Posts

Showing posts from June, 2018

Happier Without You

Image
You look happier, you do I knew one day you’d fall for someone new But if he breaks your heart like lovers do Just know that I’ll be waiting here for you.  Be happier, that’s the least I could ever hope for you. ~ Nai at Tak Pe Je.

3 Syawal 2018 Masehi ~ Nilai Kasihku

Image
Assalamu’alaikum. Dua minggu sebelum Syawal tiba, aku dah bagitau mak siap-siap supaya jangan duk paksa nak buat makan-makan bagai 1st day raya. Aku dan Salami adik aku beraya kat rumah mertua masing2, Apih pulak isterinya tengah jalani housemenship kat hospital, malam raya baru boleh gerak dari KL. Tempah sate je dengan anak sepupu mak, antara resipi sate paling sedap di dunia bagi kami sekeluarga. Raya ketiga kita buat open house, panggil semua anak-beranak datang makan ramai-ramai. Ok, settled. Semua orang relax dan aku boleh settle kan segala bagai urusan kat ofis dengan tenang. Cakap memang tak semudah melakukan, tapi tetap tidak mustahil untuk dilaksanakan. Mak diharamkan daripada mengangkat hatta sebiji senduk, aku tak kasi muka punya. “Mok gi tido gi, esok takut letih!” Dia pergi masuk bilik, kejap lagi datang ke dapur semula. Tak senang hati dia selagi tak siap semua benda. Dengan berapa kerat je orang kat rumah, kerja kami siap cuma ambik masa sampai pukul 4-5 pagi la, kan. S

2 Syawal 2018 Masehi ~ Biru Cintaku

Image
Assalamu’alaikum. Pagi2 buta aku buat entry ni, mata terjegil sebab pukul 10pm sengaja minum cappuccino secawan besar, menongkat mata nak tengok wayang dengan pakwe kat Pavilion. Kali ni kita cerita pasal Hari Raya Kedua pulak, sementara masih dalam mood raya.  Mak merajuk sebenarnya hari raya kedua tu, sebab aku takde pagi2 untuk menziarahi Tok Cik kat Paya Banir macam tahun-tahun sudah. Tapi iya la, batasannya aku seorang isteri, yang wajib taatkan suami. Aku tabahkan hati dan buat segala yang termampu untuk menjaga hati semua orang dan gunakan segala kemahiran memujuk yang ada pada diri. Takde la susah sangat, sebab bukannya aku tak balik langsung.. bezanya, aku sampai Temerloh jam 3pm lebih kurang, dan mak pun dah balik dari rumah Tok Cik. Lagipun, esoknya aku nak buat open house, panggil anak-beranak datang makan nasi Arab lauk kambing.  Aku tau mak sedih tapi dia kena kuat, sebab bukannya dia tak tahu hukum. Nak buat drama memang tak laku dengan aku sekarang, sebab aku lebih diva

1 Syawal 2018 Masehi ~ Hari Nan Merah

Image
Assalamu'alaikum. Kita masih dalam bulan Syawal dan rata-ratanya belum move on daripada mood raya, especially manusia di Lembah Kelang.. minggu ni dah start la majlis terbuka. Maka akan sendat lagi padat ler segenap pelosok lebuhraya dan jalanraya, sila bertabahlah, ya? Aku tahun ni subuh-subuh hari Rabu (12hb Jun) dah bergerak turun ke Pasar Borong Selayang, sebelum menuju ke rumah mertua. Suami macam biasa akan memenuhkan cooler box dalam bonet kereta dengan daging kambing, untuk dimasak sebagai juadah hari raya. Dah selesai di pasar barulah kami bersesak-sesak di jalan menuju Kuantan. Terbaik punya sesak, sejam dari tol Gombak belum bolos ke terowong, ko rasa? Hurmm... adat ler setahun sekali meredah traffic jam yang luar biasa hebat. Anak bujang tahun ni pilih warna merah, so berbaju merahlah kami tiga beranak pada 1 Syawal tahun 1439 Hijrah. Seram jugak nak pakai merah tanpa was-was, nasib baik la badan dah banyak mengecil. Itupun aku tempah kurung moden ala kebaya pendek d

WW ~ 90’s Sisters

Image
Vintage Mode Back to the 90’s! ~ Nai at Tak Pe Je.

Jeng Kreng Sungguh!

Image
Assalamu’alaikum. Sejak Sri Ternak (ST) Rosyam Mart memulakan bisnes, keadaan di Setiawangsa berubah sekelip mata. Manusia berbondong-bondong memenuhi segenap ruang parkir di sekitar kawasan, dan membanjiri hyper mart paling viral abad ini. Tertunggak setahun daripada jadual, Dato’ Rosyam Nor akhirnya menamatkan penantian warga sekeliling dengan penuh bergaya. Bukak 24 jam, tak pernahnya lengang aku tengok kedai ni, ya Allah... berapa la agaknya sales dorang satu hari? Satu fakta untuk dikongsi: kat hyper mart ni korang tak boleh pakai nipis2, dikhuatiri beku dek aircond yang kebaboom sejuk, terutamanya kat bahagian frozen food dan poultry. Kalau jenis takde hal dengan sejuk beku, ya silakan.. tapi aku tak boleh tahan weh, memang kena pakai sweater bagai. Azab la nak carik parking kat kawasan ofis sekarang ni, memang penuh dengan kereta pengunjung ST Rosyam Mart aje, jangan tak tau! Satu hari tu aku terpaksa park betul2 depan pintu masuk mini stadium Setiawangsa, itu pun dah 2, 3 kali

WW ~ Kejoraku Bersatu

Image
Assalamu’alaikum. Jadilah bintang itu, di hatiku. Yang paling terang, kejoraku. ~ Nai at Tak Pe Je.

Iftar Jamai’e ~ Setahun Sekali

Image
Assalamu’alaikum. Kami bertiga ni susah nak jumpa cukup korum, harapkan majlis persatuan je ler... sebab nak tunggu suami dengan anak masing2 ada sama, memang kena ada majlis macam ni: iftar jamai’e anjuran persatuan. Kali ni aku tak join satu meja sebab badan rasa seram sejuk, tak tahan nak duduk dalam aircond. Kena pulak aku dapat cuti Tuhan kasi, terawih pun tak berkesempatan ler bersama-sama. Makanya, tak sempat ler nak membawang secara jemaah macam biasa. Cuma dah hujung-hujung majlis, bila orang dah tutup aircond baru aku masuk duduk semeja. Takat gossip pasal beg Birkin dengan dengar depa sakit hati duit raya tak dapat je ler kan? Heheh.. ye la, dorang DG 48 kot... mana nak dapat tahun ni, kan? Aku ni takde apa nak komplen, sebab sejak azali memang takde DG apa2 pun... takat guna prepaid DG pernah ler dulu masa bujang, tu pun kejap je sebelum tukar pakai Celcom. Bonus ke duit raya ke increment ke happa pun tarak... sendiri mau, sendiri carik. Gitu kekdahnya. Rugi ler...!   Cuma