Posts

Showing posts from November, 2018

Kurta, Songket & Set Kambing

Image
Assalamu'alaikum. Alhamdulillah, Jumaat lepas jadi dah kurta anak bujang dengan leher yang dia mintak. Mummy bangga dapat buat sendiri, tak jemu-jemu mata memandang. Kurta ni adalah produk paling kemas yang aku buat setakat ni, siap dengan jahit tepi tempah kat kedai. Ingat nak buat poket sorok kat dada, tengok dulu macamana sebab mummy diserang batuk dan selesema.  

Sabtu pagi aku bersongket bagai pergi kenduri nun di Bandar Bukit Mahkota, Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus. Kainnya keras, entah berapa kali pakwe tanya panas ke tidak. Surprisingly tak, kain lining kat dalam aku memang pilih fabrik kapas yang menyamankan. Lagipun naik kereta yang ada ekon, bukannya menapak di bawah terik mentari. Takat turun berenti isi minyak kat BHP jalan ke kaunter kejap, apa ada hal. Turun lagi sekali, jalan sikit je masuk dewan kenduri kat UBE Banquet Hall. Dalam tu pun sejuk, bukan dewan cikai. Susah nak capture warna songket ni, tergantung pencahayaan sekeliling. Gambar ketiga yang diambil …

Potong ar...

Image
Assalamu'alaikum. Aku tak boleh tidur, jenuh ler esok nak survive seharian di kantor. Ni mesti sebab tidur lena yang amat masa gelombang elektrik dialirkan ke seluruh badan lunchtime tadi. Keluar je pusat rawatan lepas sejam, balik kawasan semula, makan nasi lauk gulai ikan masin. Pergh... Mari! Solat zuhur, berkejar ke Gombak ambik anak. Ada regular customer wassap tanya aku kat ofis ke tidak, dia nak datang sign surat akuan. Adoi, sabo kejap ya.. Mak Lom tak cukup ruang nak tapau segala tugas dalam satu masa!

Bila buat entry ni baru perasan yang aku asyik sauk Bokitta kaler pink ni, dah banyak minggu macam tu. Nampak sangat baju aku punya warna yang senada seirama, boleh masuk dengan tudung ni.

Adeh, dah pukul 2 pagi ni, mata masih belum mengantuk.

Ni ada kaitan jugak dengan kejadian lepas isyak, memang tak boleh la nak kompromi. Aku pergi Aeon Big beli fabrik nak buat kurta anak bujang, lepas tu bibik kata nak beli biskut dengan susu fresh. Hurmm.. Sekali macam-macam menda pulak t…

WW ~ Tiny Lil' Things

Image
From Mak Lom With Love.

~ Nai at Tak Pe Je.

Tentang Sehelai Baju Peplum

Image
Assalamu'alaikum. Ok korang, sekarang aku dah makin paham asas menjahit, bab menyambung lengan khususnya, alhamdulillah. Lepas je selesai cheongsam-kurung moden kain batik aritu, aku terus mulakan projek peplum top pulak, siap buat pola atas kertas minyak dulu. Nampak kesungguhannya di situ, kan? Kata tengah training, mana boleh main-main, wajiblah berdedikasi tahap dewa. Gitieww...

Dugaan nak jadikan projek ni satu kenyataan sangatlah hebat, terkena kain yang jenis benang cepat tertarik. Aku dah la amatur yang amat, jarum patah entah berapa bilah. (Err.. Aku siap google kejap penjodoh bilangan bagi jarum, ko rasa?). Ingatkan sebab salah guna saiz jarum, kecewa sangat hatiku ini tau... Berenti buat peplum kejap, potong kain nak buat kaftan kat bonda. Hurmm.. Lagi ke laut jadinya, tertarik-tarik benang kain tu sampai sakit mata tengok! 

