Nuffnangx

Saturday, 22 April 2017

Bawal Forever: Simple Tutorial

Assalamu'alaikum. Kawan-kawan aku selalu mintak tunjukkan cara pakai hijab, mana-mana yang depa rasa berkenan tu, dan selalunya aku buatkanlah untuk depa, share dalam whatsapp group. Kali ni aku share kat sini jugak, dah alang-alang buat tutorial ni kan. Yang tak berkenan ataupun tak berkenaan tu, aku paham, tak payahlah susah-susah nak melayan menda ni, hokeh. Nak kutuk pun boleh, silakan... dapat jugak aku pahala amalan baik korang FOC je. Terima kasih...


Sebenarnya banyak lagi cara nak gayakan tudung bawal ni, ikut kreativiti masing-masing. Kalau aku, inilah antara gaya yang paling mudah nak dibuat dan tak menyerabutkan kepala lutut berbelit-belit putar alam segala. Manalah tau kot ada yang kat sini teringin nak cuba cara ni, kan? 


Mula-mula, lipatkan je bahagian sulam kerawang tu kat bahagian hujung kiri ataupun kanan, ikut kecenderungan korang sendiri. Sayang tau corak lawa-lawa kita pergi letakkan kat belakang, baik letakkan kat depan, sejuk je mata memandang. Aku memang dari dulu lebih suka letakkannya kat depan, lagipun tak nak bagi orang fokus kat bumper. Dah la memang selalu pun menarik perhatian kat bahagian situ, jadi silalah pandai-pandai ejas jangan menjadikannya lebih ketara. Tapi hati-hati, kalau anda jenis yang menjemput perhatian orang kat bahagian dada, kerawang tu pandai-pandai la pulak ejas nak bagi sekata dan titik fokusnya teralih ke mana. Semuanya pun bermula dari niat, kan?

Ok la korang, terima kasih sudi baca sampai habis. Selamat berhujung minggu, jaga diri dan hiasi peribadi. Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.

No comments:

Post a Comment