Posts

Showing posts from October, 2015

Ikan Siakap Stim Ma'al Hijrah

Image
Assalamu'alaikum. Hari ni cuti sempena Ma'al Hijrah, aku tak gi mana-mana pun, duk rumah je. Bangun seawal 5 pagi, mulakan hari dengan produktif, sesuai dengan permulaan Tahun Baru Hijrah. Ambik segala supplement, makan nasi impit sambal ikan yang mak buat malam tadi, minum kopi sambil lepak borak-borak kosong dengan mak. Ni ha semuanya aku letakkan atas Lazy Susan yang aku buat sendiri dengan menggunakan barang-barang dari Mr. DIY.  Duk pelan-pelan update blog sambil teman mak tengok siaran langsung Majlis Sambutan Ma'al Hijrah dalam TV, habis jugak 1 mug kopi yang sangat best dan dalam masa yang sama, rendam kaki dengan air garam laut mati. Divine...! Sekali mak sound, dah dekat pukul 11 awak nak masak apa hari ni? Terbantut segala rasa divine tadi, tetiba kembali ke alam realiti. Ha'ah kan? Nanti cik abang balik beriadah aku nak hidang apa?  Bibik duk bercinta lagi kulu kilir buat keja sana sikit, tinggal... Buat keja sini sikit, tinggal. Bila aku

Ngedet & Ngopi di Cimory Resto, Cisarua-Bogor, Bandung

Image
Assalamu'alaikum. Orang Bandung pandai menata-rias kafetaria, restoran dan toko-toko jualan, itu yang aku perasan. Kadang-kadang masuk kedai kasut rasa macam tak mau keluar sebab cantik sangat dekorasinya. Konsep yang diketengahkan pulak memang pelbagai. Contohnya Cimory Resto di Cisarua-Bogor, sungguh mendamaikan jiwa sepanjang waktu lepak di situ. Pemandangan dan angin malam yang berpuput lembut melengkapkan suasana romantis, sesuai untuk pasangan bercinta ataupun orang yang penuh rasa cinta dalam dada. Macam aku la, ehemmmm!  Sebenarnya menapak ke situ dari hotel dengan tujuan nak carik wifi, standard la kan bila travel. Sekali takde pun, padan muka! Tapi takpe, janji boleh lepak secara berjemaah dan membasahkan tekak sambil berborak kosong ataupun bergossip kecil-kecilan. Dah kenapa aku berjaket bagai? Sebab badan aku terasa sekejap seram sekejap sejuk tanda nak demam, dah pulak angin malam kat Puncak memang sejuk sampai ke tulang, lebih-lebih lagi baru lepas hujan. Or

Sebuah Tempat Bernama Tokyo

Image
Assalamu'alaikum. Kita sambung cerita Tokyo bersama kami tiga beranak, jom! Sementara aku ada mood ni, baik teruskan momentum sebelum kuncup jadi semalu.  Itu gambar kat Starbucks daerah Toritsu Daigaku, masa mula-mula sampai dari Narita Airport. Lepak kat Starbucks besar-besaran dengan bagasi yang mesra perjalanan. Entry kali ni aku share dengan korang apa yang kami buat pada hari ketiga kat sana. Hari kedua kat Disneyland nanti aku cerita lain kali, bila tu tak boleh gerenti.  Antara tempat wajib dikunjungi kat Tokyo adalah Akibahara, especially untuk penggemar-penggemar gadgets dan games. IT Centre kat situ gedabak dan double triple happening daripada Low Yat. Tapi kena tau apa yang dihajati siang-siang, kalau tak masak korang nak singgah semua kedai dalam waktu sehari.  Anak teruna yang teruja dapat pegang kamera ala-ala pengarah filem... Aku pergi jugak buat lintasan hormat, terus tuju tempat hero kecik nak beli toys. Aku pun kena sampuk jugak, masih sangat kanak-kanak sebab t

Syamel : Hidup Dalam Mati

Image
Assalamu'alaikum. Ok, dah dekat seminggu aku tunggu lagu ni keluar dalam i-Tunes. Elok je konsert akhir Akademi Fantasia mula dan Syamel persembahkan lagu 'Hidup Dalam Mati', berdesup aku taip nama dia dan download lagu yang sangat-sangat memejamkan mataku ini. Dahsyat betul Syamel boleh buat lagu dan lirik sehebat ini, memang speechless aku. Macam jugak masa tengok Aizat dulu, aku dah tau aku akan minat Syamel ni sungguh-sungguh. Dia tak perlu menang pun AF, secondary je semua tu. Bonus la kalau menang, kan.. Tapi tak menang pun takde hal. Dah pulak boleh compose lagu dan tulis lirik, memang lebih-lebih lagi la boleh berjaya. Good luck, Syamel... I'm gonna be your fan forever! ~ Nai at Tak Pe Je.

