Posts

Showing posts from February, 2016

WW ~ Dayang-Dayang Dulang

Image
#kipidap #dongibap

~ Nai at Tak Pe Je.

Wanita Berselubung Sarung

Image
Assalamu'alaikum. Kalau korang tak suka tudung dan baju berbau dapur, kita gang. Pantang betul kalau dah lawa-lawa bersiap wangi segala, sekali diselimuti aroma dapur. Kira potong mood gitu. Minggu ni aku baru tergerak nak ambik batik sarung dan berselubung dengannya supaya masalah yang sama tak melanda diri ini.

Hari ni bibik tanya la apasal aku duk bersibai dengan kain batik segala. Bila dia tau sebabnya, mengilai pecah ketawanya. Aku senyum aje, dah bagi dia satu hiburan aku tumpang happy. Yang penting, perfume aku tak tenggelam dek bau yang tak menyenangkan. 
At least bergerak jugak kain batik dari lipatan, takde la memenuhi bangku simpanan je kebanyakan masa. Mudah-mudahan pindah rumah baru nanti dah takde masalah pengudaraan, jadi tak payah la berselubung dengan sarung lagi. 
Ok lah, terima kasih sudi baca. Selamat bekerja semula esok hari. Jaga diri, hiasi peribadi. Assalamu'alaikum.
~ Nai at Tak Pe Je.

After A While. Back In The Network.

Image
Assalamu'alaikum. It's been a while, yes.. Bagaikan sirih pulang ke gagang, aku kembali menghadiri majlis networking. Pilot project 2016 group peguam syarie perempuan semalam dimulakan dengan Majlis Ilmu tentang TPPA, memberi input dan informasi supaya kami lebih memahami apa sebenarnya Perjanjian Kontroversi tu, adakah seperti limau Mandarin ataupun mempelam Harum Manis. 

All ladies means all prettily dressed too. Ahaks. Aku rasa macam open house raya pulak, seronok dapat berkumpul macam tu. Bertempat di tingkat atas Tim's Teapot Terrace Cafe, Taman Melawati, dekorasi yang sangat cozy memang membuatkan kami semua selesa dan kurang panas walaupun mengadap isu panas panas panas luar biasa. 

Takde la aku nak borak pasal isu panas tu lebih-lebih, kan, saje la nak update blog dalam masa yang sama. 

Bahagian atas Tim's Teapot Terrace Cafe ni ada kedai langsir, dimiliki oleh tauke yang sama. Memang meletup koleksi yang depa ada, duit je tak berapa nak ada. Tapi melihat itu kan …

WW ~ The Groom's Team

Image
14th Feb 2016 Dewan Masjid Putra Bandar Baru Nilai
~ Nai at Tak Pe Je.

A Wedding To Remember

Image
Assalamu'alaikum. Semalam Valentine's Day kan? Aku masa zaman remaja dulu sambut jugak, biasalah baru nak naik. Dah banyak tahun 14hb Februari bagi aku hanyalah harijadi adik lelaki aku si Apih. Masa tetapkan tarikh nikah dia tahun lepas, dia mintak 13hb Feb tapi ayah mertua dia nak keesokannya, sebab hari Ahad lebih mudah keluarga nak datang katanya. Maka semalam kami semua seawal jam 8 pagi sudah berkonvoi ke Masjid Putra, Bandar Baru Nilai, lokasi majlis akad nikah dan kenduri. 

Lama betul Pak Imam berceramah sebelum menyerahkan majlis kepada wali mujbir pengantin perempuan. Apih kata kalau dengan Pak Imam dia berdebar nak berakad tapi kalau dengan ayah mertuanya dia takde hal. Pelik tapi benar, may be sebab Apih memang dari kecik sangat rapat dengan arwah ayah kami. Jadi dia relax je dengan father figure, aku rasa je la kan. Depa praktis dulu sekali dan dengan sekali lafaz, sahlah Apih bergelar seorang suami.

