Posts

Showing posts from June, 2015

WW ~ That Pink Lil' Things O'Mine

Image
Label : Wordless Wednesday ~ Pink Nai at Tak Pe Je. 

No Mirror No Cry, Avani Sepang Gold Coast Resort

Image
Assalamu'alaikum. Pernah tak korang nak pakai tudung tapi takde cermin? Ataupun lebih suka guna kamera dalam telefon? Tapi macamana pulak kalau takde cermin dan telefon korang tengah charge? Takde masalah... Sila gunakan sebiji mug dan letakkan telefon korang dalam tu, bolehlah guna kamera seperti biasa. Heheheh. Menda ni jadi lebih kurang 2 minggu lepas masa cuti sekolah. Bawak anak jalan-jalan habiskan baki cuti penggal sekolah kat Sepang. Cermin gedabak ada dalam tandas tapi ada orang tengah guna tandas, aku terdesak nak carik cermin maka itulah jadinya.  Kat luar bilik ada cermin, tapi masalahnya jiran tetangga di sekeliling suka lepak kat balkoni. Defeat the purpose la kalau aku nak pakai tudung tapi orang sebelah nampak tengkuk dan leher sementara aktiviti membetulkan tudung berlaku.  Aku suka sangat-sangat tempat ni, cantik baq haaaangg...! Damai lagi mendamaikan, sesuai betul untuk merehatkan minda dari hiruk pikuk keriuhan kota metropolitan kek

Coretan Awal Ramadan

Image
Assalamu'alaikum. Ramadan kali ni aku memang betul-betul hands-on dalam menentukan menu iftar dan jugak sahur, seperti selayaknya. Tahun-tahun sudah pun macam tu jugak tapi tahun ni lebih bersifat diktator gitu. Hehheh. Bukan apa, penat nak layan Bibik buat drama air mata macam tahun lepas, tertekan emosi bagai sebab tak tahu nak masak apa yang boleh menepati citarasa laki aku. Tahun lepas aku ditakdirkan jatuh sakit sejak minggu kedua puasa, maka banyak benda yang tak mampu aku uruskan. Jadi setakat ni aku memang jadi supervisor dari menu utama sampai la kepada kuih-muih iringan. Yang pasti, semua orang lebih ceria dan urusan pun lebih mudah dikendalikan. Even mak aku nampak happy dan masuk dapur sekali. Mudah-mudahan kekal sampai ke akhir Ramadan, Insya Allah. Apa saja la kau, bibik... Layankan aje, janji bahagia. Sorry aku tak de ambik gambar juadah iftar mahupun sahur, ini pun aku beriya ambik gambar dan video hari kedua puasa masa mula-mula nak try portab

Ramadan Kareem : Selamat Datang Ramadan 2015 Hijrah

Image
Assalamu'alaikum. Selamat menyambut Ramadan al-Mubarak yang menyucikan jiwa dan membersihkan toxic. Semoga Ramadan kali ini lebih membawa erti dan bertambah baik daripada tahun-tahun yang sudah.  Maafkanlah segala salah dan silapku baik yang disedari mahupun tidak. Salah dan silap kalian, jika ikhlas memohon, aku maafkan. ^_^ Hidup ini terlalu singkat untuk kekal bermusuhan. Marilah berkasih sayang kerana Allah.  ~ Nai at Tak Pe Je.

Cinta. Kasih. Memori.

Image
Gambar adalah bahasa bisu yang paling kuat suaranya.  Gamat dan kadangkala bingit dengan emosi.  Lokasi: Shibuya Scramble Crossing, Tokyo. Dan kepingan-kepingan gambar ini berteriak rasa kasih dari dua hati yang diabadikan dan satu hati yang mengabadikan kenangan itu.  Cinta akan pudar. Kasih tetap mekar. Memori kekal abadi. Segar dan mewangi. Selama-lamanya.  ~ Nai at Tak Pe Je. 

Kejoraku Bersatu

Image
Assalamu'alaikum. Dah lama aku tak baca novel, itu satu. Baca sampai habis tak mengelat langkah mukasurat, itu lagi satu. Dan apa yang lebih manis selain daripada memecahkan rekod peribadi dengan sentuhan magis Danielle Steel setelah sekian lama lembaran itu ditinggalkan? Amek kau ayat bombastik terus kat situ.  Aku dapat novel Until The End of Time ni daripada sorang client yang selalu ingat kat aku pergi mana-mana, hatta pergi pesta buku sekalipun. Dia kat pesta buku mana ntah satu hari tu, whatsapp tanya aku suka buku apa. Well, aku kata takde anything in particular. Jujur seperti biasa, hahahah. Dia insist jugak, aku bagitau la dulu zaman muda-mudi aku obsessed dengan karya-karya Danielle Steel. Dengan baik hatinya dia 'happened to be in the neighbourhood' dan drop pemberiannya kat ofis, masa tu aku kat luar jumpa orang. Dua minggu jugak la baru aku masuk ofis lepas tu dan dapat jumpa novel dan sekeping DVD cerita Cinderella. Wait, hurmm.. Ok, yang tu aku tak paham

WW ~ Selfie Caught Red Handed

Image
"It wasn't me" ~ Nai at Tak Pe Je.