Masa Tak Menunggu Kita

Assalamu'alaikum. Kejap je masa berlalu, sedar tak sedar anak pun dah besar. Aritu belek-belek album lama, mata jatuh kat gambar budak kecik tengah sengih dengan level kecomelan mintak dilempang. Automatik aku tersenyum dan hati diterpa 1001 rasa serentak, kacau kejap jiwa. Macamana la perasaan mak aku setiapkali pandang aku pagi-pagi masa aku salam peluk cium nak pergi kerja? Kadang-kadang dia pandang aku lama-lama, macam tak percaya anak dia dah kertu. Hidup ni memang satu kitaran biologi, perasaan yang sama bertukar ganti dengan watak dan peranan yang berbeza. Kita takkan mungkin pernah sunyi daripada mainan perasaan di dada waktu. Hakikatnya begitu..!


Aku sudah banyak kali tewas dalam perjuangan menambah zuriat. No more tears to shed. Aku dah redha, bukan putus asa, cuma tak nak mengharap. Kesian kat orang sekeliling yang sama-sama mengharap hanya untuk kecewa di hujung jalan. Apa yang tak aku lakukan untuk kekalkan kandungan? Takde, semua dah aku usaha. Tapi kalau dah Allah kata bukan rezeki, sampai bulan ketujuh pun kecundang juga. Jadi siapalah aku untuk melawan takdir dan suratan? 


Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Cuma tinggal lagi, aku punyai banyak sebab untuk bersyukur pada Tuhan. Alhamdulillah, terus saja fokus dan menghitung rahmat-Nya. Dia Maha Mengetahui segala yang nyata dan tersembunyi. Aku hanya insan yang tak punya apa, cuma mampu berusaha dan bersandar pada yang jelas kelihatan. Selebihnya, aku berserah...


Sekarang masa untuk kembali menguruskan berat badan, hidup perlu diteruskan. Tahun ni aku dah tekad nak fokus pada apa yang nyata dan pada kerjaya, Insya Allah. Cukuplah aku menangis, dah tak larat dah sungguh! Aku tunggu menantu dan cucu je la, apa lagi nak dikata?


Anak aku pun dah nak sama tinggi dengan mak dia, masa sangat mencemburui kita semua. Aku pun berapa lama sangat nak hidup kat dunia ni kan? Mudah-mudahan dapat terus berjasa kepada insan-insan yang tak pernah jemu menyayangiku. Bagi yang membenci, semoga Allah menenangkan hati kalian sebelum ajal menjemput. Kita tak hidup menongkat langit, ingat tu. 

Jaga diri, hiasi peribadi. Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.





Comments

  1. selalu fikir yang positif je nai, rezeki ko mungkin lain cara dah jalannya
    rezeki tu kan macam2, bukan anak dan harta benda aje

    alhamdulillah ada sorang dah, kalau nak dibandingkan dengan org lain
    syukur sgt2 kan
    moga panjang usia agar dpt jumpa cucu2, mana tau, berderet cucu ko nanti
    wahhhhhhhhh nenek vogue la masa tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah beb.. Kalau ikutkan hati, mati.
      Pk yang baik2 je la takat yg mampu.
      Mana tau kan aku ramai cucu kan? Ameeen.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Orang Malaya di Osaka : Kansai Trip

Teaser : Jejak Kansai Junior

Jubah Hitam dan Tudung Bawal Satin