Posts

Showing posts from March, 2012

Setajam Pisau Lipat

As salam. Kadang-kadang aku lama termenung depan laptop, banyak bermonolog dengan diri sendiri sebelum tulis apa-apa. Tak terluah apa yang terdetik di hati mahupun yang terlintas di minda. Mungkin sebab dari dulu aku memang tak biasakan diri menulis pada masa terlampau emosi, marah, sedih, keliru, seronok atau yang sewaktu dengannya. Bukan apa, takut besok-besok menyesal ke apa ke, dah tak boleh patah balik. Benda dah pun ditulis. Kalau pun boleh delete kemudian hari, orang dah terbaca. Haaa.. aku jugak yang susah!  Jadi, lebih baik aku pilih untuk diam daripada melantun macam spring tak hengat. Tak payah peningkan kepala nak betulkan keadaan disebabkan aktiviti melenting yang didorong emosi yang tak terkawal. Bak kata bijakpandai, beringat sebelum kena. Sediakan payung @ raincoat sebelum hujan KECUALI anda kerja kat kedai Giodarno. Takpun kerja dekat-dekat dengan Giordano. Sebabnya, masa hujan depa jual payung murah 2 henggit daripada biasa. Jenuh la orang berkerumun beli payung de

Memburu Rindu

Salam. Lama la jugak tak update blog ni, dihambat waktu yang memang jeles kat aku. Dah nak abis bulan Mac, korang.. Cepatnya masa berlalu. Petanda akhir zaman, agaknya. Rasa macam baru je masuk tahun baru. Baru je tengok orang pakat duk buat azam baru, tukar diari dan planner baru. Sesaper yang lebih hi-tech, bz sungguh update planner dalam i-pad atau Galaxy Tab masing-masing. Trendy gitu. Aku? Tetap perlukan old-school planner, kalau tak banyak program terlepas pandang.  Umur dah melepasi garis muda remaja ni buatkan aku bertambah kreatif fikir pasal sisa-sisa kehidupan. Pasal saki-baki usia yang dipinjamkan Tuhan. Kalau beruntung, mungkin aku ada 30 tahun lagi. Kalau tak, esok-lusa dah boleh jadi arwah. Soal ajal tak siapa yang tau, kan? Macam jugak jodoh, rezeki dan tanah kubur, kita tak tau bila maut akan menjemput.  Lalu, aku terfikir: Kalau aku ada 30 tahun down the road, aku nak habiskan masa dengan berduka-lara dan bermusuh-musuhan ataupun mencipta kebahagiaan dan berkasih-

Bulan Ditutup Awan

Image
Wahai Janji Setia Sudah Diucapkan  Aduh Kata Bersumpah Telah Kupadukan Kini Engkau Pergi Jauh Membawa Diri Tinggal Daku Seorang Dalam Sunyi Sepi Nun Bulan Ditutup Awan Terkenang Hati Bertambah Rawan Wahai Jikalau Kutahu Janjimu Palsu Tentu Tidak Kuturut Sedari Dahulu Wahai Janji Setia Sudah Diucapkan Aduh Kata Bersumpah Telah Kupadukan Kini Engkau Pergi Jauh Membawa Diri Tinggal Daku Seorang Dalam Sunyi Sepi Nun Bulan Ditutup Awan Terkenang Hati Bertambah Rawan Wahai Jikalau Kutahu Janjimu Palsu Tentu Tidak Kuturut Sedari Dahulu ... Aku rasa lagu ni sexy bila arrangement nya jadi macam ni. Dan 1st time aku tengok cara Yuna nyanyi sexy. May be sebab selama ni aku takde la perati sangat cara dia nyanyi. Ataupun sebab memang lagu ni dah menambat, menawan dan menakluk seluruh jiwa sentimentalku ini. Rupa-rupanya dah banyak orang disampuk dengan lagu ni.  Even dah berlambak orang blog tentangnya. Tapi takde halnya, aku menambah nasi sekali-sekala lebihkan karbohidrat. Aku ni memang

In Other Words

Image
Salam. It's complicated sometimes to put into words what's inside your deepest soul,  don't you guys think?  Words seem to fail us in lots of important occasions.  Like, when we needed the right words at the right time, we stumbled.  So we ended up not saying anything exactly it meant to be.  Rings any bell? Well, join the club.. happens to me all the time!  What bothers me the most is that I can't seem to find the right word in Malay  when I'm supposed to speak the language in an important event.  I had no choice but to blurt out any English term that crossed my mind there and then.  I couldn't bear to pause more than seconds, now could I?  Not without much embarrassment, anyway.   Likewise, when I'm supposed to speak fluent English,  the only phrases keep dancing in my eyes are Malays!  Life can be so cruel sometimes to Tak Pe Je. And I was not very good at expressing my feelings either.  Not when I was in front of someone I had a crush on, at least.  To

Susun Atur Handbag Itu..

Image
Salam. Kali ni aku nak borak pasal susun atur dalaman handbag (wanita). Ala-ala segmen terjah handbag artis la, kan? Walaupun bukan semua orang mampu gunakan Chanel sebagai "Beg Basahan" macam Dato' Siti Nurhaliza, tapi semua orang mesti ada beg basahan sendirian berhad. At the very least, kan? Tak kisah la brand apa pon, janji namanya handbag, maka entry nih ada kaitan la dengan aku, dia, kamu dan mereka semua kat luar sana. Aku ni berdarah gemuruh type "E" for Extreme. Kalau under pressure ataupun nak cepat, maka tinggi la risiko nya tak jumpa kunci kereta, kunci rumah, pen, lipstik, two-way foundation atau apa-apa saja la yang aku campak dalam handbag. Especially kalau orang duk tunggu kat belakang nak masuk rumah, apasal la tetiba je takde kunci dalam handbag? Lalu, aku jadi sangat upset kat diri sendiri, rasa macam hopeless and good for nothing je setiapkali menda macam tu berulang-kali menimpa tanganku yang selalu tersesat dalam handbag! Why oh Why Baby,