Tokyo Dalam Kenangan

Image
Assalamu'alaikum. Ditakdirkan Allah aku pergi ke Tokyo dalam keadaan yang tak berapa sihat, tapi memandangkan tiket dah lama beli dan anak pun sangat-sangat berharap, aku gagahkan jugak. Banyak rencana yang harus kami ubah, kedua-dua hero hidupku itu begitu memahami dan aku pun tak beralasan ataupun mengeruhkan keadaan. Kami sama-sama susah dan sama-sama senang, yang mana aku perlu berterima kasih dan bersyukur selalu. Kami tiba awal pagi di Narita Airport dan mintak drebar teksi turunkan dulu di Starbucks sementara menunggu apartment sedia untuk dimasuki. Lama melangut kat situ, ada la dalam 3 jam lebih. Nasib baik ada wifi, kalau tak masak jugak nak handle anak teruna kebosanan. Bila dah ready, tuan rumah telefon dan kami pun menapak la ke stesen tren yang dekat sangat-sangat dengan Starbucks tu pun. Bagasi memang dah diikhtiar dari KL untuk mudah dikendalikan, maklum la aku kurang sihat. Smart travel, apa adanya. Dan lagi satu plus point, apartment pun dekat-dekat ste

Zahir Tak Terucap

Image
Assalamu'alaikum. Aku seorang yang penuh dengan kata-kata, selalu mudah meluahkan rasa walaupun perlu berselindung di sebalik bahasa. Tapi aku dikelilingi manusia yang lebih senang berbahasa bisu, memendam rasa. Lalu aku mula belajar untuk berdiam pada kebanyakan masa, bimbang terlebih mengungkapkan jiwa.  Mereka mungkin tidak tahu betapa hidup ini terlalu singkat untuk berteka-teki. Esok belum tentu milik kita, mengapa harus dipersia waktu yang masih bersisa? Hargailah hari ini. Berterima kasihlah pada semalam, pada kelmarin dan masa silam. YouTube Video Zahirkanlah yang tersirat, usah biarkannya kekal bungkam di sudut hati.  ~ Nai at Tak Pe Je.

Juma'ah Barakah : Hi-Tea @ Harrods Cafe, KLCC

Image
Assalamu'alaikum. Thank God It's Friday, huh? I'm writing this within the comfort of my zone (read : home) in front of a silent tv. Still clad in the attire you're seeing in the following pictures. Junior has long gone to his qur'an class and my other half taken his light dinner. As for me, once reached home at 7.30pm and prayed Maghrib, I finally had my lunch for today. Didn't even bother to shower or change, mind you, I chose to just pray in the same attire. That explains why I'm still clad in it up to this point.  After a month of stumbling and juggling and working things out, today is quite calm and tender. What a moist choice of words, but wait, why am I writing in English?  Adoi la. Takpe la, kita teruskan aje dalam bahasa pasar macam biasa, okay? Kadang-kadang angin menulis dalam English menyerang dengan kencang, seperti kenderang mau perang gitu. Macam-macam kejadian berlaku hari ni, tapi yang sesuai dikongsi kat sini adalah upacara membas

Aku dan Topi Itu

Image
Assalamu'alaikum.  Aku suka betul pakai topi, pelik jugak sebenarnya sebab orang perempuan kalau berhijab susah sikit nak jumpa jenis bertopi, kecuali la masa tengah panas teman anak kat sukaneka sekolah ataupun cuti-cuti tepi pantai. Ini tidak, hujan ke panas ke asyik bertopi memanjang. Itulah aku. Maka tak heran la kalau aku banyak nau koleksi topi, malas nak ambik gambo tayang kat sini tapi. Jenuh la orang baru belajar BM nak paham bahasa pasar aku ni, kan? Antara sengaja dengan tidak, aku asyik pakai topi warna shocking pink lately. Mungkin sebab diletakkan paling depan dalam susunan, maka senang aku capai yang sama je tiapkali nak keluar bilik. Mungkin jugak sebab warna tu menjerit-jerit "Pilihlah aku jadi temanmu...!" Gitu. Satu menda dengan aku, takde masalah pun nak suai-padankan warna topi dengan hijab. Kalau tak masuk nada warna, ada aku kesah? Gasakkan aje, yang penting tak menyalahi undang-undang jalan raya.  Ada satu topi ni warna

WW ~ Tempat & Gaya Santai

Image
Ingin kuulangi... ~ Nai at Tak Pe Je.