Malam Libur Kami Bertiga

Assalamu’alaikum. Sekarang kan dah start cuti sekolah, tapi aku duk melarat-larat demam, batuk, migraine bagai dah dekat sebulan, bilanya nak bawak anak bertuah jalan-jalan? Akhirnya semalam aku dah mampu bangun pagi tanpa kepala rasa melayang-layang, telinga takde bunyi dengung dah, alhamdulillah. Lepas maghrib, kami bertiga naik grab pergi Avenue K, dinner kat Boat Noodle. Lama tak pekena roti stim cicah sangkaya dorang, layan...! Kami takde ambik gambar makanan, sorry... dah selesai makan baru sibuk suruh Junior snap sekeping dua.



Sempoi je la aku pakai, macam biasa... casual look. Lepak kat Avenue K ni rasa macam kat Seoul je, tau.. set up kedai-kedai dorang sangat mengingatkan aku pada malls di sana, boutique styles, ada kriteria dan karisma tersendiri. Nanti bila ada masa, aku nak check this place out secara solo... tawaf H&M pun bagus jugak, sebagai permulaan.



Junior nak tengok cerita Thor: Ragnarok. Saje ambik masa tayangan jam 10.20 malam, takde la terkejar2 nak dinner bagai. Dari Avenue K, ambik grab pergi ke Quill City Mall, pakwe suka lepak situ untuk tengok wayang sebab tak ramai orang berebut-rebut macam kat KLCC ataupun Pavilion.



Dah ambik gambar berapa keping, baru perasan muka pucat takde lipstik, terlupa nak touch up lepas makan sangkaya kat Boat Noodle. Memang dah bawak siap-siap, jadi takde hal langsung, tenyeh je kejap. Barulah berseri-seri sket, kan? 



Bercinta jugak la nak tunggu seating, tapi boleh ambik masa borak-borak kosong dengan Junior dan daddy dia. Lama sangat dah rasanya tak sempat nak hangout, rindu..!



Dah masuk dalam, bercinta pulak nak tunggu habis iklan, aku ni baru je nak elok migraine, bertabah aje ler...! Tapi semua tu berbaloi-baloi, sebab cerita Thor kali ni tersangat ohsem, hensem, kelakar, menarik, tertarik, cemerlang, gemilang lagi terbilang. Terbaik la, baq hang...!

Sampai rumah dah dekat jam 1 pagi, eh.. esok macam la tak kerja, kan? Subuh tetap bangun, cuma aku sambung tidur semula, takde berkejar turun cari sarapan dan masuk ofis awal. Ambik masa relax, masuk jugak ofis walaupun dah lebih jam 10 pagi, sampailah 5.30 petang. Kira ok la tu, sempat jugak la siapkan dua tiga menda penting, alhamdulillah. 

Hurmm... itu je la pun nak cerita, terima kasih tau sudi baca. Jumpa lagi lain kali, Assalamu’alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Harga Baru Perkhidmatan Pesuruhjaya Sumpah

Nasi Briyani Ayam, Ewant Pressure Cooker