Posts

Showing posts from January, 2018

Kebaya Saree Pink Untuk Menewaskan Monday Blues

Image
Assalamu’alaikum. Monday Blues? Mana ada, dah tukar jadi warna pink dengan jayanya. Berkebaya saree kita hari ni, jangan marah... ambik mood raya awal sket. Sejak dah hilang inci ni, lain betul cutting bila pakai kebaya. Dah terbiasa kecik pinggang ke atas dan lebar ke bawah separuh umur, mula2 dulu rasa pelik yang amat. Sekarang ni lemak banyak berkumpul di abdomen, logik la makan aje kerjanya. Selera pulak jarang nak lemau, otak asyik ligat berfikir nak makan apa breakfast, lunch, tea, dinner. Maka tak hairanlah kalau HQ lemak duk bertapak di abdomen, kan? Pengambilan air suam masih diteruskan seperti biasa, cuma kebanyakan masa tak sampai 3L, takat 2.5L sehari, sesuai dengan berat semasa. Duk turun naik selang seli antara 59 dengan 60 kg, tengok keadaan makan gila tahap mana. Aku tak nak kurang daripada 59kg sebab nanti nampak cengkung macam hidup terseksa. Badan aku sesuai takat 59kg minimum dan 60kg maksimum. Kurang ataupun lebih daripada dua skala tu, tak elok. Kalau lebih sket j

Ipar Duai bukan Dua Lipa

Image
Assalamu’alaikum. Semalam aku pergi Aeon Mall bawak kereta masuk Cars, buat polish sebab dah tak nampak rupa putih. Maklumlah sejak beli kat bonda lebih 5 tahun lepas, tak pernah langsung hantar polish. RM160 harganya termasuk cuci dan vakum, pejam mata je la.. daripada makin nazak tak terurus nanti.  Sementara menunggu kereta siap jam 5.30pm, aku lepak kat Starbucks makan mini sausages yang terlebih topping pulak kali ni.. staff baru nampaknya, tak familiar pun muka. Kalau staff lama dah tau aku suka yang macamana, takpe la masih boleh telan walaupun muak. Lama sangat menunggu kereta, aku wassap ajak adik-adik ipar si Nurul dgn Yana datang join, lepak minum kopi.  Sekali rencana diubah, tak jadi ambik kereta jam 5.30pm sebab aku ajak dorang gi beli inner ninja kat pasar malam depan Aeon. Lama yang amat tak jejak kaki ke pasar malam, biasanya pergi pasar tani je kat tapak yang sama. Menyesal jugak tak pergi pagi-pagi semalam, dah terpaksa bayar lebih untuk benda yang sama. Inner kat pa

Satin, Sifon & Batik

Image
Assalamu’alaikum. Aku dah lama beli fishtail blouse dari Poplook warna pudina ni, selalunya pakai dengan skirt buat pergi kerja. Tapi minggu lepas tukar selera sket, gayakan dengan kain batik Jawa pulak. Nak cari tudung yang masuk dengan kombinasi dua alam penuh berbeza tu, aku rojakkan lagi dengan memilih satin shawl. Sekali stongan warna maroon, memang suka hati je buat color-blocking!  Sekarang ni cuaca dah makin kembali normal, takde nak pakai tebal-tebal macam aritu. Cari je pakaian yang sesuai dengan iklim Khatulistiwa kita ni, senang nak elak daripada bau badan dek peluh segala jantina, bukan setakat peluh jantan.  Satin, sifon dan batik (cotton) adalah jawapannya... tak perlu pergi jauh-jauh. Elok sangat kombinasi tiga jenis fabrik ni untuk dikenakan sepanjang hari bekerja di dalam mahupun di luar pejabat. Nyaman lagi menyamankan. Ini gambar 3 tahun lepas dengan baju yang sama, style berbeza. Jauh lebih selesa kombinasi satin, sifon & batik! ~ Nai at Tak Pe Je.

WW ~ Laced Kurung for Wedding Reception

Image
Forever relevant. ~Nai at Tak Pe Je.