Tak pernah lagi dapat kain macam ni, yang lepas-lepas beli kat IG kainpasang.my helok je.. Yang aku buat batwing kaftan kurung aritu takde pulak jadi…

Cheongsam atau Kurung Moden, Nai Menjahit.

Image
Assalamu'alaikum. Bukan takde cerita pasal menda lain, tapi belum masanya nak kongsi kat sini. Jadi, aku pilih nak cerita pasal perjalanan aku belajar menjahit. Life itself is a journey, kata omputih kan? 

Aku teruskan latihan dengan menjahit baju kurung moden, beranikan diri memasang lengan setatih lagi. Asalnya aku nak biarkan takde lengan je, pakai kat rumah jadi cheongsam. Kalau terasa nak bawak keluar rumah, sarung je cardigan ataupun jaket denim. Tapi terasa sayang pulak nak biarkan kain secantik itu tak dibuat sempurna, maka aku potong lagi baki kain, buat lengan. Mula-mula aku cantum guna jahitan tangan dulu, lepas tu baru aku tindih dengan mesin. Much better, alhamdulillah.. Cuma terkecik sikit sebelah kanan, terutamanya dekat ketiak. Banyak lagi nak kena praktis, sempat la pandai nak jahit baju raya tahun depan, insya Allah...

Kain batik ni aku order online aritu cadang nak tempah buat blouse labuh, dah start menjahit ni, aku tukar rencana la pulak. Janji, tak disia-siakan…

Blouse Terengganu Kita

Image
Assalamu'alaikum. Ok, aku memang tengah try nak belajar buat baju yang ada lengan, tapi dek kerana insaf akan kekurangan diri, tak berani ambik risiko potong kain pasang baru. Belek punya belek, aku ambik keputusan nak makeover maxi skirt yang aku tak berapa gemar nak pakai selama ni. Kalau terkorban dalam menjalankan tugas pun, dapat gak pahala syahid skirt tu, gitieww...

Macam yang aku jangka, hazabedah yang amat nak pasang lengan. Mak suruh aku masuk kelas menjahit, biar pandai buat pelan. Katanya, sehari aku dah boleh pandai sebab aku cepat pickup, ehemm..! Mak memang terlebih yakin kat anak dia. Masalah satu lagi, aku pergi guna kain lycra, sah-sah mencabar urat saraf dan kesabaran ler jawabnya. Akhir sekali, aku belasah jahit tangan je sambung lengan tu, settle masalah. Senget benget toksah cerita la, entah berapa kali tetas jahit, tetas jahit nak boleh ke jadi. Itupun asal jadi je ler tahap pencapaiannya, sekarang aku dah paham sikit asas penyambungan lengan pun dah seribu r…

Lady In Red Lace Batwing Cape

Image
Assalamu'alaikum. Aku kan duk tengok gambar orang Indonesia bergaya pakai lace batwing cape dengan kain batik dalam Pinterest, jenuh termenung nak tempah kat tailor. Cuma tailor aku tu kalau bab-bab macam ni, angguk bukan main lagi paham, sekali dah siap lain benar produknya. Maka, aku simpan je la kain lace kat ofis tak berusik. Semenjak dua menjak berani pegang mesin jahit ni, aku beranikan la diri potong kain lace untuk realisasikan impian bergaya dengan batwing cape.

Kain yang aku ada ni tak dapat nak ada lekuk dan liku renda sekeliling macam yang dalam gambar Pinterest dan Instagram. Tapi takpe la, tetap memenuhi piawaian, pujuk hati kecilku. Tengok tutorial kat you.tube, try buat miniature guna kertas A4 masa kat ofis, senang sangat rupa-rupanya. Terus aku ambik lace dalam plastik kat bawah meja dan potong kejap-kejap tu jugak. Pin siap-siap sekeliling, bawak balik rumah petang tu jahit guna mesin dalam bilik bonda.

Keesokannya, terus pakai pergi ofis. Nak bergaya macam wanita…