Kuman Yang Jahat

Assalamu’alaikum. Amboi, seronok nampak bermalas-malasan kat rumah, ye la.. hari minggu, ya? Aku hari ni rasa sihat sket, duk penat lebih seminggu dah. Multitasking antara kerja dengan hantar-ambik anak sekolah, sampai tak sedar yang menggerakkan jasad ini adalah semangat semata2. Balik kerja hari Khamis baru2 ni dah dekat nak Maghrib, duduk kejap je azan pun berkumandang. Lepas solat tu aku tetiba rasa sesak nafas, sikit lagi nak panik. Tak sempat nak bagitau sesiapa, aku bawak kereta kejap pergi klinik, yang memang tak pernah tak ramai orang. Cuma kali ni Alhamdulillah takde la sampai padat klinik tu, kena tunggu lebih kurang 15 minit je sebelum nombor giliran aku terpampang di skrin. 



Bila doktor lama bebenor duk suruh aku hembus tarik nafas, diam je tak macam biasa, aku dah suspect ada menda tak kena. Masa tu aku takde la pakai tebal pun, lapik sehelai cardigan atas tshirt lengan panjang je. Doktor mintak cardigan tu dibuka, diulangnya sekali lagi prosedur. Lepas tu baru dia bagitau, ada kuman dalam paru2 sebelah kiri, sebab tu la aku susah nak bernafas dan letih luar biasa. 

Dia bagi neb satu round, ubat batuk, sakit tekak dan antibiotik, dengan pesanan kalau masih tak elok batuk lepas habis antibiotik, sila laporkan diri ke hospital untuk x-ray paru2. Malam tu, seperti dua malam sebelumnya, aku batuk kungkangkungkang sampai susah nak tidur lena. 



Eh, korang ingat aku ada masa nak duduk lepak layan penat kat rumah? Memang tak ar... tetap hantar ambik anak sekolah, pergi ofis macam biasa. Terbabas jugak aku beberapa ketika, maklum la ubat batuk dan antibiotik yang ditelan tu memang untuk bagi aku tidur pun. Tapi ye la, kena jugak lawan, akhirnya siap juga dokumen urgent nak bagi client hari Isnin (esok ler). 

Bukan tak boleh bagi budak buat, tapi dah nama pun urgent, mana sempat nak tunggu dia siapkan, nak check lagi, betulkan itu ini, lagi lambat ada ler, kan? Lagipun menda ni bukan semua junior lawyer tau buat. Bantahan Awal nama dokumen tu, isu undang2 melebihi fakta, ikut mana pun kena senior jugak telitikan. Kes ni kat Negeri Sembilan sana, aku mintak cik abang aku turun padang, sebab aku kan nak uruskan anak dan ofis. Bila dia dah masuk dalam ini cerita, tahap kecantikan dokumen memang kena sempurna. Kesian budak aku nanti kena grill, maka itulah sebabnya aku takde masa nak layan lalok ubat batuk dan antibiotik.

Hari Jumaat kelmarin pun dekat Maghrib baru aku sampai rumah, penat toksah cerita la. Cuma rasa lega sebab nak bernafas dah tak seksa, tinggal batuk je la kan. Ok la tu, ada perubahan positif.





 Semalam kan Sabtu, jadi aku memang layankan aje bangun-tidur-makan ubat-solat-ulang satu hari. Pagi2 tu aku sempat pergi Pasar Tani dengan bibik, rasa sihat sikit la katanya. Balik tu baru tau flat, menggigil2 satu badan. Semangat pun kalau dah ada kuman dalam paru2, takde nya nak menang kita ni... 

Tapi itulah, orang takkan tau keadaan sebenar, aku takkan tunjuk. Aku sakit, kalau orang boleh nampak tu maknanya dah tak mampu nak sorok dah. Anak pun aku tak bagitau apa2, dia cuma tau aku batuk, itu aje. Daddy dia muka dah sendu, sebab dia tau apa yang aku tak bagitau. Kenal pun sejak aku umur 15, dia 16 kot.. tengok sekilas dah boleh tangkap. 



Mak pun sangat risau, itu aku tau. Sebab tu la korang, aku takkan benarkan diri aku ni kelihatan sakit. Aku kena kuat untuk semua orang, dan diri sendiri la, of kos. 

Doktor pesan, kena banyak minum air masak, baru cepat kuman hilang. Oh ok, itu aku boleh buat, dah memang duk minum banyak pun sejak 7 bulan lepas, kan? Agaknya kalau tak sebab isipadu air dalam badan memang banyak, lagi bermaharajalela kuman tu, kan? Agaknya la, aku bukan arif pasal medik, takat tau yang basic aje. 

Jadi, silalah minum air secukupnya, hokeh? Kalau takde kuman pun, paling busuk kita boleh dapatkan kulit yang mulus. Takde rugi apa pun, kan? Terima kasih tau, sudi baca sampai habis. Enjoy your weekend! Assalamu’alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Nasi Briyani Ayam, Ewant Pressure Cooker

Harga Baru Perkhidmatan Pesuruhjaya Sumpah