Gaya Menghala Waktu Pulang

Image
Assalamu’alaikum. Biasalah perempuan, pagi-pagi datang ofis melawa dari hujung kepala sampai hujung kaki, ye tak? Lepas solat zuhur pun masih gigih touch up dan kekalkan penampilan menarik tertarik kau memang da bomb... tapi datang je waktu asar, graf mulai merudum bak indeks longlai di BSKL. Ok, aku la tu... korang tak kot, sejenis konsisten lawa sampai ke akhir rancangan. Huntong laa... Aku ni lebih-lebih lagi kalau dah memang takde kerja ataupun appointment segala, kebanyakan masanya tak beriya nak touch up bagai selepas solat asar. Tunggu masa nak balik rumah je, minum petang dan mandi-manda menunggu solat Maghrib. Malam kalau takde agenda apa-apa dengan pakwe, anak ataupun sesiapa, lebih selesa berpakaian santai selayaknya tanpa ada non-mahram kat rumah.. Ye la, hijabis nak bukak aurat kat mana lagi kalau bukan kat rumah, kan? Aku ditakdirkan tak berapa ada masalah dengan kulit muka, sejak dari zaman remaja sampailah sekarang jadi remaja purba ni. Tapi itu tak bermakna

OOTD Post : Blouse Ala Kurung

Image
Assalamu’alaikum. Baju ni aku tempah kat Vietnam dekat 3 tahun lepas, suruh tiru design blouse labuh Zara. Akhirnya dah nampak macam kurung modern, jodoh pulak dengan batik sarung dari Jakarta. Shawl warna biji kundang pelengkap gaya, selesa dipakai pagi ke petang. Bukan susah sangat nak nampak sopan ke pejabat, betul tak? Cuma tinggal lagi, korang lebih cenderung hala ke mana.. tepuk dada, tanya selera. Kalau baya-baya aku ni, pakai style ni dah kira lepas piawaian la, ko rasa?  ~ Nai @ Tak Pe Je.

WW ~ Life Is A Journey To Perform

Image
Do It Well. ~ Nai at Tak Pe Je.

Sunquick Tumpah & Kasih Yang Melimpah

Image
Assalamu'alaikum. Semalam sejuk betul seharian, masa turun hantar anak teruna ke sekolah cuaca 22 darjah calcius... siap berkabus bagai bukit bukau menghala Gombak sepanjang DUKE Highway. Bila dah sejuk macam ni, kena la pakai tebal-tebal ataupun banyak lapis. Jubah oren yang jarang-jarang sekali aku pakai dah keluar dari oven semula, siap layer dengan inner dress paras lutut dan stongan. Tu kira untung dah kita kat Malaysia kena pakai gitu je, tak payah ada long john segala bagai kat dalam macam orang-orang di negara sejuk sana.    Sebelah petang pergi jemput anak macam biasa, seronok tengok dia pakai blazer hitam hari-hari sekarang ni.. nampak smart dan bergaya budak bertuah tu. Memandangkan dia pakai hari-hari, confirm cepat lunyai blazer tu karang. Nak try order kat Shopee ataupun Lazada mana-mana koleksi Korean blazer masih tak berani, dikhuatiri terlebih/terkurang besar pulak saiznya nanti. Beli kat Padini lagi ke? Hurmm... dilema betul.  Cuaca sejuk kita ni

Bakso Fusion Berkaki Ayam

Image
Assalamu’alaikum. Semalam tak pergi pasar tani, layankan tidur lepas subuh. Tapi bibik ambik inisiatif naik basikal pergi sendiri.. beli ayam 3 ekor dan susu kambing untuk mak. Okay la tu, katanya dia guna duit baki yang aku bagi untuk beli fresh milk malam sebelumnya. Gigih dia bantu mana yang patut, Alhamdulillah aku sangat2 bersyukur pada Allah dan berterima kasih padanya.  Lepas asar aku ajak dia ikut pergi Aeon Mall, nak pergi beli Colo Cleanse kat Cosway dan restok barang2 dapur, terutamanya bahan2 untuk buat bakso. Jenuh tawaf bahagian cold storage cari bakso meatball tapi entahlah habis ke discontinued, takde di mana2. Akhirnya aku beli je meatball lain sekali dengan pakej steamboat.  Hasilnya, dinner kami adalah bakso fusion... bibik siap letak kaki ayam lagi, ko rasa? Tapi sebab dia tau aku kurang gemar, dia asingkan kaki ayam tu dalam bekas lain. Yang kat dalam gambar kat atas tu sebenarnya Ida punya, aku macam biasalah mana sibuk nak ambik gambar makanan. Ni ha dia guna han

