Char Kuey Teow : Misi Terlaksana

Assalamu’alaikum. Semalam aku pakai simple je pergi ofis, kira ala-ala smart casual gitu. T-shirt hitam kat dalam labuh paras bumper, dijodohkan dengan kemeja rasmi ofis, denim skirt dan cotton shawl hitam. Lemau je rasa badan, maklum la hari pertama period. Nasib baiklah kerja2 urgent dah reda, boleh la berehat sikit kat ofis. Turun gi sekolah anak pun awal, 12.30pm tayar kereta dah berpusing menuju Gombak. Ingatkan jalan jam, rupa-rupanya lengang la pulak, dah sampai awal sangat... mereput ler tunggu sampai anak bertuah selesai solat Jumaat.


Lapar toksah cerita la, menyesal tak makan tengahari dulu sebelum turun. Bila anak dah sampai kat kereta, aku suruh dia pergi belikan aiskrim buat alas perut. Lepas dah makan lebih suku, baru rasa ada tenaga nak drive. Sampai kat rumah tu memang terus makan, takde nak tunggu panaskan lauk bagai. Dah kenyang, aku drive semula ke ofis, sambung buat apa yang patut. Selang 10 minit, pakwe masuk ofis jugak. Ok la boleh lepak bincang rencana dan pelan tindakan segala bagai, tak payah tunggu pillow talk.



Lepas Maghrib aku ajak dia gi cari char kuey teow, sambung misi yang terbantut minggu lepas atas faktor masa craving yang tak sesuai (SINI). Katanya ada tempat sedap kat Wangsa Maju. Dekat sangat dengan rumah, dia drive je tak panggil grab pun. Restoran Mee Udang Mak Jah Kampung Menteri, Kuala Sepetang ni ada cawangan kat Wangsa Maju. Nak ke Taiping jauh sangat kan, ada kat KL ni dah seribu rahmat! 



Memang terbaik dari ladang, korang! Udang saiz medium ada tenggelam dalam pinggan tu, memenuhi ruang. Cukup segala rasa, berselera aku makan. Pedasnya meletup, hokeh! Tapi korang tengoklah portion nya besar mana, logik la kalau aku tak mampu nak habiskan. Akhirnya pakwe aku yang berbesar hati menjadi DBKL semalam. Lepas habiskan nasi goreng yang dia order, dia sapu bersih separuh kuey teow aku. Tersandar mamat tu kekenyangan. 



Kalau korang jenis tak boleh habiskan sepinggan besar macam aku, baik mintak pinggan kosong sebiji. Kongsi je dengan partner atau kawan, jimat belanja. Dia punya pedas korang, at your own risk, hokeh? Aku ni kira kuat jugak pedas, pun terasa pedih isi perut... mungkin sebab period jugak, entahlah. Kelazatannya tu mampu menenggelamkan kepedasan yang menyengat, boleh? 

Nasi goreng tu pun sedap kata pakwe aku, susah dia nak kata sedap. Maknanya sedap betul la tu, makan panas-panas. Aku siap bagi udang dua tiga ketul kat dia, makan dengan nasi goreng tu... lagi la bertambah sedap. Belum habis suap aku dah ajak dia datang lagi lain kali, tergelak dia.

Dah ada port baru nak ajak budak2 ofis dan adik-beradik pergi makan ni, wah... seronoknya! Aku rekemen korang try check this place out, harga pun mampu milik. Makan berdua baru habis RM20 sekali dengan air. Kiranya purata RM10 sorang, sedap pulak tu, ko rasa? Silalah pergi memeriahkan restoran ni, selamat menjamu selera...!

~ Nai at Tak Pe Je.

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan