Kurung Pahang di Gombak, feat. Calatalia & Botol Air 2L

Assalamu'alaikum. Macamana hujung minggu korang, okay semuanya? Esok dah masuk kerja semula, jangan duk nak besarkan Monday Blues, tau. Aku banyak habiskan masa dengan persediaan nak mengajar anak bertuah tu Bahasa Melayu, maklumlah dia baru je nak paham subjek tu takat permukaan air, dah masuk Form 1 ni mulalah besar risiko nak lemas di lautan. 


Hari Jumaat aritu aku berbaju kurung kain cotton dari Calatalia dari awal pagi sampai ke malam, kalau cakap tak selesa lagi tak tau la, kan? Tak sabar rasanya nak beli lagi kain cotton dari koleksi yang pelbagai tu, tengah tunggu stok baru sampai. Aritu aku tengok dalam Instagram, tauke kedai ada kat Istanbul, saspen je nak tengok hasil tangkapan dari sana. Mana la tau kan, kot-kot ada Dubai Cotton ke apa ke, yang membuatkan mulutku melopong macam mata ikan lolong.


Motif hitam putih berselit warna biru memang satu kombinasi yang cukup simple tapi elegant.. klasik da bomb habis!


Aku sekarang ni ke hulu-hilir mesti heret botol yang mengisi 2L air setiap hari, sebab aku dah masuk minggu kedua dalam cabaran minum air 3 - 4 liter sehari. Masa untuk diet secara sihat dan berkesan, begitulah kiranya. Kalau ikutkan, aku kena minum antara 2.5 - 2.7 liter sehari tapi aku saja ajar badan minum sampai 3 liter, sebab pemakanan aku selama ni banyak sangat menternak lemak tepu. Sampai sekarang pun dikelilingi makanan berminyak dan manis-manis, dah pulak orang Pantai Timur. Kalau kuih tradisional tu, mana reti nak makan sikit-sikit. Sekali hadap, hambek kau, tak ingat dunia!


Aku mulakan dan akhiri hari aku dengan minum air putih, dan badan memang terasa sangat segar-bugar lebih daripada biasa. Alhamdulillah sekarang takde la aku melangut dalam tandas tak keluar-keluar, badan dah mula terbiasa dengan kandungan air yang aku ambik setiap hari. Masa 5 hari pertama aritu, macam nak menangis, asyik terkucil tak menahan bagai. 


Apa yang paling ketara, muka aku dah tak berminyak macam dulu dan kulit pun dah tak kering walaupun tak sempat sapu losyen. Selesema yang berbulan-bulan tak reti nak baik pun dah berhenti. Aku harap agar amalan ini berkekalan sampai bila-bila, menda elok dan senang nak dapat je pun, bukan kena beli beratus-ratus ringgit sebulan. Mudah-mudahan segalanya makin membuahkan hasil yang setimpal, Insya Allah.


Itu saja untuk kali ini, terima kasihlah sudi baca sampai habis. Jumpa lagi lain kali, jaga diri dan hiasi peribadi. Jom minum air putih ikut sukatan yang diperlukan oleh badan kita, timbang berat anda dan ketahuilah sukatan yang betul. Bye for now, Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.


Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan