Cencaru Masak Taucu

Assalamu’alaikum. Hari ni terasa nak makan cencaru masak taucu, buat sendiri la baru kena dengan selera. Semua mayang dan hiris je, takde blend satu pun bahan-bahannya. Aku guna bawang besar 2 labu sebab saiznya tak cukup besar, 4 ulas bawang putih dan halia sebesar ibu jari. Tumis sekali dengan 4 tangkai cili kering sampai naik bau. Mula2 tu nak guna cili blend, tapi tengok ada lebih sambal nasi ayam semalam, aku guna yang tu je la, tambah dalam 1 sudu besar sos tomato. Taucu aku letak 2 sudu makan, penuh-penuh jangan kedekut, kalau nak kuah banyak la... kalau nak kuah sikit, jangan banyak sangat, karang masin pulak.



Air asam jawa semangkuk dan air ikut suka korang nak kuah banyak mana, macam aku suka kuah banyak. Ikan tu ada orang goreng separuh masak, bibik goreng masak betul2, aku biarkan aje. Cuma masa perap ikan tu aku campurkan garam, kunyit dengan paprika biar nampak lawa. Dah mendidih, masukkan la ikan tu kasi mesra-mesra dalam kuah. Siap.



Cencaru ni segar, best sangat makan tadi.. tercapai hasrat nak pekena taucu. Alhamdulillah...



Bibik tadi bagitau, rupa-rupanya dia dah berapa hari teringin nak makan ikan masak taucu. “Eh, sekali puan kata nak buat, seronok saya!” Hurmm... huntong la.. Allah makbulkan hasrat orang-orang yang banyak memudahkan kerja orang lain. Macam bibik ni, dia tak berkira buat kerja dan ikhlas betul menolong orang, dah la hari2 kasi kucing jiran tetangga makan. Kan berkat tu hidup dia...



Gitulah hidup ni, apa yang kita buat, satu hari akan datang balik dekat kita. Orang putih kata, ‘what goes around, comes around’ sebab dunia ni kan bulat, pi mai pi mai nak lari tang mana sangat, ye tak?

Okay la, terima kasih baca sampai habis. Kita jumpa lagi lain kali. Assalamu’alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Nasi Briyani Ayam, Ewant Pressure Cooker

Hari Selasa Yang Melelahkan