Jeng Kreng Sungguh!

Assalamu’alaikum. Sejak Sri Ternak (ST) Rosyam Mart memulakan bisnes, keadaan di Setiawangsa berubah sekelip mata. Manusia berbondong-bondong memenuhi segenap ruang parkir di sekitar kawasan, dan membanjiri hyper mart paling viral abad ini. Tertunggak setahun daripada jadual, Dato’ Rosyam Nor akhirnya menamatkan penantian warga sekeliling dengan penuh bergaya. Bukak 24 jam, tak pernahnya lengang aku tengok kedai ni, ya Allah... berapa la agaknya sales dorang satu hari?



Satu fakta untuk dikongsi: kat hyper mart ni korang tak boleh pakai nipis2, dikhuatiri beku dek aircond yang kebaboom sejuk, terutamanya kat bahagian frozen food dan poultry. Kalau jenis takde hal dengan sejuk beku, ya silakan.. tapi aku tak boleh tahan weh, memang kena pakai sweater bagai.



Azab la nak carik parking kat kawasan ofis sekarang ni, memang penuh dengan kereta pengunjung ST Rosyam Mart aje, jangan tak tau! Satu hari tu aku terpaksa park betul2 depan pintu masuk mini stadium Setiawangsa, itu pun dah 2, 3 kali pusing macam gasing. Macam satu kegilaan yang melampau kesesakan manusia memenuhi hyper mart. Kena pulak bulan puasa kan, sebelah malam orang balik terawih pakat duk pergi shopping barang2 rumah, dapur, bahan2 mentah, sayur, bawang, cabai dan segala2nya lah yang diperlukan dalam kehidupan seharian.



Kisahnya, jenuh la orang kena tukar bateri kereta dalam keadaan yang meriah bagaikan ada Sure Heboh ataupun Matta Fair. Bateriku bukan Baterimu ini sangat memudahkan kaum wanita sepertiku, ya kawan2 semua. Call aje bila perlukan bateri, dah selesai boleh transfer online bayarannya. Tunjuk resit dalam henfon kat dia, kunci bertukar tangan. Selamatlah korang daripada risiko enjin kereta mati tengah jalan.



Ini pulak satu hal lagi, dalam pada aku urgent nak keluar pergi jemput anak balik periksa, kereta ni baek punya double park tak tinggalkan nombor telefon dan siap tarik handbrake segala, ko rasa aku happy? Bingit kepala otak duk tekan hon berejam2 takde pun driver nya datang. Cuak gila aku. Ni mesti tengah syiok shopping barang kat ST Rosyam Mart sampai tak reti nak jenguk kereta ada sekat laluan orang ke tidak. 

Nasib baik la kereta sebelah keluar dan ada brader tolong aku jadi sentri kejap, jaga trafik. Memang terbaik la perangai manusia macam ni, fikir lepas kepala sendiri je. Termaki jugak aku tadi sepatah kata, nak maki banyak2 karang tengah posa. Lagipun aku takut sampai lambat je, kesian anak tunggu lama.. jadi tak sempat nak fokus marah ke bengang ke. Cuma, berombak rindu la hela nafasku tadi, Jebat! Ye la, mengarut sangat perangai, siapa tak marah?

Menda2 gini kalau silap haribulan boleh bikin darah naik, tau. Ya Allah... semoga kegilaan ini bukanlah bersifat kekal, jenuhlah kami nak bertenang sepanjang zaman. Kehadiran hyper mart ni bagus, Alhamdulillah... cuma lokasinya tak mampu nak mengatasi traffic flow yang melimpah-ruah. Diharapkan dengan berakhirnya Ramadan tak lama lagi, keadaan akan terkawal dan mulai reda. Insya Allah... ameeen!

~ Nai at Tak Pe Je.

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Nasi Briyani Ayam, Ewant Pressure Cooker

Hari Selasa Yang Melelahkan