Jumaat Yang Basah

Image
Assalamu’alaikum. Minggu kedua tahun baru dengan rasminya dah berlalu pergi, kejap je. Jumaat memang hari yang sangat singkat, terkejar-kejar pun ada jugak. Aku sampai ofis pun dah jam 10 lebih, ada berapa jam je sebelum turun ambik anak lunchtime. Hujan tak berhenti dari awal pagi, dah seminggu macam ni cuaca. Nasib baik tak lebat sepanjang hari, kalau tidak mau tenggelam Lembah Kelang. Hari ni aku pakai warna lembut, secara tak langsung mempengaruhi pembawaan jiwa. Pasang OST Winter Sonata dan orang datang nak jumpa Pesuruhjaya Sumpah terikut-ikut bercakap dengan nada bass no treble. Gitieww... Aku turun ke Gombak dalam jam 1.15pm lebih kurang, saja bawak pelan2 ikut MRR2 tak nak kasi cepat sangat sampai. Pagi masa hantar anak pun lalu ikut MRR2 sejak tiga empat hari ni, dan hampir setiap hari ada accident. Siap ada kereta terbalik dan lori terbakar, pergh... sungguh tragis! Terkebil-kebil aku tengok api yang marak dan asap hitam berkepuk-kepuk tepi jalan, macam dalam movie pulak.  A

Batik Sutera & Mutiara

Image
Assalamu’alaikum. Semalam aku tetiba je rasa nak pakai rantai mutiara yang dah berzaman tergantung sepi dalam almari, jodoh dengan kurung moden batik sutera. Duk ofis je, keluar pun gi jemput anak balik sekolah. Ye la, nak tunggu sakan2 bergaya ke majlis yang sesuai entah berapa kali je wujud. Jadi, tak payah la ada occasion beriya bagai... pakai je masa terasa nak bergaya lebih daripada biasa. Anak sedara aku si Athiyya ada datang ofis, nasib baik aku tengah free takde menda nak buat. Jenuh gak nak melayan dia ambik gambar dengan payung. Kebetulan memang aku letak payung tu kat luar bilik, dapat kat dia terus jadi prop. Macam-macam gaya dia bergambar, huntong laaa...! Lepas ambik anak balik sekolah petang tu, bawak dia pergi ofis. Aku biarkan dia buat homework Pendidikan Agama Islam kat meja dan main game lepas siap. Sebelum 6pm balik rumah la, berehat pulak. Hujan sepanjang hari sejak dua tiga menjak ni, memang kena kelek payung ke sana ke mari. Karang demam pulak susah, kan?  Lama b

Mintak Kopi, Dapat Nyawa. Mintak Hati, Dapat Naya?

Image
Assalamu’alaikum. Banyak sangat menda nak fikir gamaknya, minggu ni susah sangat nak lena tidur malam. Maka bangun pagi rasa lemau dan diserang kantuk yang melampau di ofis. Terpaksa mintak nyawa la kan, apa lagi? Dalam jam 11 gitu mata macam dah kena tongkat dengan mancis, mana boleh jadi! Ke pantry ler kita, moh! Mesin kopi aku dah pindahkan semula ke tempat asal yang aku letak mula-mula bawak dari rumah. Sebabnya adik aku dah masuk 3 bulan kongsi tapak bisnes kat ofis ni, buat audit advisory bagai. Jadi, ruang yang aku gunakan untuk buat coffee corner terpaksa dikorbankan nak bagi ruang kepada keselesaan dia bekerja. Ye la, baru nak mula bisnes mana la mampu sewa ofis dan beli segala kelengkapan. Kakak ni bantu la mana yang mampu, nak bagi modal takde... bagi kongsi tapak je ler. Job ada masuk, Alhamdulillah... cuma belum sampai waktu dapat payment. Ada la tu nanti rezeki dia dengan partners, Insya Allah.  Aku susun apa yang patut kat pantry ofis tu, tapi tak sempat nak buat betul2

Ayam Tandoori Berasap, Ada Bran?

