Hasil Tangkapan Jualan 11/11 Shopee

Assalamu’alaikum. Sabtu lepas tarikhnya cantik, 11.11.17... bukan main hebat lagi peniaga duk buat promosi sempena tarikh 11/11 tu, padahal saja cari sebab kreatif nak naikkan jualan. Dah nama pun bisnes, kena la pandai cipta peluang, bukan semata-mata tunggu nak rebut peluang, nganga sampai lalat masuk dalam mulut. Macam aku pulak, takde la beriya terpanggil nak join membeli dan membelah dompet hanya kerana orang duk canang promosi 11/11. Cuma dah alang-alang selalu jenguk Lazada dan Shopee, aku saja cuba nasib nak tengok harga rak serbaguna kot la menarik harganya. Alhamdulillah, dah rezeki aku, memang ada promosi kat Shopee, sesuai dengan kehendak dan bajet. Itu je la pun yang aku rembat, benda-benda lain tak termasuk dalam keperluan buat masa sekarang. 



Inilah dia bendanya, rak biasa je pun. Dah lama aku cari penyelesaian untuk menyimpan barang-barang dapur bersaiz gedabak, nak kasi lapang sket atas kaunter almari dapur. Bukan boleh mata aku ni pandang benda semak, rasa stress tak pasal-pasal nanti jadi naga pulak. Rak 5 tingkat ni macam-macam boleh simpan, jangan pandai-pandai timbun semua barang atas tu sudah. Nanti makin semakkan mata, hilang daripada nak tengok benda kemas, buang masa, tenaga dan duit je ler, jawabnya!



Tak silapnya petang Khamis lagi dah sampai kat rumah,  cuma baru malam tadi dalam jam 11 aku pasang dengan anak bujang. Nak keluarkan dari kotak pun dah perlukan tenaga, tau.. bukan main sendat lagi, ngam-ngam je saiz dengan kotak, baguslah takde bergegar tak tentu pasal gamaknya. Bila dah siap pasang, muka hero nampak bangga lain macam, comel je aku tengok, nak tergelak pun ada. Ye la, nasib baik ada dia, dah boleh harap tu kira alhamdulillah la kan..



Bibik join sekali bila benda dah hampir jadi, dia memang tunggu aku pasang, takut salah katanya. Yup, kalau tak kena caranya, memang confirm salah, sebab buku panduan yang penjual bagi tu takde la jelas mana. Dah la aku ni bukan reti sangat benda-benda manual, tapi takde la sampai terencat nak paham pun, moderate la, masih boleh tahan. 



Sekarang ni, teratur sket nampak. Kalau ruang dapur korang luas, tak payah pun guna penyelesaian macam ni... tapi dapur aku tu dah macam rumah Acheh, memanjang ke dalam, tak melebar ke sisi. Jadi kena ambik kira banyak perkara kalau nak tambah rak ke apa, dikhuatiri makin padat dan makin menyempitkan ruang. Macam rak serbaguna ni, sedang elok muat dengan ruang yang strategik, menyandar manja dekat kabinet dapur dan menempel elok kat sebelah kabinet display. Jadilah daripada takde, kan?



Nak tinggi mana rak tu, korang yang tentukan sendiri, takde masalah. Dah lulus KPI aku menda ni, makanya ada kemungkinan akan ditempah satu lagi bila keadaan mengizinkan, untuk letak kat satu dead spot mengadap dapur oven. Tak lalu aku nak ambik gambar tunjuk kat korang, terlalu ‘kebibikan’ cara susunannya, sebab memang dia yang susun. Aku campur karang lain jadinya, nak berhenti kerja la, mengadu domba kat bonda aku la, stress aku susah puas hati la, aih....! 



Setakat ni, yang penting dah settle satu checklist. Pelan-pelan kayuh, dari depan cepat jalan! 



Aku puas hati dengan rak ni, berbaloi-baloi betul dengan harga yang dibayar. Bagi aku, dah kategori sangat murah sebenarnya, dengan kualiti dan fungsi yang kita dapat. Kalau pun dengan harga asal yang hampir RM90, masih boleh dikatakan kompetitif, tak overprice langsung. Nak cari murah daripada tu, plastik atau PVC mungkin boleh, tapi kena jugak tengok kesesuaian dengan kehendak deko masing-masing. Setakat nakkan fungsi dan tak kisah dengan deko, tak perlu kita bayar sampai RM90, lagi bagus buat tambah-tambah beli lauk, ye tak?

Tapi kalau nak bagi nampak lawa, tahan lasak dan dalam masa yang sama memenuhi fungsi, belilah yang ni. Mana la tau kot nanti ada buat promosi lagi, boleh la kita sama2 berjimat cermat. 

Sekian, terima kasih sudi baca. Selamat berhujung minggu, jumpa lain kali. Assalamu’alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Hari Selasa Yang Melelahkan

Nasi Briyani Ayam, Ewant Pressure Cooker