Batik Sutera & Mutiara

Assalamu’alaikum. Semalam aku tetiba je rasa nak pakai rantai mutiara yang dah berzaman tergantung sepi dalam almari, jodoh dengan kurung moden batik sutera. Duk ofis je, keluar pun gi jemput anak balik sekolah. Ye la, nak tunggu sakan2 bergaya ke majlis yang sesuai entah berapa kali je wujud. Jadi, tak payah la ada occasion beriya bagai... pakai je masa terasa nak bergaya lebih daripada biasa.



Anak sedara aku si Athiyya ada datang ofis, nasib baik aku tengah free takde menda nak buat. Jenuh gak nak melayan dia ambik gambar dengan payung. Kebetulan memang aku letak payung tu kat luar bilik, dapat kat dia terus jadi prop. Macam-macam gaya dia bergambar, huntong laaa...!



Lepas ambik anak balik sekolah petang tu, bawak dia pergi ofis. Aku biarkan dia buat homework Pendidikan Agama Islam kat meja dan main game lepas siap. Sebelum 6pm balik rumah la, berehat pulak. Hujan sepanjang hari sejak dua tiga menjak ni, memang kena kelek payung ke sana ke mari. Karang demam pulak susah, kan? 



Lama betul usia baju ni, dulu pakwe beli sepasang dengan dia. Aku masih simpan sampai sekarang tapi dia punya dah bagi kat adik dia. Biar tambah koleksi, elok la untuk orang kerja kerajaan, katanya. Bila dia tengok aku pakai hari ni jeles pulak dia takde. Hurmm.. tu la, kan? 

Apa2 pun, batik sutera dengan rantai mutiara memang sesuai sangat digandingkan. Automatik naik seri dan aura si pemakai, gitiew... bagi aku la. Korang kalau agak2 dah lama tak melaram macam nak pegi majlis formal, apa lagi... sekarang adalah masanya. 

~ Nai at Tak Pe Je.

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Harga Baru Perkhidmatan Pesuruhjaya Sumpah

Nasi Briyani Ayam, Ewant Pressure Cooker