Image
Assalamu’alaikum. Lama betul entry ni terperap dalam draft department, dekat nak setahun kot. Tadi masa nak delete draft, rasa baik update dan upload je, so here goes something. Aku ada tengok kat you.tube satu hari tu macamana orang perasapkan ayam tandoori dengan arang. Kira macam trick nak bagi rasa original dibakar guna dapur arang, gitu la lebih kurang. Aku pun try la buat, memang confirm sedap dan authentic lain macam rasanya.  Kita perap ayam dengan bahan-bahan nak buat tandoori macam biasa, boleh masukkan dalam microwave ataupun oven kalau ada. Kalau takde, panggang guna kuali biasa pun takpe, jadi jugak. Lepas tu, kita letakkan ayam yang dah siap dipanggang tadi ke dalam bekas yang agak dalam. Masukkan sekali satu bekas asing, diisi dengan arang yang dibakar. Kemudian, tutup bekas tu biar asap meresap masuk ke dalam ayam tanpa sebarang halangan. Tunggu kejap sebelum bukak penutup tu, sila awasi tangan anda jangan kasi melepuh pulak.  Bukan setakat rasanya lain

WW ~ Pipi Pau Semulajadi

Image
June : A Million Years Ago. ~ Nai at Tak Pe Je.

Monochrome Tuesday

Image
Assalamu’alaikum. Pagi2 lagi dah bersiap siaga nak ke ofis, tapi hujan lebat betul membasahi bumi Lembah Kelang. Malas nak tempias walaupun berpayung turun dari kereta, aku tunggu kejap biar reda sikit. Dah pukul 10 lebih baru gerak keluar, at least logik la jugak berpayung dalam gerimis.  Dah lama tak pakai pashmina, rindu pulak rasanya. Temanya hitam putih pulak tu dari hujung kepala sampai hujung kaki. Automatik nampak slim, haa... jangan marah!  Hari ni segala-galanya bergerak sangat perlahan, lembab macam cuaca dan udara kat luar sana. Beku la jugak kepala ni, bosannya hidup kalau tak boleh solat... terasa ada kekosongan yang luar biasa mencengkam diri. Nasib baik la dah hujung-hujung dan jenis tak lebih daripada seminggu. Kalau jadi macam orang yang paling sekejap 10 hari tak tau la apa nak buat... Saat-saat genting ni kopi memang boleh membantu, jadi meh kita minum segelas besar. Yang paling penting, jangan pernah lupa untuk tetap bertenang dan tersenyum. Sekurang-kurangnya dapa

Denim & Blazer

Image
Assalamu’alaikum. Tahun ni keluar pekeliling baru mengharamkan pemakaian sweater kat sekolah anak teruna. Setiap hari Isnin masa assembly pulak wajib pakai blazer kaler hitam. Nak pakai hari2 pun takpe ganti sweater, begitu kekdahnya. Sebab short notice sangat, tak sempat ler daddy dia nak tempah. Nak ke Vietnam sana lagi la kelakar, tiket belon pulang pergi campur upah blazer memang la tak praktikal langsung nak buat! Nak tak nak, kena ikhtiar cari yang ready made kat mana2 mall. Masa pergi makan dim sum kat Avenue K dah try cari kat H&M takde saiz. Hari ni Daddy outstation, balik next week dah hari2 ada bicara kat court, maka mummy teruskan misi mencari blazer hitam dengan penuh harapan. Kami berdenim la hujung minggu, apa lagi? Adik bongsu janji nak belanja kat Starbucks dari minggu lepas, ada menda nak borak dengan kakak katanya. Alang-alang nak keluar, aku ajak dia teman cari blazer anak sedara kejap sebelum lepak borak2. Singgah kat Padini, tengok saiz XS untuk lelaki masih b

Pembalut Buku Teks Old School

Image
Assalamu’alaikum. Dari zaman sekolah rendah aku duk balut buku teks, mak tunjuk sekali je cara buat. Anak perempuan kan, memang biasanya gitu... mak akan ajar berdikari. Bila dah ada anak, sorang pulak tu, aku tak pernah suruh dia balut buku sendiri. Bukannya tak nak ajar dia berdikari, cuma rasa ‘macam la ramai sangat anak nak lepas tangan’. Banyak sebenarnya aku dah buat salah, tapi ye la.. masa tak boleh diundur. Beberapa tahun ni dah ada keluar pembalut buku instant kan? Haa.. memang bergembira la para ibu-bapa dan pelajar, senang kerja membalut ni semua. Tinggal lagi tak semua saiz buku sesuai, mana2 yang kecik tu jenuh kena trim dan yang besar pulak tak muat. Akhirnya tahun ni aku ambik keputusan nak beli plastik pembalut old school. Dah masuk Form 2 baru aku suruh anak teruna balut buku sendiri. Terkejut dia, ingatkan yang instant katanya.. confident jugak boleh buat, sekali tengok kena DIY dari awal kejadian. Dia wassap masa aku kat ofis, “Azieq tunggu mummy balik la...” Hurmm.

Char Kuey Teow : Misi Terlaksana

Image
Assalamu’alaikum. Semalam aku pakai simple je pergi ofis, kira ala-ala smart casual gitu. T-shirt hitam kat dalam labuh paras bumper, dijodohkan dengan kemeja rasmi ofis, denim skirt dan cotton shawl hitam. Lemau je rasa badan, maklum la hari pertama period. Nasib baiklah kerja2 urgent dah reda, boleh la berehat sikit kat ofis. Turun gi sekolah anak pun awal, 12.30pm tayar kereta dah berpusing menuju Gombak. Ingatkan jalan jam, rupa-rupanya lengang la pulak, dah sampai awal sangat... mereput ler tunggu sampai anak bertuah selesai solat Jumaat. Lapar toksah cerita la, menyesal tak makan tengahari dulu sebelum turun. Bila anak dah sampai kat kereta, aku suruh dia pergi belikan aiskrim buat alas perut. Lepas dah makan lebih suku, baru rasa ada tenaga nak drive. Sampai kat rumah tu memang terus makan, takde nak tunggu panaskan lauk bagai. Dah kenyang, aku drive semula ke ofis, sambung buat apa yang patut. Selang 10 minit, pakwe masuk ofis jugak. Ok la boleh lepak bincang rencana d

Kisah Khamis Minggu Pertama Tahun 2018

Image
Assalamu’alaikum. Seminggu pertama berlalu dengan pantas, tahun baru yang belum kita ketahui warna dan rentaknya bagaimana. Mungkin ungu, hijau, hitam ataupun biru, kita tidak tahu. Hidup hanya perlu diteruskan, bukan?  Khamis aku sedaya mungkin masih tetap mengenakan batik, sempena hari Batik Nasional. Memang dah lebih 6 tahun pun takde batik baru, duk ulang putar mana yang ada. Terasa jugak nak beli yang baru kalau kebetulan balik Terengganu, tapi ya la, baliknya pun tidak. Lagipun harga batik makin mahal, macam tak logik akal nak beli masa tengah gawat ni. Orang yang ada gaji tetap lain la, macam aku ni baik toksah la kan. Kena la insafi keadaan diri dan lebih utamakan keperluan daripada kemahuan.  Petang Khamis lepas habis waktu bekerja, budak2 aku pakat bersihkan mini fountain kat ofis. Masa mula2 nak guna balik dulu aku turun padang dan menyingsing lengan, bersimpuh atas lantai menggonyoh dan membersihkan apa yang patut. Kali ni lain sikit, sebab utamanya dah ada ikan dalam kolam