Lagi Rak Serbaguna 5 lapis Dari Shopee

Assalamu’alaikum. Kisahnya, aku order lagi kat Shopee rak serbaguna untuk selesaikan kecelaruan barang-barang dapur, macam yang aku tulis tempoh hari (KLIK SINI). Masih lagi daripada penjual yang sama, kali ni aku pilih yang 1.25m je, berbanding 1.5m sebelum ni. 



Sebab utamanya, memang semak lain macam bibik ‘kemas’ ikut versi dia, selagi ada perkakas elektrik kat dapur tu, dia mesti nak jadikan storage, heran aku. Macam sekarang ni, alhamdulillah nampak lebih teratur walaupun kalau ikut hati ni, nak je aku susun semula tapi ye la, dah dia komander kat dapur tu, melebih-lebih karang dia sakit hati pulak... aku jugak yang susah. 



Letih dah nak bagitahu dia, mana-mana menda yang tak selalu pakai tak payah nak sibuk display kat luar, tapi tak paham-paham jugak. Kalau laki aku memang dah lama surrender cakap dengan bibik, takut nanti tak sedar jadi menengking dah, lagi naya. Aku dah pesan, bagi aku je handle, tak pasal-pasal lari karang.



Setakat ni boleh la aku tolerate lagi cara susunan barang-barang atas rak ni, esok lusa tak berani nak janji. Yang penting, bawang dan halia dah tak bersepah di muka bumi, aku kena bersyukur yang amat. Nak expect lebih-lebih sangat pun, nasib baik ada orang in charge kat dapur tu, boleh aku buat kerja lain dan berehat apa adanya. Ni pun dah kemas gila sebenarnya, penapis besar gedabak kat rak paling atas tu je yang mungkin nak kena alih, bukan selalu guna, simpan tempat tertutup lagi bagus. Tinggal lagi, bukannya aku nak mengadap menda tu 24 jam, apa salahnya dia bertenggek kat situ, kan? 



Bibik dah tak sabar-sabar nak beli jugak rak ni, hantar kat kampung sana, sekali dengan barang-barang lain yang dia nak hantar melalui kontena. Seronok dia, siap plan nak letak kat mana, letak apa benda semua. Aku gelak je la, tumpang seronok jugak.



Dengan harganya RM62, memang sangat berbaloi-baloi kita beli untuk susun segala bagai barang kat rumah, tak kisahlah dapur ke, bilik air ke, bilik tidur ke, ruang tamu ke, sesedap oren je ler. Kita yang buat dia, bukan dia yang buat kita, betul tak? Warna dan kualitinya pun bagus, tahan berat dan cukup membantu kita menyusun atur apa sahaja yang perlu dengan berkesan. Boleh COD dengan penjual ni, dan delivery pun cepat, order 25hb November, sampai depan pagar 27hb November. Maka, sesuailah dengan rating yang penjual ni dapat, aku rekemen kat semua yang berminat. 

Itu je la kali ni, terima kasih sudi baca. Jumpa lagi lain kali, Assalamu’alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan