Denim & Blazer

Assalamu’alaikum. Tahun ni keluar pekeliling baru mengharamkan pemakaian sweater kat sekolah anak teruna. Setiap hari Isnin masa assembly pulak wajib pakai blazer kaler hitam. Nak pakai hari2 pun takpe ganti sweater, begitu kekdahnya. Sebab short notice sangat, tak sempat ler daddy dia nak tempah. Nak ke Vietnam sana lagi la kelakar, tiket belon pulang pergi campur upah blazer memang la tak praktikal langsung nak buat! Nak tak nak, kena ikhtiar cari yang ready made kat mana2 mall. Masa pergi makan dim sum kat Avenue K dah try cari kat H&M takde saiz. Hari ni Daddy outstation, balik next week dah hari2 ada bicara kat court, maka mummy teruskan misi mencari blazer hitam dengan penuh harapan.



Kami berdenim la hujung minggu, apa lagi? Adik bongsu janji nak belanja kat Starbucks dari minggu lepas, ada menda nak borak dengan kakak katanya. Alang-alang nak keluar, aku ajak dia teman cari blazer anak sedara kejap sebelum lepak borak2. Singgah kat Padini, tengok saiz XS untuk lelaki masih besar dengan junior... saiz XXS takde la pulak. Bawak dia tengok koleksi perempuan, hurmm... sedang elok muat saiz XS. Saspen jugak takut dia tak nak, tapi Alhamdulillah dia suka. Tunjuk gambar kat daddy, tak puas hati dia butang side lain dan cutting feminin. Junior kata, “ala butang je pun. Cutting nampak macam skirt sikit kat bawah tapi takpe je mummy, pakai dengan baju dan seluar sekolah nanti tak obvious pun...”



Dia happy dan berkenan sangat2, siap nak terus pakai masa pergi bayar kat kaunter. Okay la nak, nanti mummy tukar lokasi butang tu kasi daddy awak puas hati. Cutting perempuan tu tak nampak sangat, dah awak pun slim bebenor. Nanti daddy balik, biar dia ambik ukuran awak, wassap kat tailor peberet dia nun di Saigon... biar orang sana bikin dan poskan ke KL. Buat sementara ni, awak pakai la dulu mana yang ada, janji tak sejuk dalam kelas dan boleh pakai masa assembly.



Asalnya nak order slim fit Korean style kat Lazada ataupun Shoppee tapi tak sempat dah, masa terlampau suntuk. Badan macam anak aku ni memang payah nak dapat yang betul2 ngam saiz pakaian, tempah pulak sekejap je jadi singkat. Skinny jeans dia pun kena beli kat bahagian perempuan, saiz 25 ataupun 26... saiz paling kecik lelaki pun masih oversized dengan dia. Aritu baru je beli sehelai skinny jeans Lois saiz 26 kaler hitam kat ladies department. Melayang duit mummy ke angkasa raya. Ngeee...



Smart pulak nampak anak bertuah ni pakai blazer hitam, selama ni blazer dia semua kaler lain... fancy dan casual. Dah tak lama nak pintas Pak Su, meninggi bagai johan. Berbanding dengan kawan-kawan, dia masih antara yang paling rendah tapi aku selalu kata, takpe la... at least confirm nanti lagi tinggi daripada daddy! Hahahha. Dia gelak je, layan kepala senak mummy.

Pergh... lega dah settle pakaian sekolah, akhirnya. Nak kena kayuh lagi mencari rezeki, semoga dipermudahkan segala urusan. Insya Allah. Ameen...

Terima kasih sudi baca sampai habis. Jumpa lagi lain kali, Assalamu’alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan