

Image
Assalamu’alaikum. Minggu lepas aku dengan pakwe pagi2 lagi turun ke Tampin, ada kerja sket kat sana. Dah selesai kat situ, pergi ke Masjid Tanah, Melaka. Dari situ, kami menghala ke kawasan pentadbiran Bandaraya Melaka, singgah makan asam pedas dulu la, of kos. Lepas zohor, bersesak jugak la beberapa ketika nak masuk Bandar Hilir, menuju Imperial Heritage Hotel, sementara menunggu tujuan utama keesokan harinya. Lepas maghrib, turun cari asam pedas kat Pasar Borong, lepak kat gerai paling hujung sebelah kiri. Muka pun dah nampak macam asam pedas gamaknya kami berdua. Dah kenyang, melilau pulak kat kawasan Dataran Pahlawan, selamba rock je parking kat depan church, tapi takde la ambik rezab paderi, itu melampau la kan. Malam takpe la, takde nak kena towing, Insya Allah. Apa lagi kan, kena la teman mamat tu masuk Hard Rock Cafe, dan mestilah dapat gak kat aku hatta sehelai t-shirt. Aku ada berkenan sweater kat situ, tapi memandangkan warnanya putih dan harganya RM250, aku buat tak

Berjimba di KLCC, Jumanji Time!

Image
Assalamu’alaikum. Aku memang dah janji dengan anak dan bibik nak pergi tengok wayang cerita Jumanji, tapi takde la tetapkan hari bagai. Balik kerja semalam aku makan nasi awal, sedang elok masuk waktu Maghrib, anak join sekali. Tanya dia nak tengok Star Wars bila, katanya dia tak minat sangat, lagi semangat nak tengok Jumanji. Elok je daddy balik setengah jam kemudian dan dia free, aku naik pilih waktu tayangan. Kebetulan ada 2 tiket free yang belum redeem dan offer untuk 2 tiket free kalau renew Movie Card membership TGV dengan tolak Movie Money dalam akaun, kami berempat pun pergi tengok cerita Jumanji di KLCC. Memandangkan tayangan jam 10pm, sempatlah solat Isyak dulu sebelum naik grab ke destinasi tujuan. Lepas beli pretzel Auntie Anne’s untuk anak, dan sementara tunggu daddy beratur beli popcorn Garrett, kami pakat ambik gambar dulu. Meriah betul dekorasi Krismas di KLCC, jenuh manusia memenuhi segenap ruang untuk bergambar kenang-kenangan. Aku pun tak lepaskan peluang, cantik kot

WW ~ Life Is A Collection of Moments

Image
Assalamu’alaikum. ~ Nai at Tak Pe Je.

Minggu Karipap Pusing

Image
Assalamu’alaikum. Minggu ni rajin pulak aku lilit shawl ala Elfira Loy, ada festive mood la lebih kurang. Bibik aku kata nampak macam bunga teratai kat bahagian yang berputar-putar tu, tapi kadang-kadang aku lagi suka sebut karipap pusing. Ikut mana pun, aku suka...! Hari Sabtu aku kena pergi jadi pengiring pakwe masuk istana, jenuh ler cari baju mana yang sesuai... macam takde je. Akhirnya aku pakai yang ni, baju kurung Pahang di Istana Pekan, Pahang. Dah 4 tahun lebih dah umur baju ni, tapi belum sampai 6 kali aku pakai, percaya tak? Yang terakhir aku gayakannya masa majlis akad nikah dan persandingan adik kat Nilai, dua tahun lepas. Kain saree ni memang selesa dan sejuk di kulit aku, dialas pulak dengan lining daripada cotton. Terbaik, baq hang..! Shawl tu pun sejuk, nyaman sekali, elok sangat la di bawah panas terik mentari daerah Pekan. Hari Isnin buat karipap pusing lagi, masuk ofis. Unifi tak boleh guna, banyak kerja tergendala, katanya mungkin ambik masa 3 hari sebab ada masala

Jalan-Jalan di Sekitar Dotonbori, Osaka

Image
Assalamu’alaikum. Dotonbori memanglah wajib dikunjungi kalau kita melancong ke Kansai, dah jadi macam rukun, senang cerita. Kat situ jawabnya besarlah kemungkinan untuk kita bertembung dengan orang-orang Malaysia dan Indonesia, yang kadang-kadang naik sama flight dengan kita dari Kuala Lumpur, ataupun yang kita sapa berbahasa bahasi di Kansai Airport masa mula-mula sampai. Maklumlah, terjumpa bangsa sendiri di tempat orang ni seronok nak berkongsi senyuman, kalaupun tak berapa rajin nak berborak panjang.  Kami sebenarnya dah pergi ke Dotonbori sekembalinya dari Kyoto, pusing-pusing kawasan yang makin malam makin hidup suasananya. Sempatlah aku tawaf H&M yang gedabak kat situ dan rembat sehelai oversized jumper rona putih susu. Keesokannya pagi-pagi kami pergi lagi, maklumlah dah sampai penghujung lawatan, tunggu masa nak balik tanahair je. Kat situlah pun nak beli souvenir apa yang patut untuk dibawa pulang, walaupun currency depa mahal nya mak ai, berbanding Ringgit yang lo