Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Assalamu’alaikum. Okay, dalam banyak-banyak perkara tentang Pesuruhjaya Sumpah, bab mematikan setem ni aku nak kongsi dengan korang semua. Kita buat dalam bentuk rumusan fakta sudah la, ya?

1- Setem Hasil: RM10 sekeping, beli kat mana2 pejabat pos. Ada sesetengah Pesuruhjaya Sumpah dah beli siap-siap, standby kat ofis kot-kot la orang datang berkehendakkannya. Tapi jangan kecewa, marah atau tak puas hati kalau takde tau, sebab itu bukan tanggungjawab dia. Kira value-added service.

2- Dokumen apa yang Pesuruhjaya Sumpah boleh matikan setem hasil ni? Bukan semua dokumen, ya, tuan-tuan dan puan-puan. TIGA jenis je pun: 
-i- Afidavit; 
-ii- Surat Akuan Berkanun (a.k.a Akuan Sumpah); atau
-iii- Deklarasi/Pengakuan Bertulis. 
Dengan syarat Afidavit, Surat Akuan Berkanun dan Deklarasi/Pengakuan Bertulis itu ditandatangani dan diangkat sumpah di hadapannya.



3- Cara mematikan setem, takde cop2 bulat bagai macam kat LHDN tu, ya... kena buat dua palang kat luar dan sebahagian daripada setem hasil, letakkan cop tarikh kat tengah2, antara dua palang itu. 

4- Kalau nak senang, bawak setem hasil siap2 masa datang nak affirm Surat Akuan/Afidavit yang ada keperluan mematikan setem, sebab bukan semuanya perlu disetem. Kalau terlupa atau tak sempat, affirm je dulu depan Pesuruhjaya Sumpah... lepas tu pergi beli setem hasil dan datang semula untuk mintak khidmat mematikan setem. Tak pun, lepas affirm dokumen, boleh panjat mana2 LHDN pergi matikan setem, ataupun nama glamour nya ‘stamping’.



Ikut mana pun, kalau tak pasti, disarankan sangat2 untuk call dulu ofis Pesuruhjaya Sumpah sebelum datang. Tanya dulu apa yang patut, karang datang susah-susah, pusing cari parking bagai, sekali dokumen tu bukan dalam bidangkuasa Pesuruhjaya Sumpah pun nak matikan setem bagai... kesian korang nanti. Kalau datang jumpa aku pun, aku takat boleh senyum dan mintak maaf je la kan? Takkan la korang nak datang semata2 tengok aku senyum pulak, baik baca blog je. Hahah gitiewww.

Ok, harap info ni membantu korang. Sekian, Selamat berhujung minggu! Assalamu’alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.

Comments

  1. Kalau untuk borang pemohonan biasiswa asasi valid ke?? Boleh ke minta matikan stem dekat persuruhjaya sumpah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau borang tu ada bahagian yang memerlukan sign Pesuruhjaya, boleh mintak dia matikan setem sekali.

      Delete
  2. kalau sya nak buat perjanjian hutang dgn seorang kawan saya macam mana ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry baru reply, tak perasan ada komen.. perjanjian hutang Pesuruhjaya Sumpah boleh matikan setem, dgn syarat PJS tersebut yang sign penyaksian tandatangan pemberi dan penerima hutang.

      Delete
  3. kalau nk matikan setem hasil untuk borang matrikulasi tu boleh ke ? sebb sekarang banyak lhdn yg tutup, buat appointment pon kene tolak sebb dah x de tempat ?? pliss notice this comment

    ReplyDelete
    Replies
    1. Borang tu kalau ada ruangan yang Pesuruhjaya Sumpah (PJS) perlu sign, baru boleh. PJS hanya boleh matikan setem dokumen yg dia sign.

      Delete
    2. Kalau ikutkan keadaan PKP sekarang, boleh mintak tolong mana2 peguam utk setemkan secara online. Itu paling senang.

      Delete
  4. Salam cik nak tanya, kalau borang biasiswa kerajaan boleh ke pesyruh jaya sumpah matikan setem? Sebab kat situ ada satu section yang dimana pesuruhajaya sumpah boleh menurunkan tandatangan sebagai saksi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsm. Kalau ada ruangan tandatangan PJS sebagai saksi, bolehlah beliau matikan setem hasil RM10 yang dibeli kat pej pos…

      Delete
    2. nak tanya buat palang kat luar cop tarikh tu cane eh? boleh tak kasi contoh gambar.

      Delete
    3. Ala2 palang Kad Pengenalan untuk kegunaan bank jugak, cuma secara melintang kiri ke kanan.

      Delete
  5. ASSALAMUALAIKUM AKAK
    SAYA NAK TANYA
    BOLEH TAK PESURUH JAYA SUMPAH JADI SAKSI?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saksi untuk apa kena tau dulu sebab soalan ni general.

      Delete
    2. https://www.dwc.com.my/soalan-soalan-lazim-berkenaan-pesuruhanjaya-sumpah/

      Delete
  6. selain LHDN kat mana lagi bole matikan setem eh?ada dengar cerita pajabat tanah bole,betulke?aaa please notice me

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pejabat tanah xde pulak yang saya tau boleh. Musim PKP ni dicadangkan cari legal firm yang boleh tolong buat online stamping.

      Delete
  7. PTPTN boleh tak pesuruhjaya sumpah matikan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. https://www.ptptn.gov.my/images/fail/pinjaman/panduan_isi_dok_pnjmn/pp_isi_dok_pinjaman.pdf

      Salam. Lebih baik dapatkan sijil setem melalui website LHDN.

      Delete
  8. Salam. nak matikan stem di Pesuruhjaya Sumpah contoh di Putrajaya. Boleh walk in ke sekarang atau perlu online appoinment?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih baik call dulu tanya pesuruhjaya sumpah ada ke tidak, masuk pukul berapa.

      Delete
  9. Salam... Nak pastikan, kalau pejanjian pinjaman biasiswa, boleh tak pesuruhjaya sumpah matikan setem kalau dia jadi saksi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak silap saya, boleh. Baik double confirm dengan bahagian pinjaman.

      Delete
  10. sis kalau surat kontrak kerja dari jabatan kerajaan pesuruhjaya sumpah boleh matikan setem tak? sebab dekat kontrak tu perlukan jugak cop dari pesuruhjaya sumpah. lhdn full appointment sekarang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kontrak kerja ni agreement lain drpd pinjaman, nak selamat baik mintak khidmat legal firm utk dapatkan online stamping.

      Delete
  11. Salam, boleh ke pesuruh jaya sumpah matikan setem hasil untuk dokumen penjamin IPTA?? dokumen tersebut juga perlukan sign saksi iaitu pesuruhjaya sumpah itu sendiri untuk sign.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis...harapnya you bacalah ni....saya tk faham. maksud sis kalau kita nk suruh pesuruhjaya sumpah tu yg matikan setem, dia yang kena jadi saksi ke? perlu ke? kalau org lain jadi saksi, pesuruhjaya tk boleh ke matikan setem utk kita?

      Delete
    2. Kena org yg sama. Kalau pesuruhjaya tu yg sign, dia yang boleh matikan setem.

      Delete
  12. Salam sis, untuk matikan setem dekat pesuruhjaya sumpah perlukan tuan punya badan ke kalau hantarkan wakil boleh ke? Wakil bawakan surat akuan yang telah lengkap dengan tandatangan peraku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hadir sendiri, sign depan pesuruhjaya dan lps dia affirm dokumen, dia matikan setem.

      Delete
  13. Sis nak Tanya kalau matikan setem untuk urusan emigresen bolehkah di pesuruhjaya su.pah?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan