Posts

Showing posts from January, 2017

My Mom My Chauffeur

Image
Assalamu'alaikum. Anak bujang aku bukan main seronok sekarang ni, banyak pulak cerita dan celoteh sejak dua menjak aku hantar-ambik dia pergi sekolah. Maklumlah, dia sempat merasa bunda dia buat macam tu hari-hari setakat tadika aje. Masuk Darjah 1 sampailah dua bulan sebelum tamat Darjah 6, ada orang yang in charge hantar-ambik dia. Mula-mula aku dan cik abang rancang dan cari pengganti drebar yang berhenti, tapi entahlah, takde pulak calon yang sesuai dan berjodohan dengan kriteria dan syarat. Akhirnya, kami sepakat untuk berkerjasama buat kerja tu, lagipun takat nak habiskan UPSR apalah sangat. Habis je exam, dia dah dicutikan secara rasmi dan hanya pergi sekolah hari terakhir untuk kemas locker dan bawak balik semua buku. Dalam pada tu, kami pakat pujuk dia naik van bila masuk sekolah menengah. Hurmm... kau rasa? Of kos la gagal, sebab aku jugak yang dipilihnya untuk jadi drebar. Setakat ni masih okay, Alhamdulillah.. bangun pagi pun dah tak liat, dalam pukul 7

WW ~ That Little Corner of Mine

Image
~ Nai at Tak Pe Je.

Sarung & Pergi

Image
Assalamu'alaikum. Satu menda yang aku dari masa U dah buat adalah pastikan aku selalu berpakaian yang sememeh kat bilik, supaya kalau aku perlu keluar ke mana-mana, tak payah beriya tukar baju. Biasanya itu memerlukan cardigan ataupun kemeja berlengan panjang untuk dijadikan outer layer. Atas sebab yang sama, aku memang dah tanam dalam otak ni nak rapikan lagi pakaian kat rumah bila dah jadi isteri orang. Sudahnya, pada banyak ketika, cara aku berpakaian tak banyak beza dengan masa belajar dulu, masih bergantung dengan koleksi outer layers. Cuma size dan material sudah pasti ada kelainannya, of kos la kan... Lately aku dah makin kerap tampil dengan gaya lama ni, pilih T-shirt yang selesa dan cantik pakai kat rumah, siap dengan skirt ataupun seluar panjang, terutamanya bila takde urusan rasmi kat luar dan banyak beroperasi dari rumah je. Sampai masa nak keluar ambik anak balik sekolah, aku capai mana-mana cardigan yang sesuai, pakai shawl dan ke depan terus maju. Macam masa

WW ~ Dah Kenapa, Mak Lom?

Image
~ Nai at Tak Pe Je.

Rawatan Tradisional Masalah Sendi Lutut

Image
Assalamu'alaikum. Kita kalau dah kena sakit sendi, terutamanya sendi lutut, memang 'hazabedah' ler nak menanggung. Ni bukan main-main punya sakit, weh... tak tunggu nak tua sangat pun, atas nasib la kot. Macam aku ni yang memang dah berbelas-belas tahun sakit saraf, maka tak hairanlah kalau 'awal' dapat merasa sakit sendi lutut ni. Itu pun aku dah berjuang habis-habisan jaga kesihatan, amalkan gaya hidup yang sihat, rajin makan supplement, herba tu, jamu ni, aih segala mak nenek la pendek katanya. Ok, lepas semua menda tu pun, masih sakit lagi? Di situlah terletaknya ujian yang sebenar, kawan-kawan sekalian, dan ia berkait rapat dengan kesabaran dan kepercayaan kepada qada' dan qadar. Dah gitu, kita kena buat apa sekarang, berputus asa? Mestilah tidak... pantang maut sebelum ajal, kan? Kita usaha mencari penyelesaiannya. Macam lirik lagu Westlife, 'No Matter': And I Will Keep You Safe and Strong And Shelter From The Storm No Matter Where It'

Hujan Pasti Berhenti, Bersabarlah...

Image
Assalamu'alaikum. Berat betul rasa hati sepanjang hari ni, emosi memang pelik kalau bendera merah, abaikanlah aje, ya..! Tapi itulah, ikut mana pun hidup perlu diteruskan seperti biasa, waktu pun takkan terhenti dengan bungkam dan buntunya akal fikiran. Hujan yang membasahi bumi Lembah Kelang pun seakan-akan memahami nada pilu seorang aku.  Dan hujan petang Juma'at membawa maksud, jalan akan lebih padat lagi sendat daripada biasa. Kebetulan hari ni Minggu Orientasi belum berakhir, Junior wajib menghadiri program ceramah agama berserta kesemua pelajar sekolah dari jam 2.30 - 5.00 petang. Dengan rasa melankolik tahap lagu jiwang, aku ligat mencari jalan yang kurang tersumbat menuju Gombak. Alhamdulillah, pilihanku tepat dan nasib nampaknya menyebelahi, maka aku berjaya memboloskan diri daripada keadaan yang pasti akan menambahkan gelora jiwa. Yakin bahawa bajet masa setengah jam sebelum 5pm akan ngam-ngam untuk sampai ke destinasi, aku putuskan tak nak lalu jalan bertol.

Jom, Bolos Saja Dugaan Itu..!

Image
Assalamu'alaikum. Dah nak masuk setengah bulan tahun 2017, rasanya belum terlalu basi untuk aku ucapkan Selamat Tahun Baru kat korang semua. Sorry lama tak berceloteh kat sini, keadaan memang sangat mencemburuiku. Kalau nak dikirakan, boleh jadi level depression sebenarnya keadaan sekarang, kalau tak solid pegangan dan kaedah kebergantungan hidup. Dari dimensi pemerhatian dan pemikiran seorang manusia biasa, aku dihimpit rasa takut akan hari-hari mendatang, kalau keadaan macam ni berpanjangan, bimbang tak mampu untuk terus bertahan. Tapi dari pengajaran dan pengalaman bergelumang dengan pelbagai jenis penderitaan, aku pasrah dan memulangkan segala-galanya kepada Yang Maha Berkuasa. Dengan cara itu sajalah aku masih mampu melangkah dan menengadah di bumi milik Tuhan ini. Dan hanya dengan cara itulah aku masih boleh tersenyum dan membahagiakan mereka yang perlukan perhatianku. Gambar-gambar dalam entry ni aku ambik petang semalam, usai diskusi apa yang perlu dengan merek

WW ~ It's What You Focus On That Matters

Image
~ Nai at Tak Pe Je.

WW ~ Keeping Warm In Winter, Hijabi's Way

Image
~ Nai at Tak Pe Je.