3 Syawal 2018 Masehi ~ Nilai Kasihku

Assalamu’alaikum. Dua minggu sebelum Syawal tiba, aku dah bagitau mak siap-siap supaya jangan duk paksa nak buat makan-makan bagai 1st day raya. Aku dan Salami adik aku beraya kat rumah mertua masing2, Apih pulak isterinya tengah jalani housemenship kat hospital, malam raya baru boleh gerak dari KL. Tempah sate je dengan anak sepupu mak, antara resipi sate paling sedap di dunia bagi kami sekeluarga. Raya ketiga kita buat open house, panggil semua anak-beranak datang makan ramai-ramai. Ok, settled. Semua orang relax dan aku boleh settle kan segala bagai urusan kat ofis dengan tenang.



Cakap memang tak semudah melakukan, tapi tetap tidak mustahil untuk dilaksanakan. Mak diharamkan daripada mengangkat hatta sebiji senduk, aku tak kasi muka punya. “Mok gi tido gi, esok takut letih!” Dia pergi masuk bilik, kejap lagi datang ke dapur semula. Tak senang hati dia selagi tak siap semua benda. Dengan berapa kerat je orang kat rumah, kerja kami siap cuma ambik masa sampai pukul 4-5 pagi la, kan. Semuanya berjaya dijadikan kenyataan, Alhamdulillah. 15kg daging kambing siap digulai, 8 ekor ayam siap dimasak pedas, acar timun campur lobak merah walaupun tak jumpa alat sepatutnya berjaya disediakan, 15kg beras Basmathi cantik dimasak, hanya dengan kerjasama 2 lelaki dan 3 perempuan.



Kami sebagai tenaga di belakang tabir amat gembira dan berbesar hati tengok orang makan bertambah-tambah. Bibik memang pandai masak untuk kenduri, dialah star of the show. Malam raya pertama di rumah mertua pun dia jugak yang membanting tulang, dibantu adik2 ipar. Malam raya ketiga di Temerloh pulak. Lepas ni nak kena consider tempah catering la kot at least kat Temerloh, kesian tengok bibik kena kerja kuat di dua tempat. Masa pak mertua aku datang, dia kata pengsan jugak la bibik tu karang. Aku kata, takpe.. bukan bibik buat kerja sorang-sorang, kami semua bantu. Tapi aku jadi tak sedap hati, biarlah cari alternatif lain tak nak bagi bibik overwork. 



Yang paling banyak kudrat, dialah. Bibikku Superhero, mutant ninja. 



Bibik semangat nak bergambar, baju raya dia yang glamour tu jenuh digebang kat semua family di Indonesia dan seluruh neighbourhood di Setiawangsa. Bangga sangat mem kasi peplum letops. Aku layankan aje... asal dia gembira. Siap buat profile picture kot gambar dia dengan Ida. Seronok sangat dapat peplum macam retis, hari tu dia tunjuk gambar peplum Siti Nordiana pakai, nak suruh tempah fesyen gitu. Akhirnya aku jumpa yang lebih kurang style gitu kat Wangsa Walk, bawak balik tu dia punya melompat kalah budak-budak!



Penat toksah cerita la, kan.. tapi bergambar tetap sakan. Dengan muka dan mata layu pun jadi! Anak bujang kebosanan, kesian dia kawan-kawan semua takde, turn beraya dengan keuarga sebelah sana.



Nasib ler jadi anak tunggal, Azieq..!


Baju ni salah satu daripada favorite aku, warna dan kainnya sangat lembut, terasa begitu ayu sepanjang hari. Hahahah. Dok kata gitu, nok kata guana lagi, dok? Oh ya, air masak tetap kena cukup, maklum ler macam-macam makanan masuk perut. Karang naik mendadak lepas raya nak marah kat siapa, kan?



Kawan suami aku ada orang kawasan yang sama waktu dengan Temerloh. Kebetulan giliran raya kat sini, aku wassap la ajak datang open house kami. Dua2 tu sama matrikulasi Akademi Islam di Kelantan dulu, kawan-kawan sampai grad UM di KL. Jadi kawan aku jugak, especially Abg Ikram yang jual cincin permata favorite aku. 



Gathering ni kebanyakannya kalau dirancang, payah nak jadi tapi kalau impromptu macam gini elok pulak jadi! Misteri yang dinamakan suratan atau kebetulan nan indah. 



Dari Kulim ke Temerloh, jenuh aku ajak depa cari port yang nampak vintage dan village, sibbaik ada rumah sewa lama tinggalan arwah atok yang masih mengekalkan papan asal. Terus dapat background kampung, seronok! 



Gambar dengan family takde, aku sibuk mandi dan melawa masa dorang pakat datang serentak.  Takpe la, janji semua dapat makan dengan sempurna, takde gambar pun takpe la. Semoga dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki untuk mengadakan rumah terbuka sebegini lagi pada kesempatan yang lain pula. Insya Allah. Dan semoga arwah ayah, atok, nenek, moyang dan seluruh waris keturunan kami turut mendapat berkat dan pahalanya di alam barzakh sana. Ameen. 

~ Nai at Tak Pe Je.


Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Harga Baru Perkhidmatan Pesuruhjaya Sumpah

Nasi Briyani Ayam, Ewant Pressure Cooker