Lamanya dua pasangan ni berjuang untuk sampai ke sini, kami semua …

Air Laut Biru, I Love You.

Image
Assalamu'alaikum. Salam Juma'at semua, semoga sihat sejahtera hendaknya. Aku tengah tunggu peluh mengayuh basikal statik warna merah pujaan hati benar-benar kering sebelum menyegarkan badan dengan air suam. Jenuh jugak berdekah-dekah ketawa keseorangan lepas tengok video throwback kelas recorder kat instagram @faizdickievp. Ye, aku adalah #villagepeople yang tak sempat-sempat nak sokong brader faiz gi beli buku kat MPH. 
Anyways, aku saje la nak tayang gambar-gambar semalam hari Khamis yang super busy, pagi ke malam. Macam jugak hari ni, lepas subuh aku dah mengayuh basikal merahku dengan slow & steady.. Dapat 45 minit cukuplah, bisik hati kecil ini. Tapi dah terlajak sudah, tengok jam kat handphone dah jam 8.15 pagi. Menggelupur berkejar siap-siap nak ke Jalan Duta, dalam record time 8.40 pagi tayar kereta dah berpusing. Nak hair dryer blow perm bagai memang tak aaar! 

Selesai kat Jalan Duta, aku kena pantau projek ubahsuai rumah kejap dan berkejar masuk ofis macam lipas ku…

Masa Tak Menunggu Kita

Image
Assalamu'alaikum. Kejap je masa berlalu, sedar tak sedar anak pun dah besar. Aritu belek-belek album lama, mata jatuh kat gambar budak kecik tengah sengih dengan level kecomelan mintak dilempang. Automatik aku tersenyum dan hati diterpa 1001 rasa serentak, kacau kejap jiwa. Macamana la perasaan mak aku setiapkali pandang aku pagi-pagi masa aku salam peluk cium nak pergi kerja? Kadang-kadang dia pandang aku lama-lama, macam tak percaya anak dia dah kertu. Hidup ni memang satu kitaran biologi, perasaan yang sama bertukar ganti dengan watak dan peranan yang berbeza. Kita takkan mungkin pernah sunyi daripada mainan perasaan di dada waktu. Hakikatnya begitu..!

Aku sudah banyak kali tewas dalam perjuangan menambah zuriat. No more tears to shed. Aku dah redha, bukan putus asa, cuma tak nak mengharap. Kesian kat orang sekeliling yang sama-sama mengharap hanya untuk kecewa di hujung jalan. Apa yang tak aku lakukan untuk kekalkan kandungan? Takde, semua dah aku usaha. Tapi kalau dah Allah ka…

This Girl Has Been Cooking

Image
Assalamu'alaikum. Yes you heard it right, this girl has been cooking quite a bit these days. Aku demam lama betul baru ni, dua minggu back to back. Demam perasaan gitulah, mesti lama lain macam. Sebelum demam tu jenuh la duk pulun masak macam-macam menda kat rumah. Dah jadi macam Western Kitchen lebih kurang rumah aku. 
Dalam banyak-banyak yang aku masak tu, aku paling suka Cream of Mushroom Soup dan garlic bread. Pergh... Memang tersengih-sengih masa makan, macam tak percaya aku buat sendiri. Hehehe. Tak lama lepas tu aku pun demam, tak lalu makan langsung. Terbaring kena heat stroke, nak bangun angkat bumper sendiri pergi klinik pun tak mampu. 

Hari ni aku dah sihat, Alhamdulillah. Selera makan dah ada semula, dan aku turun lepas solat Maghrib masuk dapur, buat waffles. Nampak sket keadaan aku pakai batik sarung dalam gambar, masih dalam wudhu' kekdahnya. Heheheh. Aku panggil orang datang mengurut petang tadi lepas solat Asar. Mandi lambat sket la kan, kasi lama sket gap sebel…