Iftar Jamai’e ~ Setahun Sekali

Assalamu’alaikum. Kami bertiga ni susah nak jumpa cukup korum, harapkan majlis persatuan je ler... sebab nak tunggu suami dengan anak masing2 ada sama, memang kena ada majlis macam ni: iftar jamai’e anjuran persatuan. Kali ni aku tak join satu meja sebab badan rasa seram sejuk, tak tahan nak duduk dalam aircond. Kena pulak aku dapat cuti Tuhan kasi, terawih pun tak berkesempatan ler bersama-sama.



Makanya, tak sempat ler nak membawang secara jemaah macam biasa. Cuma dah hujung-hujung majlis, bila orang dah tutup aircond baru aku masuk duduk semeja. Takat gossip pasal beg Birkin dengan dengar depa sakit hati duit raya tak dapat je ler kan? Heheh.. ye la, dorang DG 48 kot... mana nak dapat tahun ni, kan?



Aku ni takde apa nak komplen, sebab sejak azali memang takde DG apa2 pun... takat guna prepaid DG pernah ler dulu masa bujang, tu pun kejap je sebelum tukar pakai Celcom. Bonus ke duit raya ke increment ke happa pun tarak... sendiri mau, sendiri carik. Gitu kekdahnya. Rugi ler...! 

 Cuma ye lah, inikan Malaysia Baru, kena biasakan la terima mana yang baik, sempadankan mana yang kurang. Tak gitu? Kalau tak, mungkin ada yang tak pernah nampak kebaikan kerajaan lama. Dan dalam masa yang sama, kerajaan lama takkan nampak kesalahan mereka kalau tak jadi macam ni. Lagipun, cuba belajar bersyukur dengan nikmat yang berada di hadapan mata, jangan duk sibuk komplen apa yang takde. Contoh, GST kan dah pada kadar sifar. Syukur sangat2 Alhamdulillah... cuma, ye lah, bila tiba masanya nanti, kadar sifar itu tak mustahil akan bergerak kepada 1, 2, 3 atau mana-mana angka yang suaimanfaat la kan? Sebab ikut mana pun, GST memang perlu pun bila tiba masa yang sesuai. Sementara itu, kita syukuri nikmat kadar sifar ini, Alhamdulillah.

Bagi aku, semua ni perancangan Ilahi, yang Maha Mengetahui segala sesuatu. Dia yang Memberi kuasa kepada sesiapa yang diingini-Nya dan menariknya kembali pada bila-bila masa. Jadi, sesiapa sahaja yang mendapat mandat untuk menjadi kerajaan, memang wajib jalankan tanggungjawab itu dengan penuh amanah. Bukan sibuk nak mengembungkan tembolok sendiri je sampai 7 keturunan. 



Anyways , antara kami bertiga, aku je yang bukan cikgu. Tapi takde hal, kami get along well, boleh je aku masuk dengan sesiapa sahaja dalam dunia ni. Bagi dorang, aku loyar yang tak sombong dan sempoi, sebab tu boleh jadi gang. Bagi aku pulak, dorang best sebab terima aku apa adanya. Haa... nampak tak jodoh pertemuan kat situ? Perasaan kasih dan sayang ni kena mutual ya, kawan-kawan... senang je tak payah kasi rasuah apa bagai.



Malam tu hala nak pergi dengan balik iftar jamai’e tu kami kena hujan, tak bawak payung macam biasa. Sudahnya, anak bertuah aku demam sampai 40 darjah Celcius suhu badan. Kena cuti puasa la sehari, biar cepat baik makan ubat bagai. Minggu depan dah nak periksa pertengahan tahun. Mummy pun demam jugak, tapi selesema je, telan ubat masa sahur dah settle masalah. 

Kita dah tinggal dua minggu lagi nak raya, kan? Semoga dipermudahkan segala urusan dan diberkati segala ibadah sepanjang Ramadan kali ini buat kita semua, Insya Allah. Ameeen...

~ Nai at Tak Pe Je.

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan