Posts

Showing posts from November, 2017

OOTD Post ~ Kurung Moden Nan Klasik

Image
Assalamu’alaikum. Ni baju kurung moden terkini yang mengungguli senarai peberet aku sekarang, baru pakai kali kedua semalam, lepas buat raya haji aritu. Kainnya aku beli kat Nagoya cawangan Aeon Big, Wangsa Maju, sekali dengan lining, lepas tu hantar kat tukang jahit. Baju buat potongan kurung moden, kain bentuk ‘A’. Gaya klasik aku dari zaman anak dara sampailah mak dara, balik-balik itu jugak yang aku selesa.  Nampak Fazura pakai kebaya ropol2 masa tunang rasa berkenan pulak, tapi dah tau sudahnya bukan aku nak pakai pun... maka, tumpang happy je ler tengok orang lain pakai lawa-lawa gitu. Bukan apa, macam tak sesuai je dengan aku. Yang penting, tuan punya badan kena selesa dan yakin pakailah apa menda pun, bukan semestinya kena ikut trend semasa. Janji lepas masuk majlis, kira ok la tu.. Macam baju kebarung Pahang aku pakai hari ni jugak, kalau sendat-sendat memang kejung ler tak bergerak ke mana-mana. Yang ni lepas bebas berjalan, banyak ruang angin boleh masuk, ko rasa?  Itu je la

Lagi Rak Serbaguna 5 lapis Dari Shopee

Image
Assalamu’alaikum. Kisahnya, aku order lagi kat Shopee rak serbaguna untuk selesaikan kecelaruan barang-barang dapur, macam yang aku tulis tempoh hari ( KLIK SINI ). Masih lagi daripada penjual yang sama, kali ni aku pilih yang 1.25m je, berbanding 1.5m sebelum ni.  Sebab utamanya, memang semak lain macam bibik ‘kemas’ ikut versi dia, selagi ada perkakas elektrik kat dapur tu, dia mesti nak jadikan storage, heran aku. Macam sekarang ni, alhamdulillah nampak lebih teratur walaupun kalau ikut hati ni, nak je aku susun semula tapi ye la, dah dia komander kat dapur tu, melebih-lebih karang dia sakit hati pulak... aku jugak yang susah.  Letih dah nak bagitahu dia, mana-mana menda yang tak selalu pakai tak payah nak sibuk display kat luar, tapi tak paham-paham jugak. Kalau laki aku memang dah lama surrender cakap dengan bibik, takut nanti tak sedar jadi menengking dah, lagi naya. Aku dah pesan, bagi aku je handle, tak pasal-pasal lari karang. Setakat ni boleh la aku tole

Malam Libur Kami Bertiga

Image
Assalamu’alaikum. Sekarang kan dah start cuti sekolah, tapi aku duk melarat-larat demam, batuk, migraine bagai dah dekat sebulan, bilanya nak bawak anak bertuah jalan-jalan? Akhirnya semalam aku dah mampu bangun pagi tanpa kepala rasa melayang-layang, telinga takde bunyi dengung dah, alhamdulillah. Lepas maghrib, kami bertiga naik grab pergi Avenue K, dinner kat Boat Noodle. Lama tak pekena roti stim cicah sangkaya dorang, layan...! Kami takde ambik gambar makanan, sorry... dah selesai makan baru sibuk suruh Junior snap sekeping dua. Sempoi je la aku pakai, macam biasa... casual look. Lepak kat Avenue K ni rasa macam kat Seoul je, tau.. set up kedai-kedai dorang sangat mengingatkan aku pada malls di sana, boutique styles, ada kriteria dan karisma tersendiri. Nanti bila ada masa, aku nak check this place out secara solo... tawaf H&M pun bagus jugak, sebagai permulaan. Junior nak tengok cerita Thor: Ragnarok. Saje ambik masa tayangan jam 10.20 malam, takde la terkejar2 nak dinner bag

