Nuffnangx

Friday, 13 January 2017

Hujan Pasti Berhenti, Bersabarlah...

Assalamu'alaikum. Berat betul rasa hati sepanjang hari ni, emosi memang pelik kalau bendera merah, abaikanlah aje, ya..! Tapi itulah, ikut mana pun hidup perlu diteruskan seperti biasa, waktu pun takkan terhenti dengan bungkam dan buntunya akal fikiran. Hujan yang membasahi bumi Lembah Kelang pun seakan-akan memahami nada pilu seorang aku. 

Dan hujan petang Juma'at membawa maksud, jalan akan lebih padat lagi sendat daripada biasa. Kebetulan hari ni Minggu Orientasi belum berakhir, Junior wajib menghadiri program ceramah agama berserta kesemua pelajar sekolah dari jam 2.30 - 5.00 petang. Dengan rasa melankolik tahap lagu jiwang, aku ligat mencari jalan yang kurang tersumbat menuju Gombak. Alhamdulillah, pilihanku tepat dan nasib nampaknya menyebelahi, maka aku berjaya memboloskan diri daripada keadaan yang pasti akan menambahkan gelora jiwa. Yakin bahawa bajet masa setengah jam sebelum 5pm akan ngam-ngam untuk sampai ke destinasi, aku putuskan tak nak lalu jalan bertol. Elok je aku nak turun exit Taman Melawati dari Duke Highway, aku geleng kepala bila tengok kat sebelah kiri sana dah bersesak-sesak kenderaan beratur nak masuk exit Gombak. Kalaulah tadi aku masuk jalan tu, masaklah terpanggang dalam kereta dan sah-sah takkan sempat sampai sebelum pukul 5pm untuk jemput hero. Maka aku sangat bahagia kerana dari jam menunjukkan pukul 4.37pm di susur keluar Kuantan Genting Highlands, tepat pukul 4.50pm aku dah sampai ke IIUM Holdings. Maknanya, tak sampai setengah jam pun perjalanan ke sana, dah la tak payah bayar tol, pergh... menarik! 


Junior tenang melangkah dari pintu pagar, tersenyum menyapa mummy dalam kereta dan kami sama-sama memulakan perjalanan pulang ke Setiawangsa, melalui jalan lama Hulu Kelang. Senyuman dan ketenangan buah hati pengarang jantung itulah yang mengubat segala rasa melankolik diriku ini, nikmat manakah yang harus aku dustakan? 

Sabarlah hati... ini jua pasti berlalu!
Hujan pasti akan berhenti...



~Nai at Tak Pe Je.

2 comments:

  1. frust sgtkan kalau tetiba berada dlm keadaan traffic yang menguzi kesabaran.
    tapi kat Shah Alam ni dah tak ada dah situasi tu kecuali bulan puasa.

    ReplyDelete