Nuffnangx

Friday, 28 April 2017

Handy Makeup Pouch By Nykolette

Assalamu'alaikum. Aritu aku tengok dalam Instagram sorang fellow blogger, Nykolette, dia ada buat macam-macam jenis pouch dan kit. Sekali bila ternampak makeup pouch yang boleh kelek segala macam mak nenek berus, aku tak tunggu lama, terus mintak beli. Bukannya aku jenis mekap beriya pun nak kena ke hulu ke hilir dengan segerombolan berus dan mekap, tapi aku memang tak display berus-berus tu atas meja ataupun kat tempat yang terdedah. Sebabnya, tanahair aku yang tercinta ni sarat dengan debu dan muka aku tersangat sensitif dengan debu, bad combo! Aku simpan berus-berus tu dalam makeup kit khusus, letak dalam meja ataupun almari. Walaupun tak diperlukan setiap ketika mahupun setiap hari, tetap menda-menda tu aku simpan begitu, dikeluarkan bila nak pakai bedak kat rumah je pun. Kawan-kawan berus yang digunakan untuk sapu bedak tu pulak, jarang-jarang sangat berfungsi. Ye lah, dulu pakwe aku tak tegur apa-apa pasal mekap, tapi bila aku dah start ikut tutorial kat you.tube dan apply teknik-teknik yang dipelajari, dia bagi statement yang aku kena paham-paham la, tak payah duk mekap beriya nak keluar rumah. Cukup yang basic sudah, takat alas muka dengan bedak selapis atas toner dan krim siang/malam. Kalau masa raya ataupun majlis formal, dia lenient pulak, janji bukan hari-hari dan setiap ketika.


Maka dengan itu, berus-berus mekap aku akan senantiasa pastikan bersih takde calitan primer, foundation  ataupun apa-apa debris daripada golongan yang sewaktu dengannya. Kalau tidak, walaupun tersimpan rapi dalam mekap pouch secantik ini, berus-berus tu tetap akan menyebabkan jururawat tetiba muncul kat tepi hidung la, atas dagu la, akibat debu. Cuma tinggal lagi, sekarang ni seronok la nak bukak tutup pouch macam ni, sejuk mata memandang. Aku dah berangan nak bawak pouch ni balik kampung ataupun pergi jalan ke mana-mana, sungguh handy dan menyenangkan kerja.


Nanti bila sampai waktunya, aku akan penuhkan ruangan yang berzip tu dengan barang-barang yang sewajarnya. Bolehlah toner, krim siang, krim malam, serum, cotton pads, concealer, pencuci muka dan sepupu-sepapat yang lain lepak secara berjemaah dalam tu. Kan senang tu keja Mak Jemah, tuan-puan sekalian? Kalau rasa berkenan, gi jenguk IG kak @rosni_latiff dan silalah menjamu mata, ya..!

Itu saja untuk kali ni, terima kasih sudi singgah dan baca sampai habis. Jumpa lagi lain kali, jaga diri dan hiasilah peribadi. Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.


No comments:

Post a Comment