Lady In Red Lace Batwing Cape

Assalamu'alaikum. Aku kan duk tengok gambar orang Indonesia bergaya pakai lace batwing cape dengan kain batik dalam Pinterest, jenuh termenung nak tempah kat tailor. Cuma tailor aku tu kalau bab-bab macam ni, angguk bukan main lagi paham, sekali dah siap lain benar produknya. Maka, aku simpan je la kain lace kat ofis tak berusik. Semenjak dua menjak berani pegang mesin jahit ni, aku beranikan la diri potong kain lace untuk realisasikan impian bergaya dengan batwing cape.


Kain yang aku ada ni tak dapat nak ada lekuk dan liku renda sekeliling macam yang dalam gambar Pinterest dan Instagram. Tapi takpe la, tetap memenuhi piawaian, pujuk hati kecilku. Tengok tutorial kat you.tube, try buat miniature guna kertas A4 masa kat ofis, senang sangat rupa-rupanya. Terus aku ambik lace dalam plastik kat bawah meja dan potong kejap-kejap tu jugak. Pin siap-siap sekeliling, bawak balik rumah petang tu jahit guna mesin dalam bilik bonda.


Keesokannya, terus pakai pergi ofis. Nak bergaya macam wanita-wanita Indonesia pergi kenduri tu rasa tak gamak, tak sesuai dengan usiaku ini.. Maka, aku pakai long cardigan dengan batik dan lapik batwing cape tu kat atas. Versi Cik Puan Tak Pe Je. 


Pinjam tagline Soltan Melaka: Hebatkan beta? Muakakakaka. Tercapai hasratku, bahagia bukan kepalang! Adik aku si Apih tanya pagi tadi, "Kak, what's your next project?" Aku jawab, "Kakak takde projek, Pih.. Nak alter jubah cik somi dulu". Apih ni dah lama terer menjahit, tak padan dengan lelaki. So, dia paham keterujaan aku dengan mesin jahit dan bagi moral support.

Jubah laki aku dah siap alter dua helai, maklum ler orang makin slim. Lepas ni aku cadang nak buat baju Kurung Kedah pulak, tengok keadaan dan masa terluang. Sementara tu, kita layan je gambar Lady In Red ni, ya... Terima kasih sudi baca. Selamat berhujung minggu dan bercuti sempena Deepavali. 

~ Nai at Tak Pe Je.

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Harga Baru Perkhidmatan Pesuruhjaya Sumpah

Nasi Briyani Ayam, Ewant Pressure Cooker