One Day ~ Thai Movie: Satu Pandangan Peribadi

Image
Assalamu'alaikum. Semalam lepas teman pakwe tengok Gegar Vaganza, aku saja-saje tukar channel browse apa yang menarik minat aku nak tengok. Sekali ada filem Thailand, 'One Day' dah hujung-hujung kat Astro Citra, entah kenapa aku terpanggil nak tengok, mungkin sebab terpikat dengan adegan dalam kedai 24 jam ~  aktres yang punya senyuman bergula versus aktor yang berkaca mata siap lekat dengan handiplus kat tengah. Melekat serta-merta aku depan TV, memang captivating habis lakonan budak dua ekor ni. Bila aku google hari ni, filem ni menang banyak anugerah kat Thailand, of kos aku tak terkejut langsung, sebab sangat-sangat ohsem dari segala aspek, setakat yang aku tengok walaupun dah nak klimaks. Tak dapat aku bayangkan kalau tengok dari awal, lagi banyak air mata aku tumpah, itu hampir pasti!    Kalau aku memang nak happy ending la kan, tapi impak filem ini takkan segempak yang sepatutnya, jadi wajarlah sebegitu ia ditamatkan. Mana la tau kot2 satu hari dorang ambik ke

Dalam Pembikinan

Image
Assalamu’alaikum. Mak pernah pesan, kalau satu hari aku nak tulis buku, biarlah dalam bahasa yang dia faham. Sekarang mak 61 dan aku 41 tahun, barulah hari itu tiba. Mak kata mudah2an umur dia panjang nak tunggu buku aku siap, Allahu... tetiba rasa macam tak cukup masa pulak jadinya. Hahah.. takpe la, apa pun yang terjadi, aku yakin dan percaya, semuanya dalam rahmat dan pentadbiran Yang Maha Mentadbir.  Aku tulis buku ni dalam keadaan yang serba mencabar, curi-curi waktu dan kesempatan mana yang terluang. Kadang-kadang amat melelahkan, tapi alhamdulillah setakat ni ada jalan yang Allah lorongkan. Mampu menjadikannya satu kenyataan pun sudah amat aku syukuri, yang tinggal cuma untuk aku teruskan hingga ke noktah yang terakhir. Ikutkan hati memang nak ambik ‘sabatical leave’ dan selesaikan projek sepanjang usia ini, tapi ye lah, tak semua yang kita boleh dapat pada waktu yang kita nak, kan? Apa yang ada, kita manfaatkan sebaik-baiknya, Insya Allah. Destinasi terakhir bermula dengan lang

Cencaru Masak Taucu

Image
Assalamu’alaikum. Hari ni terasa nak makan cencaru masak taucu, buat sendiri la baru kena dengan selera. Semua mayang dan hiris je, takde blend satu pun bahan-bahannya. Aku guna bawang besar 2 labu sebab saiznya tak cukup besar, 4 ulas bawang putih dan halia sebesar ibu jari. Tumis sekali dengan 4 tangkai cili kering sampai naik bau. Mula2 tu nak guna cili blend, tapi tengok ada lebih sambal nasi ayam semalam, aku guna yang tu je la, tambah dalam 1 sudu besar sos tomato. Taucu aku letak 2 sudu makan, penuh-penuh jangan kedekut, kalau nak kuah banyak la... kalau nak kuah sikit, jangan banyak sangat, karang masin pulak. Air asam jawa semangkuk dan air ikut suka korang nak kuah banyak mana, macam aku suka kuah banyak. Ikan tu ada orang goreng separuh masak, bibik goreng masak betul2, aku biarkan aje. Cuma masa perap ikan tu aku campurkan garam, kunyit dengan paprika biar nampak lawa. Dah mendidih, masukkan la ikan tu kasi mesra-mesra dalam kuah. Siap. Cencaru ni segar, best sangat makan t

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Image
Assalamu’alaikum. Okay, dalam banyak-banyak perkara tentang Pesuruhjaya Sumpah, bab mematikan setem ni aku nak kongsi dengan korang semua. Kita buat dalam bentuk rumusan fakta sudah la, ya? 1- Setem Hasil: RM10 sekeping, beli kat mana2 pejabat pos. Ada sesetengah Pesuruhjaya Sumpah dah beli siap-siap, standby kat ofis kot-kot la orang datang berkehendakkannya. Tapi jangan kecewa, marah atau tak puas hati kalau takde tau, sebab itu bukan tanggungjawab dia. Kira value-added service. 2- Dokumen apa yang Pesuruhjaya Sumpah boleh matikan setem hasil ni? Bukan semua dokumen, ya, tuan-tuan dan puan-puan. TIGA jenis je pun:  -i- Afidavit;  -ii- Surat Akuan Berkanun (a.k.a Akuan Sumpah); atau -iii- Deklarasi/Pengakuan Bertulis.  Dengan syarat Afidavit, Surat Akuan Berkanun dan Deklarasi/Pengakuan Bertulis itu ditandatangani dan diangkat sumpah di hadapannya. 3- Cara mematikan setem, takde cop2 bulat bagai macam kat LHDN tu, ya... kena buat dua palang kat luar dan sebahagi

Adik Konvo Lagi

Image
Assalamu’alaikum. Hari terakhir Konvo UIAM kali ke-33 tahun 2017, Isnin 14hb November adalah hari yang sangat memenatkan, tapi berbaloi-baloi.. Alhamdulillah. Cuaca elok je dari sesi pagi sampailah sesi petang, tak macam konvo tahun lepas, hujan ribut kilat sabung-menyabung. Aku jadi wakil ibu-bapa, masuk dewan nak jaga hati adik punya pasal. Mak datang lepas solat Asar dengan yang lain, kalau tak dia akan restless selagi tak jumpa surau, dan buat semua orang stress. Aku sampai awal, sedang elok nak masuk waktu Zuhur.. siap suruh grab driver berenti depan pagar utama, malas nak melayan jalan jam dalam kereta, jalan kaki lagi bagus. Pergi cari surau kat Kulliyyah Engineering melilau2 macam orang sasau, akhirnya jumpa jugak. Dah tu baru jalan pergi masuk dewan, berbaju kurung kain sutera Terengganu yang umurnya lebih 5 tahun. Rasanya dekat 1000 graduan ada kot ambik ijazah LLB, sebelum sampai giliran budak2 LLB (Shariah) pulak, adoi mereput ler kakak awak kat dalam dewan ni, dik! Tapi ka

Set Sofa Untuk Dijual

Image
Assalamu'alaikum. Awal tahun 2016 aku ada post pasal sofa make-over kat SINI , kalau korang follow blog ni mesti pernah terbaca, masa tu masih belum masuk rumah baru. Sofa ni asalnya aku nak hantar balik kampung, alang-alang mak nak buat homestay, biarlah ada manfaat menda alah ni. Tapi memandangkan nak menghala ke Terengganu sana bukanlah dekat, lebih baik aku jual je sofa ni sekali dengan meja kopi, kot la ada yang berminat nak beli.      Kenapa tak simpan je, menda elok lagi, mungkin ada orang tanya macam tu, kan? Sebabnya, tak sesuai dengan deko rumah ni... dah pulak makan space, makin tambah kecik jadinya ruang family yang entah bila nak ada bajet untuk aku siapkan. Bila dah takde sofa dengan meja kayu ni, bolehlah aku start pelan-pelan ganti dengan apa menda yang patut dan perlu, supaya serasi dengan konsep semasa.  Dalam ketiga-tiga sofa ni, yang kat bawah ni aje ada orang duduk hari-hari, tempat adik bongsu aku study dan buat kerja, dari masa dia belum grad

Manic Monday

Image
Assalamu’alaikum. Aku pergi ofis pagi ni dah macam peluru berpandu, duk kena gesa dengan client dari hujung minggu yang tak menyempat-nyempat nak suruh hantar dokumen kat dia. Dah la aku tak sihat-sihat lagi sejak awal bulan aritu, bangun tidur lepas makan ubat semalam, tengok wassap dah bertubi-tubi masuk, memekik-mekik pada pandangan mata ni. Memang mendapat la, kan? Tapi aku sabar la, nak buat apa putuskan urat merih melayan orang yang tengah tension. Sampai je ofis, terus pastikan semua menda sempurna dan siap nak arrange penghantaran. Yang paling best, masuk ni dah berapa kali entah nak kena pinda, 3 kali hilang dan kali ni ada masalah bankrupsi pulak. Ikut mana pun, memang kerja aku cari penyelesaian, maka itulah yang aku buat. Seperti biasalah, kan... nak mengeluh pun dah nasib aku masuk dalam industri ini. Berkat breakfast yang agak berat, telur masak separuh dengan sekeping roti dan secawan air milo, aku berjaya menyempurnakan misi peluru berpandu dengan waktu yang masuk rekod

Hasil Tangkapan Jualan 11/11 Shopee

Image
Assalamu’alaikum. Sabtu lepas tarikhnya cantik, 11.11.17... bukan main hebat lagi peniaga duk buat promosi sempena tarikh 11/11 tu, padahal saja cari sebab kreatif nak naikkan jualan. Dah nama pun bisnes, kena la pandai cipta peluang, bukan semata-mata tunggu nak rebut peluang, nganga sampai lalat masuk dalam mulut. Macam aku pulak, takde la beriya terpanggil nak join membeli dan membelah dompet hanya kerana orang duk canang promosi 11/11. Cuma dah alang-alang selalu jenguk Lazada dan Shopee, aku saja cuba nasib nak tengok harga rak serbaguna kot la menarik harganya. Alhamdulillah, dah rezeki aku, memang ada promosi kat Shopee, sesuai dengan kehendak dan bajet. Itu je la pun yang aku rembat, benda-benda lain tak termasuk dalam keperluan buat masa sekarang.  Inilah dia bendanya, rak biasa je pun. Dah lama aku cari penyelesaian untuk menyimpan barang-barang dapur bersaiz gedabak, nak kasi lapang sket atas kaunter almari dapur. Bukan boleh mata aku ni pandang benda semak, rasa stress tak

Lazy Sunday

Image
Assalamu’alaikum. Semalam adalah hari minggu yang paling malas dalam hidupku, memang tak kuasa nak buat apa-apa rasanya. Siap boleh tidur dengan sengaja lagi pukul 3.30 petang, sah-sah buang tebiat. Dah la pagi bermula pada pukul 10, turun buat kopi dan teruskan usaha mencuba latte art. Ada la nampak peningkatan, kira berita gembira la jugak tu, kan?  Yang atas tu white coffee untuk adik bongsu dan kat bawah ni untuk aku. Froth jadi lebih elok sejak aku guna French Press, hangatkan dulu susu dalam microwave selama 1.30 minit. Kemudian, sila kepuk sampai dapat hasil yang lumayan.  Coffee Corner kat rumah ni dah jadi tempat khusus aku. Bibik buat tak jadi, takpe la bukan aku banyak keja pun, takde hal. Kat ofis aku jugak jadi barista, apa ada hal?  Sebenarnya aku nak pergi redeem coffee beans kat Starbucks, pakai memang dah presentable untuk keluar, tinggal sarung tudung je lagi. Tapi itulah, aku memilih untuk bermalas-malasan dan tidur dengan bangganya.  Lepas asar, layankan pre-convo p

Weekday vs Weekend

Image
Assalamu’alaikum. Korang perasan tak betapa lainnya cara kebanyakan daripada kita semua dressing masa hari bekerja dengan hari minggu? Especially bagi yang kerja bahagian pentadbiran, ataupun kat sektor kerajaan, ataupun cikgu. Aku dulu asal jumpa orang kat mana2 je dorang tanya, “kerja cikgu ke?” Hurmm... ye la, aku jenis suka pakai baju kurung, nampak macam cikgu gamaknya. Takde la aku kisah pun orang ingat macam tu, tapi tu cerita dulu. Cikgu zaman sekarang aku tengok dalam IG tu pergh... meletop! Kalau tak pakai kebaya, pakai kurung modern ropol-ropol macam retis, kau...! Huntong laaa student, hari2 mengadap cikgu fashionista.  Kawan-kawan aku ada gak yang berhenti jadi lawyer, tukar jadi cikgu. Haa, fashionista kebaboom, baq haaang...! Kalau aku jadi cikgu, rasanya aku kategori yang malap kot, dah tak reti pakai baju ropol-ropol... sejenis hashtag teambajutradisi dulu kini selamanya. Aih...!  Weekend korang mesti macam aku gak, santai je, kan? Kalau pakai lawa2 proper tu mesti ada